Kes wanita dera amah ini pernah mendapat liputan meluas didalam media sosial dan dikalangan masyarakat sebelum ini.Rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan apabila wanita ini hanya kenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lalu.

Namun akhirnya, keadilan dapat ditegakkan dan wanita ini mendapat pembalasan yang setimpal apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita Mohamad Ali, 44, yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah membuat keputusan terhadap suri rumah itu yang juga responden selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula hari ini dan permohonan penangguhan pelaksanaan turut ditolak mahkamah.

Sebelum ini, Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lalu.

IKLAN

Namun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Bukan Bergelar Datin

Ketika ditanya pemberita sebelum prosiding bermula, wanita itu mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan media sebelum ini. Prosiding kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, manakala responden diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Sebelum ini, pada 21 Mac lalu, Rozita gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan diberi tempoh selama seminggu untuk mencarinya.

IKLAN

Rozita Mohamad Ali yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu, hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.Suri rumah berusia 44 tahun yang memakai pakaian serba hitam hadir bersama dua peguamnya pada 8.55 pagi.

Hukuman Penjara 8 Tahun, Akhirnya Wanita Dera Amah Dapat Pembalasan Setimpal

Sebabkan Kecederaan Parah

Mengikut pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

IKLAN

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Buat para majikan, ingatlah amah juga seorang manusia, layanlah dengan sebaiknya dan janganlah diperlakukan sewenang-wenangnya. Marah atau ingin menegur sekalipun, janganlah sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.

Sumber:hmetro
Kredit Foto: Malay Mail Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI