Sanggup palsukan kematian isteri untuk berkahwin lain, lelaki ini berdepan hukuman penjara.
Seorang lelaki di Jakarta sanggup menipu tentang kematian isterinya demi memenuhi keinginannya untuk berkahwin lagi dengan wanita lain.
Sanggup Palsukan Kematian Isteri
Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Indonesia berdepan hukuman penjara kerana membantu seorang individu untuk memalsukan surat kematian isterinya demi untuk berkahwin lagi, lapor laman berita Suara.com semalam.
Ketua KUA Petang dalam wilayah Bali, Abdul Munir, 43, membantu Suraji, 56, untuk mengeluarkan surat tersebut pada Ogos 2019 dengan menerima bayaran berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443).
Untuk Berkahwin Lain
Dia dilaporkan melakukan jenayah pemalsuan surat dengan cara membuat surat pengakuan dan keterangan kematian atas nama isteri Suraji, Diah Suartini.
Surat tersebut memaklumkan bahawa Diah telah meninggal dunia, sedangkan dia masih hidup dan sihat sehingga kini.
“Abdul Munir yang juga merupakan Ketua KUA membantu Suraji mempersiapkan semua dokumen pernikahan dengan cara memalsukan surat keterangan kematian serta beberapa dokumen penting lain.
“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia masih suami Diah yang sah,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, I Ketut Maha Agung.
Menurut pendakwa raya, perkara itu telah menyebabkan kerugian kepada Diah iaitu dari segi kesan psikologi di mana dia masih hidup sehingga ke saat ini.
Kedua-sua suspek telah ditahan Polis Badung sehingga kini. Jika disabit bersalah, kedua-dua mereka boleh didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dengan hukuman penjara maksimum selama lapan tahun. – Agensi
Mingguan Wanita : Akibat terlalu mengikut nafsu, seorang lelaki sanggup memalsukan kematian isterinya. Tindakannya bukan saja memberi kesan pada isteri malah kepada diri sendiri bila bakal disabitkan dengan hukuman penjara.
Terkesan sungguh membaca secebis perkongsian yang dikongsikan Lutfi Lokman ini. Beliau merupakan ayah kepada 5 orang anak yang dahulunya terlalu sibuk mengejar kerjaya, sangat kurang masanya dengan anak-anak untuk melihat perkembangan dan proses pembesaran mereka.Segalanya urusan anak-anak diserahkan kepada isteri, sehinggalah sampai satu peringkat, dia menerima berita yang berjaya mengubah dirinya. Rentetan kisah tersebut, membuatkan dia muhasabah diri, menyesal dan menangis di atas kesilapannya yang terlalu fokus pada kerjaya.
Berikut antara catatan beliau;
ADA APA DENGAN ANAK?
Petang tadi ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, isteri saya bertanya, “Saya lihat awak sekarang banyak habiskan masa dengan anak-anak. Tak pemarah seperti dahulu. Anak nakal pun, awak peluk anak. Cakap elok-elok. Kenapa ya?”
Saya ketawa. Saya tidak menjawab kerana jawapan itu terlalu panjang untuk diceritakan.Perjalanan dari Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur agak tenang. Kecuali ketika tiba di Bangi, ada sedikit kesesakan. Biasalah, Bangi kan bandaraya. Mesti perlu sibuk. Kami menghabiskan masa di Port Dickson untuk melihat pantai. Maklumlah, orang Terengganu ni memang suka pantai dan laut. Maka, tempat terdekat boleh kami berkunjung ialah Port Dickson. Nak pergi Pantai Dalam macam tak berapa kena.
….
Setiap hari, anak-anak dan saya akan bertemu pada waktu mereka telah hampir lena. Atau ketika solat subuh berjemaah. Itu sahaja. Waktu solat subuh, nak berbual apa sangat? solat pun sebelah mata terpejam. Selain itu, mereka akan keluar awal untuk ke sekolah dan kami jarang bertemu waktu matahari masih ada. Saya pulang lambat dari pejabat hampir setiap hari. Anak pula sudah tidur awal.
Pada hari minggu, saya berniaga ke pasar dan pulang ketika senja. Hanya ada waktu malam. Itu pun penat dan keletihan telah menguasai diri. Silap berbual, kena marah. Apalah sangat yang boleh didapati oleh si kecil ini semua.
Mula Berubah
Segala-galanya berubah apabila saya mendapat berita tentang anak sahabat saya Ustaz Nazri Mansor disahkan menerima Brain Tumor. Baca Disini:
Siapa sangka. Anak yang sihat, yang cergas, yang ceria tiba-tiba terlantar di hospital dan sudah tidak seriang dahulu.Saya sangat terkejut dan bersimpati. Namun, saya bersyukur kerana Tuhan menghadirkan Syamil untuk kita semua sedar tentang sesuatu.Tentang kasih seorang ayah terhadap anak-anak. Tentang nilai seorang anak buat ibubapa.
Berita ini benar-benar memukul jiwa seorang ayah. Saya memandang kesemua wajah anak saya yang dahagakan kasih sayang seorang ayah namun mereka hanya mampu menerimanya sebentar sahaja. Kadangkala apa yang diterima hanyalah kemarahan dan pukulan kecil kerana kenakalan mereka.
Terlalu Mengejar Kerjaya
Ramai yang menasihati saya agar jangan terlalu mengejar kerjaya. Jangan terlalu meletakkan kerjaya sebagai priority utama. Ini juga nasihat emak kepada saya. Saya tidak hiraukan. Bagi saya, saya perlu fokus pada bina syarikat dan kerjaya. Anak-anak nombor empat dan lima.
“Mak tengok Pi ni stress sangat fikir pasal kerja. Hutang. Nak cari duit. Lihat sama anak dan isteri. Itu semua aset kita. Aset berharga dunia dan akhirat. Jika Pi tak lihat itu semua aset, Pi lihat itu semua amanah Allah beri. Untuk didik dan pelihara dengan baik. Jangan sampai waktu, anak dah besar dan sudah keras kepala. Kita terlepas semua moment mereka waktu kecil. Waktu masih lembut. Waktu masih boleh terima kata. Menyesal tak sudah nanti,” amanat emak diberikan kepada saya pada suatu hari yang baik ketika kami di Terengganu.
Emak menyuarakan kebimbangan apabila melihat saya hanya menumpukan pada kerja sehingga tidur pun bermimpi kerja. Berbual pun berkisar pada kerja. Namun, tiada apa yang berubah dalam hidup dan kerjaya. Malahan, semakin penat kerana mengejar sesuatu yang tidak pasti. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Ujar emak.
Pernah Alami Kemurungan
Sesungguhnya, saya pernah murung dan berubah tingkah laku kepada seorang yang pemarah ketika dilanda masalah pekerjaan tempohari. Saya tidak dapat berfikir dengan baik. Kesabaran saya sangat tipis. Dengan anak-anak lagilah teruk. Mereka langsung tidak berani bersuara dengan saya. Akibat yang diterima sangat sakit.
Saya pernah jatuh terduduk. Keluarga pun sudah berhempas-pulas memberikan bantuan sehingga tiada apa yang dapat diberi kecuali kata semangat dan jangan putus asa. Saya pernah merayu di FB untuk bantuan daripada para sahabat. Boleh baca di sini:
Alhamdulillah. Hasil bantuan semua, kata-kata semangat dan sokongan, saya bangkit kembali. Saya cuba bangun.Melihat kepada anak-anak. Saya lihat sinar dalam mata mereka. Benar. Perkara yang lepas jangan dikenang.
Saya sudah terlepas beberapa saat indah bersama mereka. Saya jarang luangkan masa untuk mendengar cerita dan permainan yang telah mereka ciptakan. Saya tidak mengenali rakan-rakan sekolah mereka. Saya tidak tahu cerita kejayaan peperiksaan mereka. Tahukah anda, Basmah mendapat 100% dalam ujian Pendidikan Islam? Naseem mendapat 96% dalam beberapa mata pelajaran. Saya tidak tahu sehingga pada suatu hari perlahan-lahan mereka bawa kertas ujian dan maklumkan pada saya ada benda nak cerita dengan Baba.
“Apa dia?” soal saya keras. Tangan masih memegang dokumen dan kertas kerja.
Lalu si comel ini menunjukkan kertas ujian masing-masing. Kecuali Waseem. Saya menangis kerana saya tidak pernah mengajar mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Segalanya saya serahkan kepada isteri bagi menguruskan anak-anak. Saya langsung tidak mempunyai masa dan tidak tahu waktu bila anak saya ada ujian sekolah.
Teruk betul diri ini.
