Terliur pula bila tengok video orang makan-makan ala mukbang. Boleh dikatakan banyak betul video yang memaparkan mereka menikmati pelbagai hidangan dalam kuantiti yang banyak.
Macam-macam hidangan resipi dan belum lagi resipi pelik-pelik yang diaparkan dalam video ala mukbang ni.
Sebelum ini, ada resipi bawang putih jeruk yang begitu menarik perhatian. Kali ini, kita cuba pula resipi Pan-Seared Green Chilli Pepper yang dikongsikan oleh Mimi Sally ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Solok Lada, Kukus 5 Minit Saja Barulah Lada Ranggup & Sedap
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Senang Sangat, 5 Minit Siap!
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Ala Mukbang, Pan-Seared Green Chilli Pepper
Bila tengok video mukbang, nampak cili ini. Cuba google resipi an yang tak pedas sangat.
Jadilah resipi Pan-seared Green Chili Pepper, bolehlah buat sendiri.
Bahan-bahan:
4-6 LADA HIJAU (lada yang ada pada nasi kerabu tu) – NKA TANAM SENDIRI PUN BOLEH
1 sudu besar minyak
Sos:
4 ulas bawang putih – kisar
1 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka makan
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara Membuat:
1. Buang biji pada lada besar. Ikut pada kepedasan masing-masing.
2. Leperkan lada tersebut. Boleh guna lesung.
3. Keringkan lada tersebut dan lap dengan kain.
4. Untuk sosnya, kacau semua bahan sos ke dalam mangkuk. Ketepikan.
5. Panggang lada tersebut sehingga kulit sedikit rentung.
6. Bila lada dah lembut, tuangkan sos tadi di dalam kuali. Renehkan selama 2-3 miniy sehingga gula larut dan kuah menjadi pekat.
7. Siap.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak membuatnya. Bolehlah cuba nanti.
Sumber: Mimi Sally
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI