Rupanya tak susah mana nak buat daging burger sendiri. Banyak kelebihannya bila mak-mak buat sendiri dirumah. Kebersihan terjamin, tanpa bahan pengawet, jimat dan pastinya lebih puas hati. Kalau anak-anak suka jenis makan burger, resipi ini memang wajib dicuba! Menurut perkongsian Zamzuri Abd Malik, daging burger yang dibuat sendiri ini mampu bertahan sehingga 3 minggu jika disimpan ditempat beku.Jadi senanglah, bila-bila teringin nak makan, keluarkan dari peti sejuk, biarkan seketika dan boleh terus digoreng.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Abang memang suka makan burger. Dulu-dulu bila balik tengah malam mesti singgah tepi jalan dan beli. Sampai satu hari tu terfikir. Daging burger tu mesti boleh buat sendiri.”
“Jadi abang pun cuba. Tak susah mana rupanya. Boleh simpan tempat beku tu tahan 3 minggu.Daging 600 gram tu boleh dapat 6 ketul.”
Bahan-Bahan:
600 gram Daging kisar
2 biji Telur
Serbuk Lada hitam
Bawang besar
Bawang putih
Parsley
Oregano
Paprika
Minyak Zaitun
Cara Membuat:
1.Masukkan daging dalam bekas berkilat. Tak kilat tak best tau.
2.Masukkan bawang-bawangan. Makcik bawang tak payah masuk.
Ads
3.Masukkan parsley, mint, oregano dan lada hitam.
4.Pecahkan 2 biji telur. Masukkan juga sedikit minyak zaitun. Kasi gaul rata.
Ads
5.Abang gunakan bekas telur yang selalu orang guna buat benjo di gerai burger. Ni kira macam acuan dia. Elok ikut ketebalan daging yang abang nak.
Tadaaaaa!
Ads
6.Abang gunakan bekas daging tadi. Lapik dengan aluminium foil. Bila-bila nak makan keluarkan, biar sekejap dan campak dalam kuali.
Lauk sejuk beku ini antara isu di kalangan mak-mak. Ada yang setuju, tak kurang juga yang mempertikaikan kerana bimbang khasiat dan nutrisinya dah hilang. Sebenarnya, ada cara macam mana nak simpan lauk sejuk beku yang takkan menjejaskan nutrisinya.
Dalam perkongsian Dato’ Dr Suriyakhatun Osman berkenaan idea simpan lauk beku, beliau memberi ulasan yang baik cara S Kamalinda Lynn simpan lauk sejuk beku untuk ibunya yang disimpan dalam peti beku.
Menurut ulasan itu, Dato’ Dr Suriyakhatun kongsikan cara paling bagus untuk simpan lauk sejuk beku. Jadi lauk yang disimpan itu akan terpelihara dan kekal nutrisinya.
“Bagi yang tidak ada masa untuk memasak, ini cara yang baik (Baca Linknya Di Sini). Setiap bekas untuk sekali makan. Selepas masak sejukkan dan terus bekukan.”
“Bila nak makan keluarkan awal untuk nyah bekukan. Boleh juga panaskan dalam steamer. Elak microwave jika boleh.
“Makanan yang di micro kurang mutunya dan khasiatnya. (Ada kontroversi bab ini. Yang mana, ada kajian kata microwave tidak ada mudarat, ada yang kata ada. Saya lebih suka play safe).”
Semasa menyimpan doktor sarankan agar mak-mak gunakan bekas yang freezer safe. “Sekarang ada kotak lunchbox kadbod yang dijual.”
Walau bagaimana pun, apa yang dikongsikan oleh doktor dalam pagenya ini mengundang pelbagai persoalan daripada followernya. Dan beliau menjawab satu persatu.
Jawapan doktor ini sebenarnya boleh dijadikan panduan mak-mak untuk mencuba teknik simpan lauk sejuk beku dengan lebih baik dan selamat.
Soalan : Doktor saya masakkan anak yang berumur setahun dengan cara ini. Seminggu sekali untuk 5 hari bekerja. Boleh ke? Ada isu anak kecil makan makanan frozen? Fingger food dan lauk makan tenaghari semua saya frozenkan untuk seminggu.