Malam tadi pula, saya melihat Hanaan dan Haneen (kembar) bermain bersama mereka. Bermain mangkuk dan gelas yang dibelikan oleh nenek mereka. Sungguh comel dan tanpa saya sedari, mereka telah boleh berbual sesama sendiri dalam bahasa yang saya fahami.
Ya Allah. Apa jadi pada aku ni?
Anak membesar pun saya tidak peduli. Anak boleh bercakap pun saya tidak sedar. Saya tidak tahu! Tahukah anda, saya kadang-kadang confuse dengan si kembar ini. Tidak tahu mana satu Hanaan dan Haneen. Asyik bertukar ketika panggil. Walhal umur mereka sudah hampir 3 tahun!
Berjanji Tumpukan Perhatian Pada Anak-Anak
Perkara-perkara ini membuatkan saya menangis. Menangis dan menangis. Menyesal di atas kesilapan saya yang terlalu fokus pada kerjaya. Padahal, rezeki itu bukan terletak pada usaha kita. Ia adalah kurniaan Tuhan pada hambaNya siapa sahaja yang Dia ingin berikan. Untuk itu, saya sudah berjanji akan menumpukan perhatian pada anak-anak yang merupakan amanah daripada Tuhan kepada hambaNya. Bila-bila masa sahaja, amanah ini boleh direntap dan diambil.Ada orang menginginkan anak walau seorang. Yang kita ni, Tuhan kurniakan sampai 5 orang anak boleh pula sia-siakan.
Sedangkan ketika berumur lima dan enam tahun pun saya masih lagi teringat dengan jelas memori indah ayah dan emak sama-sama membuatkan kapal terbang polisterin kepada saya lalu kami bermain di taman. Inikan pula anak-anak yang sudah mencecah 11 tahun.
Ya Allah. Ampunkan dosa kami, ibubapa yang kadang-kadang terlupa tentang tanggungjawab dan amanah ini. Pelihara lah anak-anak kami ini. Masukkan iman dan taqwa dalam diri mereka. Penuhi lah diri kami dan keluarga dengan kasih sayang dan harmoni. Wujudkan lah ikatan mesra antara kami satu sama lain. Pandu lah kami ke arah keluarga yang diredhai oleh Mu Ya Allah. Jadikan lah kami serta anak-anak ini pembela agama Mu Ya Allah.
Kurniakanlah rezeki memiliki anak kepada sahabat-sahabat kami yang ingin menimang cahaya mata. Agar mereka juga dapat merasai kebaikan daripada zuriat mereka sendiri.
Terimalah doa kami ini Ya Allah. Ya Razzaq.
Amin.
Itulah jawapan saya kepada isteri. Panjang kan? Nanti dia ingat saya berleter pada dia pula. Maka saya memilih untuk menjawab di sini sahaja.
Share sahaja jika mahu.
Ikhlas,
Lutfi Lokman
EPL TRAVEL AND TOURS.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebenarnya ia juga satu peringatan buat kita. Ramai mak ayah yang terlalu sibuk bekerja dan tanpa sedar terlepas momen penting, pembesaran anak-anak sewaktu mereka kecil. Semoga ia dapat ‘menjentik’ hati kita, agar jangan alpa dan terlalu fokus dalam mengejar kerjaya. Nikmatilah saat anak-anak membesar, hargailah setiap masa bersama mereka.
Benar Malaysia dah berubah, tunggu masa untuk kita sebagai rakyat Malaysia pula perlu berubah demi masa depan yang lebih baik. Tak boleh lah harapkan kerajaan turunkan kos hidup dan tingkatkan ekonomi kalau diri sendiri masih di takuk yang sama.
Langsung tak usaha cari duit lebih untuk tingkatkan duit poket, malah tetap dengan perangai lama yang masih berharap pasangan hulur duit.
Allahu… kalau macam ini gayanya macam mana ekonomi rumah tangga nak maju dan golongan wanita nak bebas daripada stres rumah tangga?
Nah, cuba renungkan perkongsian Puan Nurul Ilyani ini yang mana dia sendiri memilih untuk duduk di rumah jadi suri yang setia mendidik anak-anaknya.
Duduk di rumah untuk lebih hormat suami..
