Seorang ibu enggan hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Ibu dedah telah jatuh cinta dengan bakal menantu. Sepatutnya lelaki ini menjadi menantunya, namun akhirnya dia mengakui telah jatuh cinta pada bakal menantunya.
Malah ibu ini juga nekad untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya kerana dia menyimpan perasaan pada bakal menantunya itu. Kasihan sungguh anaknya yang sudah tentu terluka dengan keterlanjuran sikap ibunya.
Dilema Ibu Jatuh Cinta Dengan Bakal Menantu
Seorang wanita di Washington, terkejut apabila ibunya mengaku enggan menghadiri majlis perkahwinannya kerana ‘amat mencintai’ bakal menantu sendiri, lapor laman berita Mail Online kelmarin.
Wanita tersebut yang berkongsi dilemanya menerusi laman sosial, WeddingBee mengaku dunianya seakan gelap apabila ibu yang amat disegani itu menaruh perasaan terhadap bakal suaminya.
Enggan Hadiri Majlis Perkahwinan Anak
Malah, si ibu juga mengaku akan bertindak mengikut keinginannya jika berpeluang dan enggan menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.
Menurut wanita itu, tunangnya amat rapat dengan ahli keluarganya yang lain dan mereka kerap melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama seperti mendaki gunung dan berkhemah.
Jatuh Cinta Tanpa Sengaja
“Namun, ibu saya tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama bapa dan tunang saya membuatkan ibu saya memiliki perasaan sayang yang tidak pernah dirasai sepanjang dia bersama dengan bapa saya,” luah wanita itu.
Netizen yang membaca luahan itu kemudiannya berkongsi pendapat dan memberikan sokongan kepada wanita tersebut.
“Perasaan ibu anda itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan dia tidak seharusnya berkongsi perkara itu dengan anda,” komen seorang wanita.
Ads
“Ibu anda perlu menjalani terapi,” komen seorang wanita lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Biarpun kisah ini berlaku di luar negara, namun tidak mustahil situasi ini turut berlaku di keliling kita. Semoga ini berfikir secara waras serta memikirkan kesan tindakannya kepada keluarga terutamanya anak perempuannya.
Masih sedih Ace disahkan autism, Dr Say nasihat mak ayah tolonglah peka perkembangan anak-anak. Sememangnya benar apa yang dikongsi oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril tentang kesihatan anak-anak. Seperti mana yang dilaluinya sendiri, Dr Say akui masih sedih apabila anak sulungnya, Ace disahkan autism pada awal usia.
Seperti mana yang pernah diluahkan sebelum ini hati Dr Say begitu sedih apabila mengetahui anak sulung kesayangan yang baru berusia dua tahun dikesan menghidap autism tahap sederhana.
Malah dirinya juga tidak dapat menggambarkan perasaan dan seolah tidak dapat menerima kenyataan selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace disahkan menghidap autism tahap sederhana.
Namun pengacara Tanya Doktor ini akhirnya menerima dengan reda segala ujian yang diberikan oleh Yang Maha Esa dan berjanji pada dirinya untuk berikan yang terbaik untuk anak sulungnya itu.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Dr Say berkongsi tiga siri tentang tajuk No Autism Kid Is The Same.
Sewaktu mencoret tiga kisah ini, Dr Say tidak pernah lari dari menzahirkan rasa sedihnya. Sebagai bapa sememangnya dia mengharapkan ada keajaiban dan berharap Ace seperti kanak-kanak normal lain. Namun segalanya diterima dengan hati terbuka dan menasihati mak ayah lain agar sentiasa mengawasi perkembangan anak-anak dari awal usia. Kongsinya menerusi siri ketiga;
“Last part i promise. Bila lagi banyak sy baca mengenai autism terus terang cerita lagi sedih saya jadi. Sebab ia lagi mengukuhkan ke-autistic-an Ace.
“Somehow hati kecil saya masih berharap yang Ace is normal akan tetapi lepas baca-bacac patutlah dulu Ace suka tutup telinga walaupun tak bising. Patutlah dia guna mulut nak bukak penutup botol. Patutlah dia very picky bab makanan hanya makan mee atau pasta. Patutlah menjaga dia masa baby berbeza kesukarannya daripada menjaga Sef. Ayah mana kat dunia ni tak sedih bila anaknya di-diagnose autism for the 1st time?
“Mak ayah saya berulang kali cakap yang depa rasa Ace is perfectly normal. Ayah mertua saya siap cakap “kalau biar je Ace ni, umur 4 tahun sure dia boleh catchup”. Those words really calm me down tapi saya tak nak keselesaan tidak berbuat apa-apa menjadi penyesalan di masa hadapan.
“Saya teramat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang peka akan kelainan Ace pada awal-awal dulu dan ambil tindakan mengenainya by start terapi awal, kalau tak mungkin Ace tidak seperti sekarang. Dan anytime i feel down isteri sy akan sentiasa bagi ayat-ayat positif seperti “its okay hubby, give Ace some time, he will do wonders”
“Dari segala cerpen ni ingin saya ingatkan parents out there sekali lagi tolonglah peka dengan perkembangan anak-anak kalau rasa berlain even as remeh as lambat bercakap, ambillah tindakan.
“Biarlah orang lain cakap “biaselah anak lelaki cakap lambat” atau “anak saya 2 tahun tak boleh cakap, sekarang 4 tahun tak berhenti bercakap”. Tu anak mereka, what if anak kita berbeza? Tak salah untuk overtreat dari undertreat sebab intervensi awal terbukti dapat membantu perkembangan. Time to accept that my son is gifted & time to go all out on u Ace,” luah Dr Say.
Menerusi siri kedua pula Dr Say mengajak mak ayah agar memantau perkambangan anak-anak dan jika ada keraguan bolehlah periksa anak samaada autism atau tidak
“Sambung cerita on macam mana nak check sekiranya anak anda ada autism atau tidak. Seawal 18 bulan boleh kesan dah melalui M-CHAT (Modified Checklist for Autism in Toddler) yg ada dalam buku biru atau pink anak-anak anda.
“Kalau boleh janganlah skip ke klinik kesihatan sebab saringan akan dilakukan dua kali yakni pada 18 bulan & 36 bulan. Doktor kat KK boleh kesan & jika dikesan yang anak anda ada tanda-tanda autism, rujukan boleh dibuat secepat mungkin sebab dalam autism ni, TIME IS PRECIOUS.
“Ada dua jenis pakar. Satu paediatric developmental specialist yg kat Malaysia ni hanya ada beberapa orang & nak buat appointment berjumpa mereka kadang2 ambil masa setahun.
“Yg famous adalah Dr Raja Juanita, Dr Rajini, Dr Ranjini & Dr Cindy yg bini berjaya dapatkan appointment selepas 7 bulan. Satu kepakaran lagi adalah child psychiatrist. Kalau korang tanya sy pakar mana lagi bagus jawapan saya TAK KISAH MANA SATU JANJI DAPAT APPOINTMENT AWAL sebab as i mentioned before TIME IS PRECIOUS.
“Satu lagi sebab tak kisah mana satu pakar is because rawatan mereka mostly sama yakni TERAPI. Macam saya cerita kat post sebelum ni, there is currently no cure for ASD however kajian menunjukkan early intervention can improve a child’s development. Di sini lah Occupational Therapy, Speech Therapy, ABA therapy comes in. Hat terapi2 ni kena google sikit lah sebab panjang kalau nak explain setiap satu. Mujur sesangat kami start ABA therapy kat Ace seawal dia 19 bulan dulu kalau tak mungkin lebih teruk keadaan dia sekarang. Siapa yg ikut kisah Ace berterapi pun nampak tremendous changes on him. Next part saya bagi rumusan perasaan saya & bini na. Janji next part last part,” tulisnya.
Siri pertama Dr Say akui cukup ramai mak ayah yang risau akan perkembangan anak masing-masing.
“Cukup ramaaai yg dm sy risau akan perkembangan anak masing2. Tapi saya minta maaf sesangat saya tak dapat nak jawab any of it simply because no autism kid is the same. Korang boleh google ciri2 autism & yg biasa korang akan jumpa adalah autistic child avoid eye contact, tak respond kepada nama by 9 bulan, tak menunjukkan facial expression macam happy, sad, angry, surprise by 9 bulan, tak lihat kepada objek yg ditunjuk, hand flapping, pusing dalam satu bulatan, delayed language skills, delayed movement skills & banyak lagi.
“Tapi kalau kita tengok balik, budak biasa pun ada ciri-ciri sebegini cuma autistic child simptomnya lebih kerap atau lebih menonjol. Dan tak semestinya semua autistic child ada setiap ciri-ciri yang saya listkan tadi. Amik contoh Ace, facial expression dia agak okay masa 9 bulan, dia tak banyak hand flapping, tak pernah pusing dalam satu bulatan, movement skills dia excellent start jalan umur 10 bulan. Jadi susah untuk saya nasihat kepada yang dm saya samaada anak anda autism atau tidak. Sebab autism ni tersaaangat luas.
“Terus terang cerita, kalau Ace tak di-diagnose autism mungkin saya tak berapa endah mengenai disorder ini sebab ia tersangat luas hence that is why it is called Autism Spectrum Disorder (ASD).
“Mungkin bila saya sebut ciri2 di atas ade mak/ ayah yang dah concern kemungkinan anak anda autistic. My advise is YOU SHOULD BE CONCERNED.
“Sebab statistik menunjukkan 1 daripada 54 kanak2 di US di-diagnose with ASD pada tahun 2020 & budak lelaki 4 kali ganda lebih cenderung to have ASD berbanding girls. Dan macam saya cerita sebelum ni, there is currently no cure for ASD,” terang Dr Say.
Sumber/Sumber Foto : Insatgram Dr Say Shazril
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Dalam menghargai pasangan, paling penting adalah ‘usaha’ untuk meraikananya. Walaupun hanya usaha kecil, namun pastinya ia sangat bermakna. Begitulah juga yang dilakukan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 dalam meraikan hari lahir isteri tersayang.
Tanggal 25 November memberi makna besar buat Tengku Zafrul kerana ia merupakan tarikh keramat ulangtahun kelahiran isteri tercinta, YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad.
Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab besar mentadbir kewangan negara, Tengku Zafrul tetap berkesempatan usaha ‘mencuri masa’ yang ada untuk makan tengahari di rumah sekaligus demi melakukan kejutan kecil meraikan Hari jadi isteri.
Selamat Hari Jadi, Dina. Kejutan kecil untuk isteri saya tengah hari tadi sempena hari jadi dia. Nak masak sarapan untuk dia pagi tadi tak sempat jadi sebaliknya saya berusaha untuk berada di rumah untuk makan tengah hari. Satu pengorbanan besar beliau untuk keluarga kami selama ini, terutamanya dua tahun kebelakangan ini.
Saya beritahu umurnya hanyalah angka, dan dia kelihatan lebih muda setiap tahun (walaupun saya akan sentiasa nampak lebih muda…) ⠀ Terima kasih kerana sentiasa menjaga semua keperluan kami dengan sepenuh hati, cinta dan kasih sayang. Saya sentiasa amat bersyukur.
Semoga Allah merahmati kami sekeluarga dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan dan saya doakan kami diberi peluang untuk tua bersama Insha Allah.
Menteri Kewangan ini telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Mingguan Wanita: Sweet betul ucapan Tengku Zafrul sempena Hari Jadi tersayang. Walaupun sangat sibuk dengan tugasan mentadbir kewangan negara, tetap usahakan cari masa untuk meraikan Hari Jadi dan menghargai isteri tercinta.
Tidak boleh hidup tanpa suami kacak, wanita ini sanggup merana selama tiga tahun dalam rumah tangga toksid. Tenyata cinta itu memang buta.
Walaupun tak bahagia, wanita ini kuat menempuh dugaan selama tiga tahun biarpun realitinya dia tak bahagia.
Seorang wanita di Hunam, China dikatakan sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.
Lapor portal berita Mirror Press, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.
“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar portal berita itu.
Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.
Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.
Malahan menerusi portal berita itu, suaminya yang berwajah kacak itu sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.
Mingguan Wanita : Mungkin wanita ini memberi peluang kepada suami, tetapi tempoh tiga tahun yang diberi bukan satu jangka waktu yang pendek. Cukup-cukuplah dan sayangilah diri sendiri dan anak yang bakal lahir.