Jika selalu makan di KFC set Nasi Butter berserta ayam dan sup antara yang selalu dibeli. Bukan apa lebih mengenyangkan dan sangat sesuai untuk menu anak-anak yang masih kecil. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri Nasi Butter, Ayam, Sup Ala-Ala KFC ni. Mudah je nak buatnya, malah lebih jimat banyak dan berbaloi.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Syue Haida ini sebagai rujukan;

NASI BUTTER ALA-ALA KFC + AYAM GORENG ALA-ALA KFC + SUP

Bahan-Bahan (Nasi Butter): (Untuk 5 orang makan)

4 cawan beras
4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus-halus)
1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis-nipis)
125g butter
Halia (ketuk biar pecah sikit)
1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream)
1 kiub pati ayam maggie
Garam

Cara Membuat :

1. Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nak masukkan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2minit
4. Masukkan beras yang dah dibasuh, pastu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.
5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu tadi. Macam saya beras 4 cawan air 4 cawan+1cawan susu. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras yang digunakan. Sukat macam masak nasi biasa la cuma air tu kena + dengan susu sekali) sebab dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air.

Bahan-Bahan (Ayam Goreng Ala-Ala KFC):

10 ketul ayam
1 cawan tepung bestari original
1 cawan tepung bestari spicy

*Saya tak letak telur tak letak tepung-tepung lain tapi camni pon dah memang sedap.Kalau ada anak bawah 3 tahun yang memang tak makan pedas better gun tepung original sahaja ye. Campuran tepung ni sesuai untuk dewasa sebab ayam akan rasa macama Ayam KFC Spicy.

Cara Membuat:

1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi masukkan dalam ayam gaulkan sekali biarkan sebati perap ayam dengan tepung selama 2 jam. Nak lagi sedap perap lama lagi.
2. Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi gaulkan dengan tepung campuran tadi salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. 3.Goreng hingga garing. Goreng dengan api yang sederhana ye.

 

IKLAN

Bahan-Bahan (Sup Chicken meatball):

Leher/kaki ayam potong kecil2
10biji chicken meatball
Daun sup
1 kiub pati ayam
Halia (ketuk)
Bawang putih
3 cawan air
Garam secukupnya

Cara Membuat:

1.Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil-kecil biarkan sekejap.
2.Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak
3.Masukkan garam dan daun sup.

Siap, boleh dihidangkan!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini :
Nasi Himpit Elok Lembut & Wangi, Lapik Daun Pisang Tindan Guna Lesung Batu 4 Jam!

Resipi Nasi Himpit Guna Rice Cooker Nisbah 1:3, Cara Ini Pun Jadi!

NASI DAGANG Terengganu Elok Cantik,Guna Beras Basmathi Campur Beras Pulut Sikit

Resipi Lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!

IKLAN

Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Nasi butter, Ayam, Sup ala-ala KFC ni.Buat sendiri lebih puas hati, jimat dan berbaloi.

Sumber : Syue Haida

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita