Selalunya bila masuk bulan Muharam, atau hari Asyura pada 10 Muharam, ramai yang meraikannya dengan buat Bubur Asyura serta mengagihkan kepada jiran tetangga.
Bubur Asyura pula mempunyai pelbagai versi, bergantung pada ramuan yang digunakan mengikut negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri bahagian pantai timur mahupun utara, Bubur Asyuranya jenis manis berlemak dan kaya dengan pelbagai jenis kekacang. Namun paling penting, ia perlu dimasak lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Nak belajar buat Bubur Asyura Utara boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aishah Md Saad ini.
BUBUR ASYURA UTARA.Hanya 2 cawan tepung dan guna santan kotak. Teringin nak makan, semalam terus buat. Resipi mudah dan cepat.
Bahan A
2 cawan Tepung beras
2 sudu Tepung jagung
1 kotak Santan (200ml)
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai Daun pandan
1 cawan Gula putih, Gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas
(Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi) Setelah kacau semua baru buka api perlahan.
Bahan B
1 tin Jagung
1/2 biji Ubi keledek (potong dadu dan rebus)
1/2 cawan Kacang hijau (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang merah (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang kuda (rebus dulu)
(Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak).
Ads
Cara Membuat :
Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk boleh makan.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Bubur Asyura versi negeri bahagian utara ni. Kaya dengan kekacang, keledek dan manis. Paling penting kena masak lama dengan api perlahan, sampai berkilat baru lah sedap. Sesuai untuk minum petang.
Kuih bahulu ni antara kuih klasik yang ada penggemarnya yang tersendiri. Jarang dah orang nak buat kuih bahulu ni, berbanding kuih dan biskut moden. Mungkin ada yang rasa renyah bila nak buat kuih ni.
Hakikatnya, tak lah susah mana pun guna 4 bahan je dan boleh bakar dalam oven. Tapi kena ikut cara dan tip yang betul, barulah kuih bahulunya gebu, elok tak melekat walaupun pertama kali buat.
“Tenghari tadi try buat bahulu, 1st time buat alhamdulillah gebu pun.
Bahulu cermai.”
Saya guna bahan ni je.
Bahan-Bahan:
Secawan Tepung gandum
Setengah cawan Gula
5 biji Telor (gred A, B, atau C)
Sedikit esen vanila
Cara Membuat:
1.Mix atau blend telor dan gula dulu sampai kembang pekat dalam 5 minit 2.Selepas tu masukkan tepung sikit-sikit dan mix lagi dalam 2 minit.
3.Kemudian masukkan esen vanilla.Kacau rata.
4. Sebelum itu, panaskan dulu acuan dalam 10 mnit suhu 200 (untuk kali pertama sahaja supaya tak melekat).
5.Lepas panas sebelum letak adunan dalam acuan.Sapu rata semua bahagian dengan minyak masak supaya tak lekat, setiap kali nak letak adunan ye.
6.Mesti sapu minyak rata dulu.Bakar suhu 200 selama 12 minit.
7.Guna bahagian tengah letak acuan atas tray grill guna api atas bawah.
Dapat la dalam 48 biji. Boleh guna blend dan mixer. Saya bakar guna oven.
Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang Puan Suziyana Ibrahim Yana Sueini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.
Ini perkongsian resipi tersebut.
Bahan A
1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula
Bahan B
Telur 3 biji
Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila
* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan
Cara Membuat:
1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.
Untuk Filling:
Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.
Kalau buat mi kuning tanpa mesin, rupanya nampak tak sama macam dijual di kedai tetapi rasanya memang sedap. Resepi mi yang dikongsikan oleh Puan Sheila Fendy ini juga sesuai untuk golongan yang ada kolestrol tinggi, jadi jom godek cara nak buat!
Ini cara saya mencuba buat mi kuning sendiri. Di sebabkan emak saya kolestrol tinggi, lepastu emak teringin nak makan mee kuning. Jadi saya ambil langkah untuk cuba buat sendiri. Bebas bahan-bahan yang tak diingini dan bebas MSG serta tahap kebersihan terjamin. Sihat InsyaAllah.
Boleh refer gambar dan resepi di bawah. Dah siap buat mi kuning, saya terus buat mee goreng daging versi saya. Boleh la cuba juga kalau mahu.
Mi kuning tanpa mesin:
2 cawan tepung gandum
50ml air
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu minyak masakan
Gaul sebati semua bahan. Uli lebih kurang 15 minit. Potong kepada 5 bahagian doh tersebut. Start mengelek atas chopping board. Gelek sampai mendapat tahap ketipisan yang sesuai. Potong guna pisau.
(Boleh refer gambar)
Lepas potong tu boleh la letak dalam pinggan yang lebar supaya mee terduduk elok dan jangan lupa letakkan taburan tepung agar tidak melekat satu sama lain.
Panaskan air sehingga mendidih. Letak minyak masakan sikit. Bagi tak melekat bila merebus mi. Rebus 1-2 minit. Angkat tapiskan dan terus alir kan air paip pada mi tersebut utk mengelakkan mee terlebih masak.
Siap. Selamat mencuba.
1. Ni rupa yang di potong-potong tu.
2. Chopstick tu buat guide je. Potong tak lurus sangat pun.
3. Rebus 1-2 minit je. Angkat dan toskan air.
4. Terus alirkan dengan air paip agar mee tadi tak terlalu masak. Nanti lembik pula mee kite tu. Nampak macam kue teow sikit rupa kejadian.
Resepi mi goreng daging ada pada gambar ye.
Bahan-bahan rencah macam biasa :
Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Cili api – sejenis suka pedas lidas
Cili kering
Masukkan rempah kari. Kari pilihan saya babas. Takde babas, ape2 jenis rempah kari kesukaan anda pun boleh.
Haaa gini rupanya lepas masuk kari. Tumis sehingga agak2 sempah kari sebati. Masuk garam dan gula sesedap tekak.
Masukkan sos cili.
Masukkan daging.
Masukkan kicap.
Masukkan telur.
Telur ni kena tunggu dia kering dan masak sikit. Baru golek-golek dia.
Masukkan mi kuning yang anda dah buat dengan penuh kasih sayang tu.
Masukkan sayur.
Siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini...