Istighfar, Tarik Nafas Dalam-dalam.. Ini Cubaan Jadi Orang Sabar Lagi Bertenang

Bila diri dalam posisi marah teramat, segala kemungkinan boleh jadi. Hendak bertenang jauh sekali. Anak-anak pun sama, bila mana dia tantrum, teramatlah sukar untuk tarik dirinya bertenang kembali.

Lagi-lagi anak istimewa. Pendekatan untuk tenangkan anak-anak sebegini perlu ada tekniknya. Salah bertindak, maka semakin berpanjanganlah emosi marah itu.

Ibu ini, Syahirah Omar gunakan enam pendekatan untuk tenangkan anak istimewanya yang sedang beremosi. Tip ini juga terbukti berkesan untuk mak ayah yang dilanda emosi marah, atau siapa saja yang dalam situasi panas.

Bagaimana Nak Anak Bertenang Ketika Tengah Beremosi

Waktu Lana kerap tantrum masa kecil, aku memang elakkan apa yang boleh triggered Lana.

Perancangan yang teliti memang aku buat termasuk Plan A B C D.

Mana yang boleh aku elakkan, aku elakkan.

Cuma bila umurnya dah 12 tahun, dan anak Asperger’s syndrome ni mood dia memang berubah sekelip mata kalau ada yang buat mereka terganggu, jadi aku nak share tips bagaimana nak handle situasi bila anak dah mula nampak nak mood swing.

IKLAN

Aku rasa tips ni bukan saja sesuai untuk anak special, tetapi untuk semua orang. Termasuklah aku yang ada depressi dan anxiety ni.

#1. BUAT KIRAAN 5 SAMBIL ISTIGHFAR

Bila couting down,
Lana, say Astaghfirullah, 1. Say Astaghfirullah, 2 ” sampai lah 5, ini sangat membantu untuk dia hentikan kalau ada rasa nak buat perkara yang luar kawalan. Selalunya bila counting down saja, Lana pressure bila dikejan begitu. Tetapi bila dimasukkan dengan Istighfar, sangat membantu.

#2 TARIK NAFAS DALAM DALAM

Ajak anak untuk tarik nafas dalam dalam, dan bayangkan untuk buang segala kemarahan. Mak ayah kalau tengah rasa begitu pun sesuai untuk buat. Imagine semua kepenatan, keserabutan keluar bersama dengan nafas yang kita hembus.
( tarik nafas, perut mesti kembungkan)

#3 HEMBUS NAFAS PADA TANGAN

Waktu hembuskan nafas, minta anak hembus pada tangan mereka sendiri. Bila hembuskan nafas tu voleh divert fikiran mereka yang

IKLAN

eh power dan kuatnya nafas aku“.

Kita sedang ajar anak untuk divertkan fikiran mereka.

Ataupun, minta dia pretend untuk tiupkan belon. Kalau ada belon betul lagi bagus.

#4 MASUKKAN TANGAN DI DALAM POKET

Dengan cara masukkan tangan ke dalam poket, ataupun minta anak duduk di atas tangan mereka sendiri, they get a self-imposed physical restraint. Anak anak juga akan lebih tenang dan selesa dengan “pressure” yang mereka tengah rasa tu.

IKLAN

Cara lain, genggam tangan mereka dengan kuat, tapi bukan dalam keadaan kita tengah marah tau.

#5 GENGGAM TANGAN SENDIRI

Cuba minta anak genggam tangan macam penumbuk tu( make a fist) Genggammmmm kuat kuat dan lepas.. ulang berkali kali. Anak akan lebih calm InsyaAllah. Masukkan elemen Istighfar setiap kali menggengam.

#6 PELUK ANAK

Ada anak tak suka dipeluk. Boleh cuba method di atas. Tapi ada anak lebih tenang bila dipeluk. Peluk dan usap sambil Istighfarkan untuk anak.

Cubalah ya. Method ni sangat membantu, cuma bila ditambah dengan Istighfar, bukan saja anak lebih calm, tetapi mak ayah yang bakal naik hantu juga akan lebih tenang.

Memang Allah nak kita belajar jadi orang yang sabar dan tenang kan?

Artikel berkaitan : Ini punca suri rumah depresi

Sumber/Foto : Syahirah Omar, Mak yang sentiasa cuba nak bertenang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI