Bagi yang biasa makan di restoran cina muslim atau chicken rise shop, tak lengkap kalau tak makan tofu lembut ini. Rasanya cukup untuk buka selera kita dengan rasa bawang goreng dan kelembutan tofu tersebut.
Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Kalau buat sendiri kat rumah, tentu jauh berbeza. Cuma, fikir sedap dan sama ke tak dengan yang biasa kita makan di restoran.
Nak buat tofu lembut ala-ala chicken rice shop ini tidaklah susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini. Memang menjadi.
Kalau pergi ke Chicken Rice Shop atau restoran chinese muslim, mesti ada menu ni. Harga yang dijual di restoran dalam RM9-10 kalau tak silap.
Kat pasaraya soft tofu mentah ni dijual dalam RM0.80 – RM1.20. Jadi boleh lah cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 blok soft tofu
Kicap cair
Gula
Sos tiram
Minyak bijan
Cendawan shitake
2 ulas bawang putih cincang
2 sudu besar udang kering – dicincang kasar
Halia – dicincang (anggaran saiz separuh ibu jari)
Cara Membuat:
1. Bawang putih, halia dan udang kering.
Ads
2. Kukus dulu tofu ni dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan.
3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing
4. Bila dah garing, angkat.
Ads
5. Untuk buat kuah, ambil dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dan sos tiram.
6. Masukkan 50ml air lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahla kicap cair atau sos tiram. Bila dah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.
7. Tofu yang sudah dikukus. Buang kan air kukusan itu. Sebab air keluar tu bau cendawan. Tak sedap bau dia.
8. Tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu
Ads
9. Kemudian, tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.
10. Rasanya memang tiptop! Mudah dan senang..
Mingguan Wanita : Kalau beli agak mahal. Nak mudah dan senang buat sendiri, jimat pun jimat.
Mini Crunch Choco Jar memang diminati ramai tak kira usia. Rasa lemak dan manis coklatnya sangat mengujakan bila dinikmati. Ia juga amat digemari oleh anak-anak terutamanya. Fuh, satu balang kecil tu boleh sekali hadap.
Biasanya kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau anak-anak ramai. Pitam juga nak membelinya. Bukan cukup sebalang. Mauny berbalang-balang.
Mungkin ada yang rasa nak buatnya susah dan renyah. Ha..resipi yang dikongsikan kali ini sangat mudah. Bahan pun hanya tiga saja. Memang jimat dan rasanya juga cukup sedap. Coklatnya cairnya molek berkilat. Kalau nak buat niaga pun boleh laku keras ni. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN MINI CRUNCH CHOCO JAR:
3 keping coklat Cadbury
500gm mini crunch (boleh beli di kedai bakeri)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Sedikit dark chocolate – pilihan
CARA MEMBUAT MINI CRUNCH CHOCO JAR:
Pertama, bakar mini crunch selama lima minit di dalam oven dengan suhu `150 Darjah Selsius. Setelah siap, keluarkan dan ketepikan.
Masak secara ‘double boil’ coklat dan minyak. Untuk kurangkan rasa manis, boleh tambahkan sedikit dark chocolate ke dalamnya. Masak hingga semuanya mencair. Kena pastikan coklat betul-betul sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan mini crunch Chocolate ini ke dalam bekas. Siap! Super mudah kan? Selamat mencuba!
Selain menggunakan serbuk perisa tambahan yang kita selalu beli di kedai untuk menyedapkan masakan, sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je guna kulit tomato. Lebih jimat, rasa semulajadi dan asli, malah mudah je nak buatnya.
Air asam memang sedap dibuat sebagai pencicah daging mahupun ikan bakar. Rasanya yang masam dan pedas, menjadikan ia sebagai pencicah sempurna secukup rasa.Rupanya rahsia buat air asam lebih sedap adalah dengan menambah sedikit kerisik dan belacan pula tak perlu dibakar. Barulah rasa air asamnya lebih asli & kaw!
“Petua khas nak air asam yang sedap.Belacan jangan bakar.Baru rasa keoriannya belacan.”
Resepi Air Asam
Bahan-Bahan:
Cili api dirincik halus
Bawang besar dipotong bulat
Buah tomato diracik halus
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Belacan
Kerisik
Air Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas di ramas dengan air perahan asam jawa.
2.Pastikan tidak dicampur air yang banyak,biar antara pekat dan cair.Jangan terlalu cair.
3.Belacan dan kerisik boleh ditambah sehingga menaikkan rasa sedap air asam ini,cili api juga boleh ditambah untuk tahap kepedasannya.
Rumusannya,bahan bahan boleh ditambah seandainya kurang rasa kesedapannya.
Selamat Mencuba!
Jadi buat mak-mak yang suka buat air asam, boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan ini. Pasti air jawa yang dibuat rasa bertambah sedap dan asli!
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.