Biasa mak-mak lebih suka menyediakan puding kastard jagung untuk hidangan keluarga. Apa kata kali ini, tukar selera dengan campurkan kuah koktail.
Cara nak buat puding kastard pun tetap sama, Cuma yang membezakan adalah kandungan kuah koktail yang digandingkan sekali. Sedapnya ya amat.
Nak tahu cara mudah dan paling senang, ikuti resipi perkongsian daripada Noor Asmaa’ Hussien ini untuk semua. Paling penting kena kacau kastard itu sampai berkilat.
Resipi Kastard
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan
Cara Membuat:
Campurkan semua bahanbahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api.
Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Semasa mengacau kena sabar sebab nak pastikan kastard jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Apabila masak, tutup api dan tuangkan dalam acuan. Sejukkan.
Resipi Kuah Koktail
1 tin buah koktail (premium)
2 tin susu sejat
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dalam 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah, jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla
Cara Membuat:
Tapis buah cocktail dan ambil airnya.
Campurkan dengan 2 tin susu sejat, air, esen vanilla dan gula.
Masak di atas api dan masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sehingga menggelegak.
Kacau sentiasa dan apabila mendidih, masukkan buah dan tutup api.
Sejukkan.
Ads
Tip:
Simpan dalam peti ais. Potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk
Boleh juga guna buah laici. Bagi sukatan di atas, gunakan 2 tin laici pengganti 1 tin koktail.
Selamat mencuba.
MW: Sedapnya bila makan sejuk-sejuk, Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan in.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Ads
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sedapnya kuih Tepung Pelita yang lemak manis rasanya. Kuih ni cukup popular sewaktu bulan puasa sebagai pemanis mulut ketika berbuka. Nak buat kuih tepung pelita ni mudah je rupanya. Pertama kali buat pun menjadi, ikut resipi yang dikongsikan ini. Paling penting cukup mudah sebab ikut sukatan cawan dan tak perlu dikukus. Masukkan dalam acuan daun pandan. Tapi kalau nak lebih mudah masukkan dalam bekas kecil pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azura Isma’eyRa ini sebagai rujukan.
“Tepung pelita untuk mak.Mak nak makan dalam daun pandan so kita cuba buat harini. First time buat tepung pelita ni mudah sangat tak perlu kukus.”
Bahan-Bahan (Bahagian Bawah):
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna Hijau
Daun Pandan
*Masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat. Letak terus dalam bekas acuan.
Bahan-Bahan (Bahagian Atas):
1 Cawan Santan
3 Cawan Air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
*Masak semua bahan dan kacau sampai pekat dan tuang ke dalam acuan.
MW: Semoga perkongsian resipi tepung pelita ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, lemak manis dan sedap! Paling penting mudah je ikut sukatan cawan dan tak perlu kukus,
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Selain daging lembu, resepi ayam bakar juga akan jadi pilihan mak-mak. untuk dijadikan sajian Yelah, pagi raya pertama bukan boleh makan daging lembu terus, kena tunggu sembelih dan bersihkan daging sebelum dimasak. Jadi anda patut sediakan plan B dengan menjamu pagi raya dengan lauk ayam. Tambah pula kalau bahan perap ayam yang dibuat itu superb, memang licin! Jemput godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Rusmida Rusdi…
Raya Haji ni boleh buat. Fuhhh kecur air liur. Berebut tu pasti!
Bahan yang diperlukan:
Ayam (kepak atau paha) – 2 kg
Sos tomato – 8 sudu besar
Sos cili – 8 sudu besar
Gula – 3 sudu besar
Garam -2 sudu besar
Serbuk lada hitam -2 sudu besar
Serbuk paprika – 4 sudu mkn (Mida letak lebih )
Bawang putih – 4 ulas ( tumbuk lumat )
Majerin – 3 sudu besar
Tambahan:
Roti marjerin bakar
Langkah demi langkah:
1) Ambik periuk dalam. Masukkan majerin dan bawang putih.
2) Terus masukkan sos cili dan sos tomato. Serbuk black paper.
3) Paprika, garam, dan gula letak terus.
Guna api berlahan.
4) Kacau sehingga mendidih.
5) Gaul bersama ayam yang Mida sedia kan tadi. Gaul lebih kurang 10 minit biar rata. Tutup api.
6) Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
7) Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.
NOTA:
Mida letak sos perapan tu waktu nak terbalikkan. Sedappp weii!
#Share la Raya haji boleh cuba buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...