Selalunya, kalau masak ayam goreng bertepung atau masak buttermilk, keranggupan ayam itu terus hilang, di serap sos tersebut. Mungkin makan masa panas-panas masih rangup lagi, tapi lama-kelamaan terus hilang keranggupan.

Peliknya, bila makan di restoran, ayam goreng yang dimasak bersos kekal ranggup. Macam mana cara masakan yang tukang restoran ini buat ye. Mesti ada petua-petua khas untuk pastikan ayam goreng ini kekal ranggup.

Inilah yang dikongsikan oleh Richard, tik toker terkenal yang sering berkongsi video masakannya di tiktok. Rupanya, inilah rahsia yang selalu digunakan oleh tukang masak di restoran.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Nasi Butter, Ayam, Sup Ala-Ala KFC Untuk 5 Orang Makan

Resipi Ayam Goreng Ala Mamak Sedap Dan Senang Dibuat, Yang Penting Bahan Perapannya!

Info Lebih Menarik DI SINI

Ayam Goreng Tepung Kekal Ranggup

Menurutnya, setiap tukang masak di restoran mahu pun di hotel, jarang untuk berkongsi rahsia dan petua setiap masakan. Mungki ada sebab-sebab tertentu.

Jadi, bolehlah cuba cara yang dikongsikan oleh Richard ini.

Bahan 1:
200 gm tepung ubi kayu
100gm tepung castard
50gm tepung beras

Campur semua bahan ini di dalam satu bekas dan gaul sebati.

IKLAN

Bahan 2:
5 gm Serbuk perasa
1 biji telur
500gm isi ayam

Rupanya Inilah RAHSIA Tukang Masak Pastikan Ayam Goreng Kekal Ranggup Walaupun Masak Bersos
1. Masukkan kesemua bahan 2 di dalam bekas dan gaul sebati.

2. Kemudian, celupkan ke dalam tepung yang dikacau sebati tadi.

3. Ambil isi ayam yang dicelup tadi dan tapis tepung yang berlebihan.

4. Panaskan minyak masak.

5. Ambil secubit tepung dan masukkan ke dalam minyak panas untuk pastikan minyak masak sudah panas.

IKLAN

6. Masukkan ayam yang telah digoreng.

7. Angkat ayam dengan separuh masak dan angkat.

Rupanya Inilah RAHSIA Tukang Masak Pastikan Ayam Goreng Kekal Ranggup Walaupun Masak Bersos

8. Ketepikan lebihan tepung goreng di dalam minyak.

9. Masak sekali lagi ayam tadi.

10. Cara ini akan buatkan isi ayam akan lebih ranggup.

IKLAN

Rupanya Inilah RAHSIA Tukang Masak Pastikan Ayam Goreng Kekal Ranggup Walaupun Masak Bersos

Mingguan Wanita : Barulah tahu ayam goreng tepung masak bersos sentiasa ranggup ye! Nanti boleh cuba di rumah.

Sumber: Richard is cooking
Tik Tok: @richard_is_cooking

@richard_is_cooking #ayamgoreng #myfoodie #tiktokchef #tiktokguru #masakdirumah ♬ original sound – Richard is cooking

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI