Tun Dr Siti Hasmah ‘pecah’ rahsia beliau kurang pandai memasak semasa ditemuramah secara Live oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza melalui akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk pada 21 April.
Pelbagai soalan ditanyakan oleh Siti Nurhaliza semasa Bicara Santai #dudukrumah bersama YABhg Tun Dr Mahathir dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah ini.
Ini antara soalan-soalan yang menarik yang ditanya oleh Siti Nurhaliza kepada mantan Perdana Menteri dan isteri.
Bicara Santai IG Live Siti Nurhaliza bersama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah
Pernah Tak Sepanjang Perkahwinan, Tun Mahathir Memasak?
Soalan ini ditanya oleh salah seorang netizen di ruangan komen. Rupa-rupanya Tun Dr Mahathir boleh memasak.
Kata Tun Dr Siti Hasmah, jika ada masa lapang suaminya itu akan memasak.
“Khasnya pada hujung minggu di first round dekat Sri Perdana Damansara, dia akan masak apa yang dia minat. Nasi goreng ke. Dan satu lagi yang special, mee bandung.
“Dia (Tun M) suka masak. Sebab suami saya masa kecil duduk dengan family, kakak ipar dia seorang yang pandai masak.
Ads
“Tetapi saya tidak pandai masak. Saya memasak pada waktu Jepun sahaja. Saya tidak lupa masak tetapi cara saya dulu waktu Jepun berbeza. Saya pakai batu giling dan tumbuk-tumbuk begitu tetapi sekarang ini pakai powder itu powder ini saya tidak reti (tahu).
“Sekarang ini saya tidak faham untuk masak sebegitu sebab kalau hendak masak saya mesti ada batu giling untuk menggiling bahan. Masa Jepun itu, 5 tahun saya memasak.”
Juadah Berbuka Paling Disukai Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Siti Nurhaliza sempat lagi bertanyakan mengenai juadah berbuka puasa yang disukai oleh pasangan bahagia ini.
Cucur udang dan popia basah adalah pilihan Tun DR Mahathir. Dan daripada jawapan yang diberi, barulah tahu bahawa Tun Mahathir suka pergi bazar Ramadan.
“Tetapi bila sudah pergi ke bazar Ramadan dan beli terlalu banyak, bila balik makan tak habis. Saya seronok pergi ke bazar Ramadan. Saya pergi ke tiap-tiap tempat sebab saya hendak tengok orang berniaga samada maju atau tidak dan jenis-jenis makanan.
“Begitu banyak sekali makanan Melayu. Jadi sepatutnya mereka (peniaga) tidak sahaja berniaga pada bulan Ramadan. Waktu lain saya juga yakin ada boleh dapat kejayaan. Saya tertarik dengan Chef Wan. Masakannya, Wah!
Ads
“Saya fikir termasuk orang kampung boleh siapkan masakan sedap. Tetapi satu benda yang saya dapati bila hendak jamu guest datang rumah, beli yang terbaik mungkin. Daging yang terbaik, sayur yang fresh dan sebagainya. Tetapi bila hendak jual cari benda yang boleh dapat keuntungan lebih. Sebaliknya orang lain bila hendak jual dalam restoran, dia tentukan kualiti yang best.
“Kita (peniaga) cari kualiti yang rendah supaya dapat kurangkan kos. Dan ini menyebabkan kadang-kadang kita (peniaga) ada makanan yang sedap tetapi bila buka restoran, ia tak sedap. Jadi ini yang saya notice (perasan).”
Manakala Tun DR Siti Hasmah pula amat sukakan putu piring.
“Sekarang ini susah hendak dapat (putu piring). Itu kegemaran saya.Satu lagi saya suka adalah pisang, sama ada goreng atau buat pengat.”
Cucur Udang Siti Nurhaliza Untuk Tun M & Tun Siti Hasmah
Bercerita mengenai penjualan makanan, Siti Nurhaliza sempat juga berkongsi cerita mengenai pengalamannya sewaktu kecil dari umur 10 hingga 16 tahun, beliau berjual kuih di bazar Ramadan, pasar malam dan pekan sehari.
“Memang mak saya seorang yang kalau buat makanan buat sedap-sedap agar kalau orang makan orang ingat dan orang datang beli lagi. Bukannya orang beli, makan satu dan rasa tak sedap, orang tak hendak repeat. Itu salah dan kalau dari segi Islam pun salah sebenarnya.”
Ads
Beliau bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir iaitu kalau mahu bagi orang makan buat sedap-sedap dan jaga kualiti kerana itu cara yang sebenarnya dalam berniaga.
Malah Siti Nurhaliza juga berkata beliau akan cuba memasak cucur udang untuk Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.
Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk
Foto: Instagram YABhg Tun Dr Mahathir @chedetofficial
Muhammad Bilal Putera Sulung Neelofa dan Haris, selebriti dan juga usahawan wanita terkenal Neelofa telahpun selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 29 Januari lalu.
Putera sulung yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris. Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suaminya, Haris.
Muhammad Bilal Putera Sulung Neelofa & Haris
“Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris” begitulah entri yang ditulis menerusi akaun Facebook Neelofa. Sekaligus mengumumkan nama anak yang baru dilahirkan.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada Neelofa dan Haris. Malah ada yang mendoakan agar anak yang baru dilahirkan menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah syukur ya Allah, Tahniah ayah dan ibu. Moga sihat walafiat ibu dan anak.Moga jadi anak yang soleh.Aamiin.” komen Khairiyah Mim Kongli.
Haris Mohon Doakan Kesejahteraan Isteri & Zuriat
Haris menerusi kenyataan media telah berkongsi berita gembira tersebut dan memohon agar dapat menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan zuriatnya.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
Rasa Sangat Bersyukur
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara. Terima kasih,” tulis Haris.
Mingguan Wanita: MW doakan Neelofa dan anak diberikan kesihatan yang baik. Selamat berpantang Neelofa. Tak sabar nak tatap wajah anak sulung pasangan popular ini!
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” begitulah luahan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua, Jasmin Hamid, 47.
Selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini Jasmin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya.
Malah kegembiraan pelakon senior ini sentiasa mendapat hati di kalangan peminat-peminatnya. Apatah lagi selepas mendirikan mahligai, Jasmin sering berkongsi kisahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku”
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku..
“Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya..
“Lain bebenor rasanya,” luah Jasmin.
Bersyukur Rezeki Allah
Menerusi perkongsian tersebut juga Jasmin memanjatkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki menyambut hari lahir suami walaupun hanya di set penggambaran.
“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..
“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ungkap Jasmin.
Puteri Kedua, Saharul Pilih Nama KHADIJAH ALKUBRA. Allahu sedapnya nama yang diberikan oleh pelakon Saharul Ridzwan dan isteri Deena Emir untuk puteri kedua mereka.
Sebelum ini, isteri kepada Saharul selamat melahirkan bayi ketiga mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Saharul dan Deena telah memuat naik nama puteri kedua mereka.
Puteri Kedua, Saharul Pilih Nama KHADIJAH ALKUBRAA
Pasangan ini memilih KHADIJAH ALKUBRAA. Menerusi ruangan komen ramai yang memuji nama anak ketiga pasangan ini yang begitu indah;
“Sedapnya nama baby Saharul, indah dan damai sebagaimana maksudnya. Wanita yang tinggi cintanya pada rasulullah, semoga Khadijah menjadi anak yang solehah.. Aaminn” komen salah seorang warganet.
Saharul dan Deena juga mengumumkan nama puteri mereka selepas tujuh hari kelahiran.
“Semalam genap 7 hari kelahiran puteri solehah ke dua kami, telah selamat ditahniqkan dan di cukur rambutnya serta diberi nama. Alhamdulillah.
“Nama diberi,
KHADIJAH ALKUBRAA
“Sempena nama isteri Baginda Rasulullah s.a.w, Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a, ketua bidadari syurga.
“Semoga anak solehah ini, Khadijah Alkubraa membesar dengan sihat, pintar, baik ahlak serta rupa parasnya, disayangi dan disenangi ramai, menjadi hafizah Quran, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)
“MasyaAllah Nama Yang Indah” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji nama yang cukup indah.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.