Jawapan : Tak ada isu. Cuma pastikan bekas simpan freezer safe.
Soalan : Sesetengah orang tua tak boleh makan makanan yang dipanaskan atau lebih 1 hari dimasak. Kita orang muda boleh lah.
Jawapan : Itu sebab.. benda tidak dibekukan cepat setelah disejukkan. Maka bila panaskan makanan sudah memang tidak segar, dah mula basi. Bukan angin tetapi sudah ada toksin dari bakteria yang membiak.
Nyah bekukan dalam peti sejuk.
Soalan : Doc apa pendapat doc kalau dipanaskan dan frozen berulang kali sebab tak habis atas reason tak nak membazir? Kadang-kadang satu lauk tu dekat 3 kali panas dan frozenkan.
Jawapan : Tidak digalakkan. Panaskan hanya bahagian yang nak dimakan dan habiskan.
Soalan : Berapa lama lauk yang dibekukan dalam freezer boleh dikira masih elok?
Jawapan : Sebenarnya jika freezernya bagus memang setahun pun masih baik. Saya sarankan simpan sebulan sudah cukup.
Soalan : Bukan ke makanan yang dibekukan lama semakin tinggi histamine atau yang dimasak tidak berlaku hanya terjadi kepada sumber mentah sahaja?
Jawapan : Betul boleh tinggi histamine jika lauk mentah dibiar lama sebelum dimasukkan dalam freezer. Makanan yang sudah dimasak pun jika sudah lama dibiar jangan freeze.
Bagaimanapun, lebih mudarat makan luar. Tinggi histamine tidak jadi masalah bagi yang tidak ada atopy. Boleh dielakkan jika bekukan makanan segar.
Soalan : Banyak kali dah dengar doktor berpesan, jangan makan makanan berpanas.
Jawapan : Ya. Jika biar lama di luar baru nak bekukan akan mula basi. Tidak boleh bekukan begini.
Soalan : Doktor dari segi nutrien dia macam mana
Jawapan : It’s ok jika tidak keluar masuk freezer. Masuk sekali, keluar sekali. Kalau masak terlebih. Freeze yang lebih sebelum hidang. Bukan lepas ada di luar lama.
Soalan : Ini memerlukan peti sejuk besar.
Jawapan : Perlukan satu unit freezer dengan harga kurang dari RM1K.
Soalan : Doktor, perlu tunggu lauk sejuk baru masukkan dalam peti or boleh masukkan terus masa lauk panas-panas.
Jawapan : Boleh masukkan panas-panas tapi akan makan letrik dan cepat rosakkan freezer.
Macam-macam versi buat sambal hitam ini. Tapi kalau nak tahu yang versi betul betul original, sebenarnya cuma guna 4 bahan ini saja; belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Inilah yang dinyatakan Puan Siti Fatimah dalam masa yang sama berkongsi resepi dan cara-cara membuat sambal hitam original.
Katanya, “Kalau kau sejenis nak tunggu lampu isyarat bertukar hijau yang 80 saat tu pun tak reti menyabar dok berangin je berbalas balas hon, kau tak digalakkan lah untuk mencuba resepi ini.”
“Ini kalau aku nak buat jual, mahu lapan belas enam puluh ribu ratus ringgit sebekas ni.
“Sesaat kesabaran aku menunggu rebus belimbing tu je dah bersamaan dengan doblas ratus ringgit. Sebab tu lah sambal hitam ni orang jual mahal. Dia boleh tahan berbulan bulan tanpa perlu masuk esbok pun.”
Tapi untuk yang original sambal hitam lah. Original pembikinan sambal hitam, dia menggunakan empat bahan sahaja; Belimbing buluh, bawang merah, ikan bilis dan cili api.
Walaupun empat bahan sahaja, proses pembikinan dia mengambil masa yang sangat lama. Kau bercinta, gaduh, clash couple balik pun belum tentu sambal ni siap lagi. Mana kan tidak. Nak merebus belimbing buluh hingga betul betul hitam sahaja pun mengambil masa paling paling 4 jam.
Sesudah itu, perlu menumis perlahan pula kesemua bahan hingga betul betul kering. Itu pun dalam 4 jam masa diambil.
Alang alang nak buat stok simpan. Buatlah lebih. Alang alang nak pakai masa, tenaga dan gas yang banyak, buatlah sekali untuk ahli keluarga lain, saudara mara dan jiran tetangga yang ada. Bulan puasa pun dah nak dekat. Buat stok sahur pun terbaik ni.
Rebus belimbing buluh sebelanga. Belimbing buluh ni ada lah dalam 2 ke 3 kg kot. Ni aku petik kat pokok sebesen.
Bersihkan buang tangkai, taburkan setengah cawan garam. Tak perlu letak air. Buka api, nanti perlahan lahan air belimbing tu keluar.
Kalau boleh jangan guna kuali atau periuk. Belimbing ni tajam. Dia menghakis besi. Kalau tak bocor pun, nanti kuali kau jadi hitam.
Kita nak buat sambal hitam. Bukan kuali yang kena hitam. Tak pasal suami anda cari sudut rumah termenung mengenangkan nasib kena belikan kau set kuali baru. Kuali betul.
Rebus guna belanga atau periuk kaca. Kalau tak ada, rebus dalam tin biskut. Dah siap rebus buang terus tin tu.
Ahh, kalau semua tak ada, kau tak payah buat lah! Banyak betul cerita.
Hah! Gini lah rupa dia bila belimbing dah mula mengeluarkan air. Teruskan merebus api sederhana. Jangan besar sangat apinya. Bergantung dapur gas anda lah. Agak agak sendiri untuk 4 jam punya rebus nak kering.
Sampai lah dia berubah warna dan kering.
Setelah 4 jam ini lah hasilnya. Dia jadi hitam dan mengecut macam buah prune. Dari sebelanga belimbing buluh tadi, dapatlah semangkuk besar belimbing hitam.
Bawang merah dimayang.
Ikan bilis tumbuk kasar.
Cili api blend.
Belimbing hitam dilenyek.
Agak agak je semua semangkuk semangkuk. Jumlah bawang dan ikan bilis biar lebih dari belimbing hitam dan cili. Kalau tak suka masam sangat, kurangkanlah belimbing.
Cili api biar sama banyak dengan belimbing hitam. Sambal ni kalau tak pedas, kau tak payah panggil dia sambal. Kau panggil dia milo ais.
Tumis dulu ikan bilis bagi garing sikit, lepas tu masukkan bawang dan cili api. Dah layu, masukkan pula belimbing hitam yang dah dilenyek tadi.
Minyak banyak tak apa. Aku tambah minyak dari semasa ke semasa.
Masa ni kau dah boleh mula perlahan kan api. Dan tunggu lah lagi dalam 3 ke 4 jam sampai betul betul kering.
Kacau. Jangan lupa pula mengacau sibuk leka tengok drama maghrib.
Tadaaaa! Ni lah rupa dia bila dah siap. Masa dah kering ni, senang nak turunkan minyak. Tinggal cedok je keluarkan minyak minyak kalau terlalu banyak.
Bila dah siap gini, tak perlu lagi nak tambah garam dan apa apa jenis MSG. Macam gini je dah sedap yang tidak tidak.
Ginilah cara buat dia. Senang bukan?
Memang ramai yang masih buat, minum air botol yang tertinggal dalam kereta tanpa ambil tahu apa kesannya kepada tubuh badan. Tetapi tahukah anda, air botol yang terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barah?
Bahaya air botol terdedah kepada sinaran matahari dan panas melampau – Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata dalam laporan Sinar Harian, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.
Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya! Artis antarabangsa, Sheryl Crow juga menghidap barah disebabkan kesan daripada meminum air botol yang terdedah panas. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.
Menurut doktor, wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.
Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda.
Hawa panas dapat menyebabkan toksin atau racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Moga kaum Hawa dan lelaki yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui info ini.
Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok di minum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati, urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.