Menjadi impian dan besar harapan mak ayah apabila anak-anak menjadi seorang tahfiz.Jika ada seorang anak berjaya bergelar Al-Hafiz atau Al-Hafizah dalam keluarga pun dah bahagia, apatah lagi jika mempunyai 9 orang anak yang kesemuanya berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Sungguh, perasaan syukur dan bahagia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kejayaan pasangan suami isteri yang juga bekas guru menjadikan sembilan anaknya bergelar hafiz dan hafizah 30 juzuk al-Quran wajar dijadikan sumber inspirasi buat mak ayah yang lain.
Rosmunainah Asmuni, 65, berkata, kejayaan menjadikan anak keduanya, Mohd Saifullah, 37, seorang hafiz pada usia 15 tahun mendorongnya untuk menghantar anak-anak yang lain mendalami bidang yang sama.
“Selepas hantar anak kedua (lelaki) ke Lahore, Pakistan pada 1990, kami hantar pula anak sulung perempuan untuk mendalami bidang sama.
“Apabila dah ada kakak dan abang yang bergelar hafiz, tujuh lagi adik-adik di bawah ini turut sama ikut jejak langkah mereka sebagai hafiz al-Quran,” katanya.
Perkenal Kaedah Hafazan Al-Quran Terbaik
Mengakui tiada dalam kalangan anak-anaknya yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran dalam tempoh singkat, Rosmunainah dan suami, Hussin Ismail, 65, yang merupakan pengasas pusat tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini, mula memikirkan kaedah hafazan al-Quran terbaik yang boleh dimanfaatkan bersama masyarakat.
“Dulu-dulu anak-anak saya tiada yang berjaya hafaz al-Quran dalam tempoh kurang dari setahun malah ada yang tiga tahun baru bergelar hafiz.
Ads
“Sebab itulah kami memikirkan kaedah yang membantu untuk menjimatkan masa iaitu menghafaz al-Quran dalam tempoh setahun dengan kaedah formula hafazan al-Quran ‘fast track’ dan selepas bergelar hafiz mereka ini boleh mengambil peperiksaan awam sama seperti pelajar sekolah yang lain,” katanya.
Rahsia Anak Bergelar Hafiz
Ditanya mengenai formula ‘rahsia’ pasangan ini sehingga kesembilan anaknya bergelar hafiz, katanya, kunci utama ialah kemahuan dan asas utama ialah menjaga pemakanan anak-anak.
“Dulu-dulu nak dapatkan makanan yang betul-betul diperakui halal ni agak susah, bukan macam sekarang kita dah ada sijil halal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Masa besarkan anak-anak dulu, semua jenis makanan saya masak sendiri hatta roti pun saya uli sendiri untuk beri anak-anak makan,” katanya.
Rosmunainah berkata, kaedah pendidikan di Akmal mementingkan kesediaan pelajar untuk belajar, kaedah pengurusan masa dan diri, persekitaran, makan dan minum serta kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar.
Ads
“Untuk hafal al-Quran jiwa perlu tenang, urusan perlu lancar sebab itulah semua pakaian pelajar kita yang basuh. Kita tak bebankan mereka dengan soal pengurusan diri.
“Di Akmal kita haramkan guru rotan atau pukul pelajar, boleh bawa rotan ke kelas namun pelajar tidak boleh dipukul, kita mahu jiwa pelajar tenang, tenteram, tidak berasa terancam atau takut barulah mereka mudah untuk menghafal,” katanya.
Keluarga Rosmunainah Asmuni dan Hussin Ismail bersama anak anak mereka.
Al-Quran Beri Kesan Positif
Sementara itu, Husin berkata, al-Quran mempunyai mukjizat yang terbukti memberi kesan yang positif bagi mendalami subjek lain. Katanya, ia dibuktikan dengan kejayaan anak sulungnya, Siti Nuur Izati yang mampu menjadi pelajar terbaik zon utara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU) seterusnya menjadi penuntut terbaik di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Katanya, anak keduanya Mohd Saifullah yang belajar sekolah tahfiz di Lahore, Pakistan sebelum belajar di Universiti Al-Ulum, Yaman juga berjaya menjadi penuntut terbaik di sana.
Ads
“Anak ketujuh saya pula, Mohd Zulqornain ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) pada usia sembilan tahun kemudian PMR (12 tahun) dan SPM (14 tahun).
“Dia dapat tawaran ke UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi tak pergi, sebaliknya dia masuk Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman pada usia 16 tahun.
