Biasanya, anak-anaklah yang paling suka makan nasi ayam. Sampaikan tak perlu makan dengan lauk pun, nasi saja pun dah cukup sedap.
Apatah lagi kalau masak, baunya saja dah cukup menyelerakan dengan ramuan yang digunakan. Boleh dikatakan bukan setakat kanak-kanak, mak-mak pun suka makan.
Nak tahu rahsia nasi ayam gebu dan kalau makan saja pun dah sedap, boleh ikuti resipinya, perkongsian daripada Aisyah Humaira ini.
Kalau nak makan, inilah hidangan paling senang dan mudah tentulah nasi ayam. Hanya nasi, ayam, sup dan sos cili dan sos kicap yang dimasak ikut selera masing-masing.
Namun, nak tahu rahsia kesedapannya tentulah terletak pada nasinya. Bau yang harum semerbak, gebu dan kalau boleh makan begitu saja pun boleh, inilah resipinya.
Bahan-bahan:
1 ketul butter tapi guna suku sahaja
2 kiub pati ayam know
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Ads
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan butter dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
.
.
2. Kemudian matikan api. (masak atas dapur gas), masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
Ads
.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Ads
.
Tip Nak Nasi Cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Mingguan Wanita : Nak sedap tentulah bermula dari nasinya, kemudian barulah ayam, sup dan sosnya.
Petua jimat dapur yang dikongsikan Siti Fatimah Abas ini cukup praktikal untuk dicuba oleh mak-mak. Idea selamatkan sebekas lebihan limau kasturi dari membusuk atau kering dalam peti sejuk. Dengan jadikan kiub ais.
Bak kata Puan Siti, “Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus di kedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk.”
Jadi inilah cara nak selamatkan lebihan limau kasturi yang mak-mak tak nak guna dalam peti sejuk itu.
“Agar ianya tahan lama dan mudah diguna bila-bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni.”
Ini Cara Buat Kiub Ais Limau Kasturi Tahan Berbulan
Sebekas limau kasturi.
Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti.
Perah limau nipis dalam bekas. Gunakan penapis kopi pun boleh.
Nah.. dapat secawan.
Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
Kecuq lah pulok! Kalau rajin mak-mak boleh buang bijinya.
Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau tipuware. Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Selebihnya simpan semula. Ia tahan lama. Nak guna untuk buat teh o limau pun senang.. masuk je 2 ke 3 ketul dalam teko. Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua.. dah siap dan jimat masa.
Senangkan, bila nak guna ambil seketul kiub ais limau kasturi itu masukkan dalam masakan atau minuman yang mak-mak mahukan.
Cara jadikan kiub ais ini buatkan mak-mak tak buang lebihan limau kasturi ke dalam tong sampah. Paling penting, ianya tahan lama. Boleh sampai berbulan lamanya.
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Biasanya, kalau guna jagung segar, ia terasa manis dan meletup-letup dalam mulut. Apatah lagi bila digigit, ranggupnya seperti makan jagung cawan.
Bahan-bahan:
3 batang jagung – dibuang kulit dan ambil isinya sahaja. Kupas guna tangan sebab nak jagung lerai sebiji-sebiji.
1 ½ cawan kecil biji gandum
2 kotak kecil santan
3 sudu besar penuh gula perang
1 sudu besar gula putih
1 ketul kecil gula melaka
2 helai daun pandan disimpul
Air secukupnya mengikut banyak kuah yang disukai
Secubit garam
Cara Membuat:
1. Basuh biji gandum seperti basuh beras dan masak bersama air hingga empuk. Gunakan instant pot Instant Pot tekan menu “pressure cook” set masa selama “2” minit
.
.
.
2. Setelah biji gandum empuk, masukkan semua bahan di atas satu persatu sambil kacau hingga sebati
.
3. Tekan menu “slow cook” masa “30 minit” atau boleh juga pilih menu “saute” dan masak hingga jagung empuk.
.
.
Mingguan Wanita : Boleh guna pressure cook atau masak saja atas dapur gas biasa. Rasanya tetap sama. Sedap dan berlemak. Selamat mencuba.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.