Bermula 10 tahun lepas, saya adalah breadwinner dalam keluarga. Gaji suami separuh saja pendapatan saya. Kemudian saya berhenti kerja, sambung belajar master. Saya ketika itu sudah ada bipolar tapi undiagnosed. Akhirnya saya drop out master. Lepas bersalin anak pertama kemudian meninggal dunia, keadaan mental saya sangat teruk. Malah kewangan juga sangat meruncing. Hutang banyak melebihi pendapatan. (Bayangkan hutang Malaysia). Suatu saat, nak makan sehari tidak boleh lebih RM1. Kereta tidak bergerak. Ke sana sini naik motorsikal cabuk suami saya. Kemudian saya bekerja semula. Saya mengalami masalah mental yang dasyat hingga berhenti kerja 24 jam. Malah saya membayar syarikat itu sebulan gaji.
Saya mula kerja sendiri. Rezeki alhamdulillah. Ketika ini, pendapatan saya dua kali suami. Namun, saya selalu terlanjur merendahkan suami atas alasan, memberinya cabaran supaya memajukan diri. Selepas bersalin Dhuha, saya masih mahu berjaya dalam kerjaya. Tapi masalah bipolar (ketika ini masih belum disahkan) buat saya selalu berkurung saja di rumah. Saya selalu tidak stabil. Saya galak suami saya naik pangkat supaya bertambah pendapatan. Saya sengaja mahu suami lebih pendapatan, supaya saya rasa inferior.
Mula Naik Pangkat
Alhamdulillah naik pangkat dan pendapatan suami lebih daripada saya. Ketika ini, suami boleh tanggung semua perbelanjaan keluarga dan anak-anak termasuk upah pengasuh. Saya masih bekerja dan pendapatan saya banyak saya simpan dan laburkan. Ketika ini kami hanya merancang untuk saya menjadi suri rumah dan mendidik anak. Tapi tiada faktor penolak. Senang cerita saya masih seronok nampak duit banyak dalam akaun. Suami saya lebih tinggi self-esteem dan self-confidence apabila dia rasa in-charge terhadap keluarga.
Mula Dhuha perlu terapi kerap, tiada tempat yang terima Dhuha, saya pun mula bekerja dari rumah. Ketika ini, pendapatan saya merosot sehingga 50%. Tapi saya masih boleh menyimpan dan melabur apabila kami memang sentiasa berjimat dan beringat. Bermula 2015, saya berhenti secara total dan pendapatan saya kembali kosong.
Saya hanya bergantung kepada suami. Ketika ini saya hanya fokus kepada keluarga dan anak serta memulakan bisnes lain yang lebih bersistem. 2017 saya disahkan bipolar dan itu lebih memudahkan perancangan hidup saya. Saya bukan tiada impian. Saya lebih easy dan simple. Saya beri priority kepada apa yang baik untuk akhirat. Perjalanan hidup menjadikan kita lebih matang.
Untuk sepenuhnya duduk di posisi mendidik anak sepenuh masa dan menjadi homeschooler, tidak mudah seperti disangka. Dan untuk orang yang gila kerja dan kerjaya seperti saya, duduk di rumah, adalah keputusan paling terbaik pernah saya buat. Ia baik untuk meningkatkan tahap hormat saya kepada suami. Saya sudah biasa memimpin pasukan. Untuk membiarkan diri saya dipimpin, saya perlu buang kuasa ekonomi keluarga. Saya respect wanita lain yang menjadi breadwinner malah boleh menghormati suami. Jujurnya, bukan mudah untuk saya.
Nota:
Malaysia berubah. Saya mesti berubah. Kita mesti berubah. Ramadhan ini mesti lebih baik. Aamin.?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telur Mata Cili Padi Menyentap lauk ringkas sahaja tapi boleh membuatkan makan nasi bertambah tau! Ditambah pula sewaktu berbuka makan dengan nasi panas, fuhh memang sedap sampai menjilat jari.
Keenakan menu ini ditambah dengan proses penyediaan yang mudah kerja mak-mak jadi senang. Balik saja kerja letak beg dah boleh terus masuk dapur, asalkan air tangan mak-mak walau ringkas tapi berebut anak-anak makan.
Telur Mata Cili Padi Menyentap
Mari cuba memasak Telur Mata Cili Padi menggunakan resipi yang Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan.
Bahan-Bahan :
5 biji telur
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun limau
1 biji tomato
Cara Memasak :
1.Telur digoreng terlebih dahulu.
Kisar kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Selepas cili garing masukkan serai yang telah diketuk bersama daun limau.
Biarkan sambal menjadi garing kemudian letakkan telur mata ke dalam kuali gaulkan. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Hidangkan di atas pinggan bersama tomato yang telah dihiris. Sedia untuk dimaju buat keluarga tersayang.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...