Resipi Mudah ‘Potato Salad’ Sedap Berkrim, Boleh Makan Sejuk Atau Hidang Suam. Jika sesekali ingin ubah selera keluarga, boleh cuba buat ‘potato salad’ atau salad kentang yang sedap dan lemak berkrim ini. Malah boleh dinikmati dalam keadaan suam, mahupun dimakan sejuk-sejuk.
Boleh ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini sebagai panduan;
Jika saya sebut kerabu ubi, mungkin akan terasa ‘kampung’nya hidangan ini. Cuba saya sebut potato salad, terus terasa sangat pekan.
Potato salad diperkenalkan oleh peneroka Sepanyol ke Dunia Baharu Eropah pada kurun ke-16. Namun lebih banyak yang kenal potato salad daripada pendatang Jerman ke Amerika.
Memang asalnya makanan kampung dan lama-kelamaan menjadi Amerikana apabila mula ditambah mayonis.
Pertama kali saya tengok potato salad dibuat di rumah Kak Lin. Hayani yang buat dan saya terkejut tengok beliau guna telur rebus.
Kemudian semasa beliau letak lada hitam, beliau sebut,
“Ini petua orang tua-tua sebab ubi angin.”
Hayani memang pandai buat coleslaw dan potato salad. Sedap sungguh.
Pada saya, potato salad ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Potato salad juga sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza.
Hendak jadikan rasa Asia? Gunakan serai dan halia.
Mahu rasa Mexico? Guna rempah-ratus Cajun atau Tex-Mex yang biasanya ada kayu manis, jintan putih dan cili.
Potato salad juga tidak menyakitkan kepala. Hendak hidang suam, boleh. Jika takut terlambat, buat awal, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk. Tiada masalah.
Emak tanya semalam, “Cek bubuh apa dalam ni?”
Soalan itu tandanya emak suka. Alhamdulillah. Lulus oleh Ratu.
Bahan-Bahan:
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Ads
Jika hendak pedas, biarkan biji cili. Saya lebih kepada mahukan warnanya.
Sos Salad
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis
Cara Membuat:
1.Dadukan ubi agak saiz semulut.
2.Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu.
Ads
3. Kemudian tambah bahan sos salad iaitu mayonis, garam, serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula, cuka/jus lemon/ jus limau nipis ke dalam telur yang telah dilecek tadi.
4. Masukkan pula sayur-mayur dan gaul rata.
5. Masukkan pula ubi kentang yang didadu tadi dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Ads
Berkrim, rasa yang ‘meletus’ dan seronok dapat kunyah-kunyah benda-benda kecil.
Khusus untuk mak-mak yang ada anak usia 8 bulan ke atas, dan selalu stuck nak sediakan menu sedap untuk anak. Boleh cuba 5 resepi berasaskan cream cheese yang sedap ini.
Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat! Donut selalunya kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Memang tak jemu membuatnya. Jika mak-mak inginkan kelainan boleh cuba resepi Donut Pisang ini pula. Memang sedap, aroma wangi pisang rasa berlemak dan manisnya pula ngam-ngam je di tekak.
Ikut resipi donut pisang yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.
Lanjerr Donut Pisang. Aroma bau pisang & rasa dia memang sedap ya amat.
Resepi Donut Pisang
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) 2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi) 2 cawan susu pisang (farm fresh@dutch lady) Emulco pisang kuning@putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak je tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain).
Cara Membuat:
1.Masukkn tepung, majerin, mauripan, susu pekat gaul sebati.
2.Kemudian masukkan susu pisang gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air @ lebihan susu pisang, uli sehingga kembang.
3.Biarkan doh seketika, kemudian dah boleh mendonat.
4.Goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut, saya akan terbalikkn 2 kali sahaja, pastu angkat.
5. Dah sejuk gaul gula icing,siap.
Selamat mencuba! Hasilnya donut pisang wangi & rasa berlemak. Jangan risau tak manis rasa dia ngam-ngam tekak..cuba dulu lah baru tau.
Ini cara paling senang dan cepat nak masak pulut. Tak perlukan santan pun. Tapi pulut tetap dimasak dengan lembut dan tak mentah. Perkongsian daripada Cik Puan Roza Zukri ini bakal memudahkan kerja mak-mak di dapur
Rujuk Nombor Pada Gambar
1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian bubuh ja air banyak mana pun. Tak perlu sukat airnya. Dah tu letak ja atas dapur gas..ingat dapur gas ya, bukan periuk elektrik.
Nota: Pulut tu sebenarnya tak perlu nak rendam dulu ya.
2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama nanti pulut lembik. Lepas mendidih tutup api.
3. Angkat periuk buang air didihan tu.
4. Bila dah buang air didihan, masak pula dengan periuk elektrik. Jangan lupa tekan butang perituk tu. Nanti tak masak la pulut hampa tu.
Nota: Masa ini dah tak perlu bubuh air dah . Jangan pula masukkan air lagi. Nanti pulut lembik jadi macam bubur.
5. Dalam beberapa minit ja dah masak. 15 minit pun tak sampai.Dalam 10 minit macam tu ja dah masak.
Hasilnya
Memang elok, tak keras, tak mentah dan tak lembik. Lembut saja.
Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang...