Sup Akar Naikamo, Petua Turun Temurun Orang Cina Ini Mujarab Jadi Penambah Darah Dan Banyakkan Susu Ibu

Amoi Jamu, Amanda Tan ini memang terkenal dengan perkongsian jamu-jamu tradisional Melayu. Kali ini, Amanda kongsi pula jamu atau sup turun temurun masyarakat cina yang bagus untuk penambah darah dan banyakkan susu ibu.

Amanda rajin menggali ilmu dan belajar petua jamu dari kaum Melayu dan Indonesia. Namun, resepi yang dikongsikan ini sudah menjadi amalan bangsa Cina sejak turun temurun.

Sup ini sangat senang untuk dimasak. Sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Ibu yang tengah berpantang selepas bersalin pun sangat sesuai.

Minuman ini bagus untuk menambah kecergasan, menghangatkan tubuh dan menambah susu ibu yang sedang menyusukan badan. Bagus untuk menambah sel-sel darah merah lagi-lagi buat mereka yang kurang darah atau anemia.”

 

Sup Akar Naikamo, Petua Turun Temurun Orang Cina Ini Mujarab Jadi Penambah Darah Dan Banyakkan Susu Ibu

Bahan Sup Akar Naikamo

Longan kering – seganggam
Kurma cina -segenggam
Buah Goji – segenggam
Yuk Chuk – segenggam
Huai Shan atau dikenali “Naikamo” – 2 batang

 

Cara Membuat

1. Bersihkan setiap bahan-bahan
2. Hiriskan kulit Huai Shan dan cuci bersih. Potongkan saiz sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan isikan air bersih anggaran 800 ml.
4. Biarkan mendidih di atas api kecil selama 2 jam. Jaga-jaga supaya tidak hangus atau melimpah. Kalau air kurang, tambahkan air. Pastikan masak selama 2 jam.

IKLAN

**Perisakan dengan garam secukup rasa sebelum dihidang.

**Semua bahan boleh agak-agak ikut keperluan setiap orang. Ada yang nak minum 2 orang kurangkan , ada yang nak minum 10 orang, tambahkan kuantiti bahan. Air agak-agak ikut sukatan yang diperlukan.

Manfaat Setiap Bahan

Setiap bahan yang digunakan mempunyai zat nutrisinya yang tersendiri bermanfaat untuk kesihatan dan kekuatan badan kita.

Longan Kering – Sifat longan kering yang ‘hangat’ dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.

Kurma Cina – Memperkaya dan menambah sel sel darah merah

Buah Goji – Bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan

Yuk Chuk – Menguatkan paru-paru dan sistem imun badan.

Huai Shan “Naikamo” – Menguatkan organ perut. Mengurangkan keletihan. Malah menguatkan organ limpa.

 

Sup Akar Naikamo, Petua Turun Temurun Orang Cina Ini Mujarab Jadi Penambah Darah Dan Banyakkan Susu Ibu

IKLAN

Siapa Boleh Minum Sup Akar Naikamo

√    Lelaki dan wanita yang letih, penat bekerja. Sup ini bagus untuk memberi kecergasan.

√    Orang tua uzur yang kekurangan zat terutama zat besi.

√    Wanita selepas habis tempoh datang bulan, selepas bersalin dan dalam waktu pantang. Bagus untuk memperbanyakkan sel sel darah merah.

√    Lelaki dan Wanita yang mengalami kekurangan sel sel darah merah / anemia

√    Bagus untuk kekuatan sistem imun badan.

IKLAN

√    Kanak-kanak pun boleh minum.

√    Tiada masalah untuk wanita mengandung. Cuma jangan kerap. Makanan berunsur herba untuk wanita mengandung kena jarangkan kekerapannya.

Baca Lagi Infonya

√    Sup ini bebas unsur unsur daging / haiwan sebab saya seorang vegetarian.

√    Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba di pasaraya atau di kedai tabib Cina.

√    Huai Shan boleh dibeli di pasaraya bahagian sayur sayuran. (Dekat AEON pun ada)

√    Rasanya manis masin (sebab ada penggunaan garam)

Sumber/Foto : Amanda Tan