Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!

Roti kering ini mudah saja cara membuatnya. Kalau ada roti putih yang dah nak expired, boleh buat.

Roti antara makanan yang wajib ada di rumah. Bukan apa, kalau tak sempat masak sarapan untuk anak-anak, boleh sapu roti dengan planta/kaya, terus boleh makan. Boleh dikatakan, roti penyelamat dalam suasana terdesak.

Roti juga boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan lain. Misalnya roti sardin, roti goreng, puding roti dan macam-macam lagi.  Selain itu, boleh juga cuba buat roti kering ni yang ada juga orang panggil biskut gula. Kita dah boleh elakkan pembaziran. Daripada roti itu dibuang sebab dah dekat tamat tempoh, baik buat roti kering sebelum berkulat.

Peh! Minum pulak dengan the o atau kopi o..Memang ngam habis!

Baca di sini juga

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

Selalunya roti kering ini didapati di kedai-kedai runcit dan bakeri. Agak-agak senang tak buat sendiri? Sangat mudah sebenarnya nak buat! Tengok kat rumah ada stok roti yang dah hampir tamat tempoh. Ha..apa lagi. Jom kita!

Bahan-bahan:

Roti putih

Mentega

Gula

Cara Membuat:

Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!

Potong roti mengikut saiz yang diingini. Setelah itu, sapukan dengan mentega di permukaan roti tersebut dengan rata

Celup/salut roti tadi dengan gula. Pastikan kedua bahagian permukaan tersalut rata. Susun di atas dulang pembakar.

Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 150 darjah selsius. Kena sentiasa perhatikan agar tidak hangus.

Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!

Keluarkan dan tadaaa…! Dah siap! Bestnya makan dengan kopi O…Time hujan pulak tu!

Sumber: Lainatul Aishah