Bagi yang biasa makan di restoran cina muslim atau chicken rise shop, tak lengkap kalau tak makan tofu lembut ini. Rasanya cukup untuk buka selera kita dengan rasa bawang goreng dan kelembutan tofu tersebut.
Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Kalau buat sendiri kat rumah, tentu jauh berbeza. Cuma, fikir sedap dan sama ke tak dengan yang biasa kita makan di restoran.
Nak buat tofu lembut ala-ala chicken rice shop ini tidaklah susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini. Memang menjadi.
Kalau pergi ke Chicken Rice Shop atau restoran chinese muslim, mesti ada menu ni. Harga yang dijual di restoran dalam RM9-10 kalau tak silap.
Kat pasaraya soft tofu mentah ni dijual dalam RM0.80 – RM1.20. Jadi boleh lah cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 blok soft tofu
Kicap cair
Gula
Sos tiram
Minyak bijan
Cendawan shitake
2 ulas bawang putih cincang
2 sudu besar udang kering – dicincang kasar
Halia – dicincang (anggaran saiz separuh ibu jari)
Cara Membuat:
1. Bawang putih, halia dan udang kering.
Ads
2. Kukus dulu tofu ni dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan.
3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing
4. Bila dah garing, angkat.
Ads
5. Untuk buat kuah, ambil dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dan sos tiram.
6. Masukkan 50ml air lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahla kicap cair atau sos tiram. Bila dah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.
7. Tofu yang sudah dikukus. Buang kan air kukusan itu. Sebab air keluar tu bau cendawan. Tak sedap bau dia.
8. Tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu
Ads
9. Kemudian, tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.
10. Rasanya memang tiptop! Mudah dan senang..
Mingguan Wanita : Kalau beli agak mahal. Nak mudah dan senang buat sendiri, jimat pun jimat.
Kalau kita tengok, dulu-dulu, air sirap menjadi salah satu minuman yang cukup popular dan dah tentu tak pernah lapok walaupun muncul minuman hipster lain. Inilah air lejen yang pasti akan membuatkan kita merindui zaman kanak-kanak.
Air sirap, ia sinonim juga dengan majlis kenduri kahwin. Bila minum, rasanya pasti tak sama dengan yang kita buat di rumah. Mesti ada resipi istimewa yang kita tak tahu.
Apa yang membuatkan air sirap ini sedap dan wangi. Bahan rahsia yang kita sendiri tidak tahu. Rupanya ada bahan yang nak pastikan air ini wangi dan sedap. Belum lagi pekena sirap sarbat yang memang terkenal di Pulau Pinang.
Kali ini, kita kongsi cara buat air sirap sarbat yang menang terkenal di Pulau Pinang seperti yang dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid ini.
Di rumah saya, ada seorang Amma. Apabila beliau hantar sirap memang sedap dan wangi. Rupa-rupanya beliau hanya letak daun pandan dan jintan manis.
Sebenarnya ada akar sarbat atau dipanggil akar wangi yang memberikan bau unik sarbat Pulau Pinang yang biasa kita rasa apabila minum ais tingkap.
Akar ini boleh dibeli dari kedai-kedai India/India Muslim. Cuma hati-hati, akar ni sangat-sangat kuat baunya. Jika terletak banyak sangat, pening lepas minum.
Jadi, jika hendak guna bahan yang sedia ada dalam rumah, pelaga dan jintan manislah bahannya.
Caranya:
1. 2 cawan gula
.
2. Masukkan bersama sehelai daun pandan (Jika ada), 1 sudu makan jintan manis, 4 biji buah pelaga dan 2 sudu makan pewarna ros.
.
3. Petua untuk air gula ialah satu cawan air untuk satu cawan gula. Boleh juga tambah dengan 2 cawan air. Didihkan.
.
4. Setelah sejuk sedikit, tapis dan simpan dalam bekas.
.
Jika nak gambar lebih cantik, suluh dengan lampu. Warnanya sangat indah. Jom, kita minum sirap sarbat
Pajeri Nenas memang lebih sedap bila kuahnya pekat dan likat. Sebagai anak, bila berkesempatan masaklah untuk mak ayah tersayang. Ini kerana ia akan menjadi kenangan manis bila mereka telah tiada dan menemui pencipta. Masakan seperti Pajeri Nenas ini antara menu kegemaran orang lama, kesukaan ramai mak ayah kita.
Nak buat Pajeri Nenas yang sedap, pekat dan likat boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Momo Chan ini.
