Wanita melakukan aktiviti riadah seperti keluar berjoging dan bersukan mungkin dianggap biasa di negara kita dan kebanyakan negara lain. Namun tidak bagi negara yang mempunyai undang-undang yang ketat seperti Arab Saudi.Larangan peraturan ini tidak lagi berlaku di negara tersebut.
Ini kerana baru-baru ini,sekumpulan wanita di bandar Jeddah kelmarin meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan melaksanakan kebebasan baru yang diberikan kepada mereka iaitu hak untuk keluar berjoging.
Dengan memakai jubah yang disesuaikan untuk bersukan, wanita berkenaan bersorak kegembiraan ketika berlari di sepanjang lorong sambil diperhatikan pemilik kedai yang kebingungan.
Revolusi Wanita Arab Saudi
Walaupun kerajaan sudah memperkenalkan pendidikan jasmani kepada remaja perempuan tahun lalu dan mula memberikan lesen untuk mewujudkan kelab sukan wanita, tetapi masih ada juga yang kehairanan melihat wanita berkenaan berjoging di tempat awam.
Ads
“Ini adalah permulaan revolusi untuk wanita di Arab Saudi. Semuanya akan berubah untuk kami termasuk dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat,” kata seorang peserta acara itu yang juga pelajar universiti, Sama Kinsara.
Wanita di negara ini mengalami perubahan besar selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman menarik beberapa sekatan utama ke atas hak mereka.
Wanita kini boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium, mengambil bahagian dalam acara sukan dan akan dibenarkan memandu kereta menjelang Julai depan.
Ads
Namun, Arab Saudi masih antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat untuk wanita di dunia.
Ads
Ini kerana tiada wanita yang dilantik menjadi menteri dan masih mengekalkan sistem yang mengharuskan wanita mendapatkan kebenaran mahram untuk membuat keputusan penting.
Tahniah buat wanita Arab Saudi diatas kebebasan dan hak yang diberikan untuk melakukan aktiviti sihat ditempat terbuka seperti wanita dinegara-negara lain.
Women cheer during a running event marking International Women’s Day in Old Jeddah, Saudi Arabia March 8, 2018. REUTERS/Faisal Al Nasser
Fulamak, rupanya bajet nak buat tempat sangkut tudung ni murah yang amat! Ya, kaum perempuan cukup suka beli kain tudung walau yang pakai cuma beberapa helai yang sama. Sudahnya tudung penuh dalam almari sampai tak ada tempat nak letak.
Apa yang lebih parah, kain tudung yang dah lama beli tak terpakai sebab sudah ditindih dengan tudung-tudung baru yang dibeli. Itu satu hal, lagi satu masalah asyik mengeluh kat suami kata tak ada tudung yang sesuai dengan baju.
Jadi kali ini kaum wanita boleh guna idea yang dikongsikan Puan Tina Rozubi ini, tempat gantung tudung yang lebih kemas dan nampak.
Episod tudung plain, tudung corak-corak next episod yer.
Ikea IRJA rod curtain set =RM4.90 Clip DIY = RM3.50 ( 20pc) Cabel plastic DIY = RM 1.50 (100pc)
Hah, bajet pun murah! Elok sangat lah serang IKEA cari bahan-bahan yang diperlukan dulu.
Selamat mencuba ya kaum mak-mak! Moga tabiat suka beli tudung setiap bulan dapat dikurangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita gembira dan penuh kesyukuran disambut oleh para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin,39, apabila penyanyi kesayangan ramai ini,selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi secara pembedahan. Rupanya ada sebab tertentu kenapa hari isnin yang menjadi pilihan bagi penyanyi lagu ‘Comel Pipi Merah’ ini untuk melahirkan bayi sulungnya.
Perkara berkenaan disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk.
Menurut Rozi, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
“Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.”
“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.”
Jelas Rozi, buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.Pasangan itu juga memohon diberikan sedikit masa sebelum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.
Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak pertama mereka lancar dan selamat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat serta pihak media di atas sokongan sedari awal kehamilan.
Sementara itu, memetik laporan BHOnline, Datuk Khalid berkata mereka akan mengumumkan nama bayi pada hari ketujuh kelahiran nanti.
“Mengikut perancangan, pada hari ketujuh kelahiran nanti, kami mahu mengadakan majlis maulid. Pada waktu itulah kami umumkan nama bayi,”
Terdahulu Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006. Meskipun pernah mengalami episod keguguran sebelum ini, ternyata berkat kesabaran, usaha dan doa tanpa henti, penantian selama 12 tahun pasangan untuk memiliki cahaya mata sendiri dipermudahkanNya.
Mingguan Wanita mengucapkan jutaan tahniah buat Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami, diatas kelahiran puteri yang dinanti-nantikan selama ini. Semoga bayi comel ini menjadi anak yang solehah penyejuk mata & hati seluruh keluarga.
Satu hal yang jadi masalah untuk bakal mak usia 30-an ini adalah mencari menu berpantang atau lauk pauk berpantang sepanjang 44 hari memulihkan diri.
Mak-mak yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.
Mereka rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama saja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mak-mak perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Dalam grup masakan terkenal, Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang yang dinikmatiknya sepanjang lebih 2 minggu lepas melahirkan. Yang mana, mak-mak berpantang pun boleh mencubanya.
“Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang balik, boleh tengok balik.”
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan
2. Kukus ikan sehingga masak
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
Ikan
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Serai -dititik
Air
Sedikit air asam jawa
Lada hitam
Garam
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga ikan masak. Siap.
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Air asam jawa
Garam
Gula
Air suam
Cara masak:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
2. Kemudian campurkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan sedikit air suam.
3. Masukkan garam dan gula. Gaul sebati. Siap.
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
Ikan goreng
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Air asam jawa
Lada hitam
Cara masak:
1. Tumis bahan hiris dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa dan lada hitam.
3. Masukkan garam dan sedikit gula.
Ikan masin
Khailan
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Sedikit gula
Sedikit air
Cara masak:
1. Goreng ikan masin dan hancurkan.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga layu.
3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan khailan.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Siap.
5. Last sekali, masukkan ikan goreng. Masak sehingga mendidih. Siap.
**Kalau tak nak goreng & tumis renehkan semua bahan dalam kuali sehingga ikan masak.
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah sup
Lobak
Bunga kobis
Air
Daun sup
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah sup dengan sedikit minyak.
2. Masukkan air dan ayam.
3. Bila ayam dah hampir masak masukkan lobak dan bunga kobis.
4. Bila sayur dah lembut, masukkan garam. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali daun sup. Renehkan sehingga ayam masak. Taburkan daun sup sebelum hidang.
Ayam
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia -hiris
Sos lada hitam
Sedikit sos tiram ( tak nak pun tak apa)
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air ( ikut banyak mana nak kuah )
3. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga ayam masak.
4. Selepas itu, masukkan garam, gula dan lada hitam. Siap.
**Kalau tak nak tumis masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga ayam masak.
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sawi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis tumbuk
Air
Garam
Tauhu
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali sawi.
2. Bila air dah mendidih, masukkan sawi. Tutup api dan siap.
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Ketumbar – tumbuk
Serai – dititik
Lada hitam
Asam jawa /asam keping
Air
Daun kunyit (optional)
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, masukkan garam dan daun kunyit. Tutup api dan siap.
Brokoli
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis tumbuk
Air
Garam
Tauhu
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali brokoli.
2. Bila air dah mendidih. Masukkan brokoli, tutup api dan siap.
Daging rebus
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Sos lada hitam
Sedikit sos tiram ( tak nak pun tak apa )
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air ( ikut banyak mana nak kuah )
3. Kemudian masukkan daging.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam. Siap
**Kalau tak nak tumis masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.