“Kesan yang saya nampak bukan kepada anak-anak saya sahaja malah anak-anak yang belajar di Akmal turut menunjukkan potensi yang sama berjaya menjadi pelajar cemerlang apabila kembali bersekolah selepas tamat pengajian di sini,” katanya.
Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal)
Akmal yang beroperasi sepenuhnya pada Januari 2018 kini mempunyai 84 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun. Akmal yang berpusat di Kg Tebakang, Bukit Payong kini mempunyai cawangan di Shah Alam dan akan menambah tiga lagi cawangan iaitu di Batu Pahat, Johor; Bukit Canggang dan Bukit Beruntung di Selangor.
MW: Beruntungnya mak dan ayah yang memiliki anak-anak bergelar alhafiz dan alhafizah. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak ini, berjaya di dunia dan akhirat serta mendapat keredhaan Allah.
Setiap hari, celik-celik mata mak-mak sudah ligat berfikir dan terus ke dapur untuk siapkan sarapan untuk keluarga terutamanya anak-anaklah. Hari pertama, kedua dan ketiga mungkin mak-mak boleh susun pelbagai menu dari pagi hinggalah ke malam tanpa gagal.
Tetapi menjelang minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mak-mak semakin letih dan penat apatah lagi mereka yang masih bekerja dari rumah dan dalam masa menguruskan keluarga serentak. Memang mencabar sungguh.
Mak-mak perlu ingat, walaupun dapur rumah kita kecil tetapi ia sebenarnya menjadi medan mujahadah kita dalam menjana pahala. Jadi walaupun kecil, besar ganjarannya lagi-lagi time PKP ini sebab kita asyik keluar masuk dapur saja.
Lepas Subuh tadi dengar ceramah Ustazah Asma Harun tentang adab makan yang dipetik daripada Kitab Riyadussolihin. Selain tazkirah, ustazah buat demo masakan Laksa Lemak Terengganu Style.
Ya Allah terliurnya saya. Dan kagum dengan ustazah. Katanya sebelum ni ustazah biasa masak banyak-banyak laksa ini. Ambil tempahan, buat jamuan jemput jiran makan. Masyaallah.
Saya teringat beberapa perkara yang ustazah sebut. Dapur dalam rumah kita, biar pun ruangnya kecil sahaja. Ia adalah medan mujahadah, ruang bakti dan kasih sayang seorang ibu. Bila kita niatkan kerana Allah, ia akan menjadi sumber pahala. Begitu juga bila kita mengemas rumah semua tu.
Mulakan Dengan Bismillah
Subhanallah. Tiba-tiba saya rasa ringan sangat perasaan. Ya, ini kita ibu-ibu fahamkan. Waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, anak-anak asyik lapar. Kita pun masak dan masak. Kadang-kadang itu teruji letih, hilang idea hendak masak apa. Lepas itu hendak mengemas pula.
Bila kita memasak ni, mulakan dengan Bismillah. Semua itu membawa banyaknya keberkatan pada hidangan. Yang menjadi darah daging keluarga. Mudah-mudahan asbab makan apa yang kita masak. Kasih sayang keluarga bertambah erat, anak-anak elok hatinya.
Begitulah. Terasa sebuah indah dalam hati bila dengar bicara ustazah. Lalu saya gigih menyiapkan Wanpaku versi Makcik Kiah, eh Makcik Jibah untuk sarapan pagi ini. Guna apa yang ada sahaja di rumah. Biarpun rupa tak berapa cantik, syukur ia rezeki pagi ini.
MW: Walaupun kadang-kadang buntu dan stres setiap hari nak fikirkan menu untuk anak-anak, tetapi ketahuilah setiap penat lelah mak-mak pahala ganjarannya. Insyallah… semoga PKP tidak dipanjangkan lagi iya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedihnya rasa bila ibu yang baru melahirkan anak tidak mampu memberi susu ibu sepenuhnya. Mulalah fikir untuk beri susu tepung yang berkualiti dan tak kisah susu mahal sekalipun, asalkan anak dapat khasiat.
Beruntungnya bila ibu dapat memberikan susu ibu sepenuhnya pada anak-anak. Tapi kalu ditakdirkan tidak mampu memberi susu ibu, susu tepung adalah alternatif untuk anak mendapat khasiatnya.
Peliknya, ada juga mak-mak mula bandingkan susu mahal adalah yang terbaik berbanding susu mudah. Lebih teruk lagi merasakan susu mahal boleh membuatkan anak pandai.
Kalau mak ayah berkemampuan bolehlah beli susu mahal tapi kalau di luar kemampuan, tak salah pun beri susu murah. Paling penting susu itu berkhasiat untuk anak.
Nak bandingkan susu ‘mahal’ dan susu ‘murah’. Inilah yang sebenarnya nak beritahu:
PERTAMA
Bagi setiap susu formula yang ada di pasaran perlu ikut satu guideline yang dinamakan CODEX ALIMENTARIUS yang mengatakan berapa dan apa jenis zat yang boleh diletak dalam susu formula. Kalau langgar guideline ni TIDAK BOLEH DIPASARKAN.
Maka kandungan dari segi kalori, makronutrien (karbohidrat, protin, lemak) dan mikronutrien tertentu (contoh zat besi, kalsium, sodium dan lain lain) ADALAH SAMA untuk hampir semua produk formula bayi di pasaran yang membezakan adalah bahan extra seperti prebiotic, probiotic etc yang dimasukkan dalam formula setiap bayi penerimaan berbeza.
Walaupun mampu beli mahal tapi kalau dah tak sesuai terutamanya dengan bahan extra yang diletak, tetap susu mahal tersebut tak boleh diterima
KEDUA
Tahu guideline ni berdasarkan apa? SUSU IBU dan dengan semua teknologi yang ada masih tak mampu kita nak samakan kebaikan yang ada dalam susu ibu. Sebenarnya kepada saya…tak kisah kaya, miskin, bandar atau luar bandar, jika anda mampu untuk susukan anak dengan susu ibu itu adalah istilah kaya yang sebenar.
Jika ada masalah/kesukaran jumpalah kaunselor laktasi ataupun kumpulan sokongan laktasi, dekat klinik kesihatan kerajaan pun ada.
KETIGA
Kalau susu mahal sampai 1000 hinggit pun tapi kalau tak ada stimulasi dari persekitaran (asyik bagi tengok gadget, lepas mula makan bagi makanan merapu) anak anak susah nak berkembang.susu mahal bukan indikator anak sihat dan bijak.
Berhenti bandingkan kemampuan diri dan orang lain setiap orang ditakdirkan rezeki yang berlainan. Posting begini bukan menunjukkan anda lebih ‘baik’ atau ‘kaya’ dari orang lain tapi sedihnya lebih ‘miskin’ dari adab.
Mingguan Wanita : Kena tengok juga anak minum ata utidak. Kalau mahal tapi anak tak minum pun tak boleh juga. Apa pun yang terbaik adalah susu ibu. Bersyukurlah rezeki mak-mak dapat menyusukan anak.
Rupanya bila nak anak pandai menulis dengan baik bukan sekadar kena biasakan dengan pensil.Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai.Latih dan ajar anak menulis ini boleh dilakukan seawal usia tiga tahun.
Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim yang merupakan seorang Speech-Language Pathologist.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan.
Macam Mana Melatih Kemahiran Awal Menulis
Bila nak ajar kanak-kanak menulis kita bukanlah perlu terus bagi pensil pada anak dan expect anak boleh menulis dengan baik.Ada kemahiran-kemahiran yang perlu kita lihat untuk membolehkan anak-anak menulis dengan baik. 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:
1. Pegangan Tripod
Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Tripod – maksudnya menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah
Untuk melatih skill ni, anda boleh buat aktiviti-aktiviti seperti berikut:
Beri makanan pada anak seperti bijiran / kekacang sebiji-sebiji.
Gunakan garfu untuk cucuk buah / lain-lain.
Mengutip manik dari atas lantai.
Memasukkan syiling dalam tabung
2. Kekuatan Otot & Koordinasi Tangan
Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Skill ni penting untuk kawalan pergerakan pensil, jadi tulisan anak akan jadi lebih stabil dan cantik. Anak pun tak cepat penat bila menulis lama.
Contoh-contoh aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
Memulas paip air untuk tutup / buka.
Memusing kunci pada tombol pintu.
Menyepit baju di ampaian.
Memasang butang / zip.
Menguli playdough / menekan playdough.
3. Koordinasi Bilateral
Skill ni bermula seawal 4 tahun.
Skill ni penting untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan efisyen dari kanan kekiri atau kiri kekanan.
Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah seperti aktiviti lacing menggunakan 2 tangan seperti:
Masukkan tali dalam straw, masukkan benang dalam manik dan lain-lain.
Melipat pakaian.
Mengemas cadar pada katil
Jadi pada peringkat awal, banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih ketiga-tiga skill ni.Nanti bila anak dah ready untuk menulis dah senang dah.Biasanya mereka terus dapat je skill menulis dengan baik.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat, kongsikan juga ilmu ini buat mak ayah yang lain.
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...