Semenjak ayah meninggal saya dah tak buat pajeri nenas. Baru harini saya buat sambil ditemani kenangan ayah, terdengar-dengar suara ayah. Sedapnya pajeri hang buat ni. Ayah dah tak pernah puji pajeri kalau saya beli, ayah cakap orang ni tak pandai buat pajeri yang pandai buat pajeri anak dia ja. My rindu ayah teramat-amat rindu.
Terima kasih Allah tinggalkan secebis kenangan yang buat semakin hari semakin aku rindu.
(Mungkin bukan masakan saya telalu sedap tapi kasih sayang seorang ayah tu melebihi segalanya).
Bahan-Bahan Diperlukan:
1 1/2 pek kecil rempah kari daging
4 sudu besar kerisik
udang kering ikut suka nak banyak mana
gula merah agak-agak
sedikit garam
bawang putih, bawang merah (dihiris nipis)
kayu manis, bunga lawang, 2 biji buah pelaga, daun kari
nanas / terung
Cara Membuat:
1. Masukan minyak, tumis bawang dengan 3 sekawan sampai naik bau.
2. Masukan serbuk rempah kari gaul-gaul rata bagi semua kena minyak api jangan besar nanti hangus. Masukkan air.
3. Tumis sampai pecah minyak tambah air. Ulang sehingga rempah betul-betul masak.
4.Kemudian masukan nanas, kerisik, masukan gula masa ni tambah air biar didih sehingga kering dan nanas masak elok menyerap kuah.
5.Akhir sekali masukan udang kering, daun kari dan sedikit garam.
6.Biarkan mendidih, jika suka kuah cair tambah air. Arwah ayah suka kuah pekat.
Mingguan Wanita: Memang sedap makan Pajeri Nenas yang kuah pekat likat dengan nasi panas.Memang boleh makan bertambah-tambah nanti. Boleh cuba masak pajeri nenas ikut resipi yang dikongsikan ini.
Mudah je sebenarnya jika mak-mak nak buat sendiri garlic spread atau sapuan bawang putih ni di rumah.Iyalah bila buat sendiri sendiri secara homemade ia lebih wangi, jimat dan bebas bahan pengawet. Berbanding cara biasa, bila bakar bawang putih guna Air fryer, tak perlu kupas setiap ulas bawang putihnya, hanya tinggal picit lembut selepas dibakar nanti.
Bakar roti panas-panas, tak kiralah roti putih ke roti perancis ke, sapukan dengan garlic spread ni dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim. Memang sedap tak terhingga!
Ada ternampak video omputeh buat garlic butter macam ni haritu so pagi tadi saya cuba.Sebelum ni guna raw garlic tumbuk kat lesung tapi macam tak berapa rajin, lagipun ada rasa pedas garlic tu kan.
Bahan-Bahan Diperlukan :
2 labu bawang putih
Minyak Zaitun
separuh atau 125gram butter
Garam
Mixed Herbs
Cara Membuat:
1. Bawang putih tu basuh dulu dan tuang sikit minyak di atasnya. Masuk dalam AF, saya guna suhu dalam 160 untuk ~15minit (hujung-hujung tu naikkan suhu sikit).
Ni dah siap bakar. Buang siap-siap mana-mana ulas yang buruk baru bakar ya. Untuk 2 labu ni saya guna kurang sikit dari separuh butter tu, ikut kesesuaian memasing.
2. Patutnya potong belah atas sikit dulu biar senang nak picit keluar nanti, saya ingat-ingat lupa so masa nak picit baru potong. Picitkan kuat-kuat dan dia akan keluar.
Potong sikit belah atas macam ni sebelum tuang minyak dan masuk AF.
3. Selepas tu gaul jelah dengan bahan-bahan lain, saya letak butter, olive oil, garam, mixed herbs. Dapatlah satu bekas kecik tu. Alhamdulillah.
Hasil dalam 2 labu bawang putih.Bekas sambal geprek kak iparku. Mujur bau garlic lagi kuat so bau sambal tenggelam.
Siap roti garlic bakar dihidang bersama homemade mushroom soup guna santan. Ya itu bukan bubur kacang.
Siap!
Info Ekstra!
Boleh tahan lama dalam sebulan juga, masuk peti dalam sejuk.
Boleh buat garlic bread atau sapu je kat toast bread, sedap.
Mingguan Wanita : Menarik juga cara buat garlic spread yang dikongsikan ini. Bakar bawang putih dalam air fryer je, jadi tak perlu nak kupas setiap ulas, malah lebih memudahkan.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...