Roti boleh dijadikan pelbagai juadah. Selalunya roti digunakan untuk membuat roti telur goreng, roti sardin atau roti sandwic. Hmm..bosan juga kalau yang sama je kan? Apa kata anda cuba pulak resipi ini, untuk kelainan. Tapi insya-Allah rasanya konfim sedap!
Anak-anak pun ada dah mula bersekolah. Boleh jadikan roti goreng ini sebagai bekal anak ke sekolah dan anak tak perlu ke kantin sekolah waktu rehat. Bukan anak-anak saja, mak ayah pun boleh bawa bekal ke tempat kerja. Selamat dah bajet untuk minum pagi kan?
Ha..apa lagi. Jom cuba resipi ini.
ROTI GORENG BERINTI
Bahan-Bahan Kulit:
Roti Telur Breadcrumbs / serbuk roti
Minyak masak – untuk menggoreng
Ads
Bahan Inti:
4-5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 4-5 ketul ayam dicencang halus (blender pun boleh) 1bungkus sayur campur Sedikit sos tiram Sos cili cap arnab (jenama lain pun boleh) Serbuk lada putih dan hitam
Cara Membuat:
Mula-mula, tumis bawang merah dan putih ssehingga naik bau, masukkan ayam cencang dan biar sekejap. Kemudian apabila nampak daging ayam dah bertukar warna menjadi putih, masukkan sayur campur, masak lagi sehingga air kering.
Setelah itu barulah masukkan bahan perasa seperti lada hitam, lada putih, sos cili. Masukkan lebih sedikit dan sos tiram dalam dua sudu sahaja. Masak sampai inti itu tidak berair. Boleh ditambah garam dan gula jika perlu, saya dah tak tambah sebab cukup rasa. Inti siap. Ketepikan.
Untuk membuat roti goreng berinti; ambil sekeping roti. Letak sedikit inti di bahagian tengahnya. Lapis dengan satu keping lagi roti. Kemudian bentukkan bulat (rujuk gambar). Boleh guna permukaan cawan, mangkuk kecil dan sebagainya. Ulangi langkah hingga selesai.
Dalam satu mangkuk, sediakan serbuk roti. Dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Ambil roti yang telah dibentukkan bulat tadi, celup ke dalam larutan telur dan kemudian masukkan ke dalam bread crumb (lihat gambar di atas).
Dalam masa yang sama, panaskan minyak dan goreng secara deep fried roti tadi. Balik-balikkan dan gunakan api sederhana agar tak rentung.
Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati! Sedapnya!!
Tip Tambahan: Untuk elakkan roti berminyak ketika digoreng, pastikan minyak betul-betul panas dan goreng sekejap sahaja. Jangan biar terlalu lama. Bila dah nampak garing terus angkat sebab semua bahan inti dah cukup masak. SELAMAT MENCUBA!
Sekarang tengah musim buah belimbing buluh, macam-macam boleh buat dengan buah belimbing ni. Selain dibuat sambal hitam, jus minuman, halwa manis, buah belimbing juga boleh dibuat sambal mudah. Menariknya Sambal Belimbing ni hanya guna 3 bahan je, tapi cukup membuka selera dengan rasa masam,manis, lemak dan pedasnya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Niq Ain ini;
Dah lama cari, akhirnya terbuat lah Sambal Belimbing ni. Kalau lauk macam ni, awak semua berape pinggan hadap? Resepi senang senang, kalau payah semua tak nak amik kan.
Bahan-Bahan:
Ikan Selayang
Cili Padi
Belimbing Buluh
Cara Membuat:
1. Rebus ikan selayang, masin sedikit.
2. Asingkan tulang dan tumbuk isi ikan tersebut.
3. Kemudian masukkan pula cili padi.
4. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh. Saya letak akhir sekali belimbing sebab takut terpercik.
5. Kemudian, saya hiris lagi belimbing gaul dalam tu lagi.
MW: Memang senang resipi Sambal Belimbing Buluh ni. Secukup rasa lemak, manis, masam dan pedas. Memang membuka selera walaupun makan dengan nasi putih je. Jadi kalau ada pokok buah belimbing buluh ni di rumah, daripada terbiar je elok buat sambal mudah ikut resipi yang dikongsikan ini.
Buat Sendiri TAUFU FAH Elok Lembut Menjadi Guna 3 Bahan, Tak Payah Beli! Sedapnya Taufu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Taufu Fah selalunya ada di jual di pasar malam atau bazar ramadan. Namun sebenarnya boleh buat sendiri je Taufu Fah lembut dan sedap ni di rumah. Hanya guna 3 bahan je. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.
Mak-mak boleh cuba resipi Taufu Fah lembut yang dikongsikan oleh Puan Intan Mazura Masrisebagai panduan;
Boleh Praktis untuk bulan puasa ni. Macam senang je, kang dah pandai buat tak payah beli dekat luar. Alhamdulillah Taufu fa menjadi dan lembut guna 3 bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
1 cawan Air
Agar-Agar 12 gram (Separuh bungkus)
2 liter Air soya/ 2 kotak besar
Sedikit gula
Cara Membuat:
1. Masukkan agar-agar ke dalam air, biarkan sehingga larut.
2. Bila agar-agar dah larut sebati tuangkan soya. Nak tambah gula sikit pon boleh. Kalau tak suka manis guna soya kurang gula.
3. Biar mendidih tutup api. Tuang dalam bekas besar sebab nanti kita nak ceduk ala-ala pasar malam tu kan. Tak best guna bekas kecik.
(Simpan peti ais bahagian chiller dalam 2-3jam)
Air Gula Melaka
Bahan-Bahan:
1 keping Gula Melaka
2 sudu gula putih
3 cawan air
Daun Pandan
Halia
Cara Membuat:
1. Campurkan Gula Melaka, gula putih dan air.
2. Masukkan sekali daun pandan dan halia sedikit. Jangan lupa tapis. Kalau nak buat air gula putih pun sama je step.
Tadaa jadik , lepas masukkan dalam peti 2-3 jam dah boleh makan .
Nah, resepi poket doraemon ini menu petang paling sesuai untuk anak-anak. Apa yang best, mak-mak boleh tukar intinya ikut apa yang anak suka.
Tetapi kalau nak ikut resepi Puan Yatie Yatie Su Yatie ini pun boleh, guna ayam dan letak sos. Fuh, merecik! Nak jual pun laku ni…
Ini resepi poket doraemon
2 keping roti di gelek nipis
Potong roti tersebut ikut saiz penutup balang saiz kecil
Celupkan roti ke dalam telur dan lumurkan dengan serbuk roti
Goreng roti dengan minyak panas
Gunting 2 roti tadi
Letakkan inti yang di sukai
Siapppp!
Mula-mula gelek 2 keping roti tu bagi nipis. Setelah tu, roti tersebut di potong ikut saiz penutup balang saiz kecil. Ianya akan jadi bentuk bulat seperti dalam gambar.
Selepas itu celupkan roti tadi dengan telor, lumurkan dengan serbuk roti. Automatik roti akan melekat dengan sendiri. Sebab kita dah salut dengan telor.
Roti tu akan menggelembung semasa digoreng. Lepas di goreng, gunting 2 roti tersebut seperti dalam gambar.
Inti:
Isi ayam, ubi kentang, lobak, bawang besar holland, gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan di tumis kesemuanya.
Nota:
Tak perlu di klim sebab kita dah celup dengan telor, ia akan melekat dengan sendirinya. Sebab kita dah gelek nipis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...