eina-azman
Sumber foto: Instagram Eina Azman

Pelakon yang begitu popular kerana suka berkongsi cara memasak di akaun Instagram miliknya, Datin Paduka Eina Azman, 25 atau lebih mesra dengan panggilan Eina Azman yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef sedikit pun tidak kekok menguruskan rumah tangga walaupun berkahwin dalam usia muda.

“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idola
Ketika hadir di studio untuk sesi fotografi

Mengimbas kembali kisah yang pernah dikongsikan bersama Mingguan Wanita ketika menjayakan sesi fotografi  majalah MW sebelum ini, pelakon cantik ini berasa sangat bertuah kerana pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden begitu memahami dan sentiasa menyokong segala aktiviti yang dipilihnya terutama yang berkaitan seni dan juga perniagaan.

Malah Eina juga akui begitu selesa dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun aktiviti harianya begitu padat namun Eina begitu bijak membahagikan setiap kerjayanya.

Bayang Pedihnya Kulit Berdarah Baby Afiya, Eina Azman Terus Hulur Bantuan

Ibu Idola, Eina Cekap Kendalikan Rumah Tangga

Mengusik Eina bagaimana dia cekap dalam mengendalikan rumah tangga memandangkan dia berkahwin dalam usia muda.

Eina menerangkan ibu (panggilan Mummy) merupakan idolanya dalam menguruskan rumah tangganya.

IKLAN

“Segalanya saya mulakan dari bawah. Saya ni bukannya jenis yang terus pandai memasak. Saya belajar perlahan-lahan. Sifu saya merupakan Mummy.

“Sejak kecil saya lihat Mummy menguruskan rumah tangga dengan baik. Setiap hari bapa saya akan bawa bekal yang dimasak Mummy ke pejabat. Mummy juga selalu pesan ikat perut suami dengan air tangan sendiri.

“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idola
Sumber Foto: Instagram Eina Azman

Masa Baru Kahwin Cuma Pandai Masak Tiga Lauk

“Masa baru-baru kahwin saya cuma tahu masak tiga lauk saja. Kemudian perlahan-lahan saya belajar masak menerusi Internet dan paling penting banyak bertanya kepada Mummy.

IKLAN

“Pernah suami teringin nak makan Nasi Dagang, saya belajar masak nasi tersebut, alhamdulillah menjadi dan suami pun suka. Saya juga sangat bersyukur dalam penjagaan anak-anak saya memang perlukan pembantu dan saya memang kesian nak tinggalkan anak lama-lama,” ungkap Eina lagi.

“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idola
Sumber foto: Instagram Eina Azman
“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idola
Sumber foto: Instagram Datin Paduka Eina Azman

Kongsi Resipi

Antara resipi yang pernah Eina kongsikan di akaun Instagram miliknya;

IKLAN

Resipi Sayur Asparagus Bersama Tauhu

“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idola
Sumber foto: Instagram Eina Azman


Bahan – Bahan :
•300g asparagus
•2 kiub tauhu
•100g cendawan
•50g isi ayam
•4-5 ulas bawang putih (dicincang)
•2 lada merah (dihiris)
•1 sudu makan lada sulah
•2 sudu makan MAGGI CukupRasa
•2 sudu makan sos tiram

Cara Nak Masak :

1: Goreng tauhu sehingga keemasan dan angkat ketepi
2: Panaskan minyak dan masukkan isi ayam
3: Lepastu masukkan bawang putih dan cendawan
4: Masukkan sayur asparagus
5: Masukkan sos tiram
6: Masukkan MAGGI CukupRasa
7: Masukkan sedikit lada sulah lepastu masukkan tauhu yang dah digoreng tadi
8: Last sekali, masukkan hirisan lada merah. Kacau kesemua sehingga rata. IT’S DOOOONE!

 

Lebih 410 000 Views Perkongsian Resipi Nasi Goreng Petai Pelakon Eina Azman Ni, Aduhai Sedapnya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI