Jika suka makan kuih lompang yang comel dan lembut boleh buat sendiri di rumah. Malah nak buat jualan pun boleh sangat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan satu adunan boleh dapat 41 biji.Memang sangat jimat, berbaloi dan puas hati hasilnya.
Boleh ikut resipi dan cara lengkap yang dikongsikan oleh Puan Suria Kasim ini.
Malam ni kita rajin nak share cara-cara buat kuih lompang. Siapa yang sudi amekla. Kita halalkan dunia akhirat. Nak buat makan boleh, nak jualan pon boleh.
Bahan-Bahan:
1 cawan Gula
4 cawan Air
daun pandan
3 cawan tepung beras
1 sudu makan air kapur
1 sudu teh perisa ros
Pewarna pilihan
Cara Membuat:
1. Masak air dan campurkan gula.
2. Masak sampai mendidih dan jangan lupa letak daun pandan sekali.
3. Kemudian, campurkan air gula yang dah mendidih tadi dengan tepong beras.Kacau dan tapis. Wajib tapis. Air gula tu tak payah tunggu betol-betul sejuk. Kasi agak-agak suam sikit je, terus gaul dengan tepong. Campuran air suam tu yang buat kuih tu berlompang. Agak-agak dalam 4 ke 5 minit.
4. Campurkan air kapur yang dah dikeruhkan.
5. Selepas itu, masukkan pula perisa ros. Jangan penuh sangat, nanti dia wangi jadi tak sedap kuihnya.(Macam dalam gambar tu dah sedang elok sedap dah).
6. Dah siap kacau tepung tadi, bahagikan dia nak warna apa. Suka hati.
7. Sementara tu, oleskan acu lompang dengan minyak masak dan jangan lupa didihkan air dalam pengukus dulu.
8. Tuang adunan 3/4 lebih kurang. Air kukus dah mendidih, baru letak rak yang ni dan kukus 15 minit dengan api sederhana kuat.
Ads
9.Taraaa..hasilnya selepas 15 minit. Jangaan terus matikan api, bukak penutup dan biarkan dalam 4 ke 5 minit macam tu..baru matikan apinya.
10. Kukus pula kelapa parut campur garam dan gunting-gunting daun pandan.Kukus sekejap je. Beli kelapa parut minta yang putih je.
11.Da siap. Macam ni saya jual 30pcs RM10 je.
12.Balance makan dekat rumah.
Info Ekstra!
Pastikan sukat pakai cawan yang sama.Saya pakai tepung beras cap teratai.
Biasa 1 adunan dapat dalam 41 biji.
Boleh juga masukkan kelapa pastu terus tutup api. Tapi jangan biarkan lama sangat dalam kukus, takut lama-lama nanti kelapanya kering. Kukus kurang 5 minit pun ok.
Air rebusan ayam atau stok adalah bahan asas permulaan bagi semua jenis sup dan sos. Untuk mudah faham, stok ini boleh dikatakan sebagai cecair yang jernih dan diperkayakan dengan bahan-bahan terlarut daripada pati daging, ayam, ikan dan sayuran-sayuran.
Ini Salah Satu Cara Buat Air Rebusan Ayam
Bahan-bahan:
Ayam (bahagian tulang, kepak, kaki, leher yang masih baru dan segar. bahagian tulang yang berisi pun boleh masuk juga)
Mirepoix (bawang besar, leek, celery dengan nisbah 2 : 1 : 1)
Herba – (bay leave, thyme, parsley)
Air
Cara-caranya:
1. Bersihkan tulnhg, kepak, leher, kaki, etc. Pastikan tiada lemak
2. Bersihkan dan potong besar bahan-bahan mirepoix.
3. Masukkan ayam dalam periuk bersama-sama 2 1/2 – 3 liter air dan biarkan mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan merenih untuk elakkan sok daripada jadi kelabu. Keluarkan lemak, buih dan keledak yang timbul dengan guna skimmer.
5. Selepas 1 -2 jam, masukkan mirepoix dan herba. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1 jam.
6. Tapis stok menggunakan kain muslin. Kalau tiada, boleh gunakan 2 penapis untuk menapis stok. Sekiranya ada lemak pada stok, keluarkan lemak tersebut.
Kenapa Kena Keluarkan Lemak Ayam?
Kalau kita rebus ayam atau daging, ada ‘bahan’ yang timbul dan melekat pada dinding periuk, nak buang ke biarkan sahaja?
Sebagai pengenalan, mari kita ambil tahu apa ‘bahan’ tersebut?
Sebenarnya ‘bahan’ yang timbul dan melekat pada dinding tersebut adalah lemak, darah dan bahan singkir dari ayam atau daging yang direbus.
Dalam ilmu kulinari, istilahnya adalah ‘skim the scum’ iaitu mengangkat keluar bahan singkir tadi dari rebusan.
Teknik mengeluarkan ‘scum’ adalah merebus ayam atau daging pada suhu rendah dalam masa yang lama (sehingga satu jam).
Air rebusan yang agak tenang tidak terlalu menggelegak, akan mengumpulkan ‘scum’. Seeloknya ‘scum’ perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sup yang bersih dan jernih.
Scum terdiri dari bahan pejal dan buih buih yang akan timbul ketika direbus.
Gunakan tapis untuk mengeluarkan scum tersebut.
Kredit Info Dan Gambar Tentang Skum: Rafiza Idayu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rojak buah yang sedap, kuahnya kena cukup pedas, pekat dan manis secukup rasa. Selalunya pes rojak yang dijual dipasaran ada campuran petis udang dimana sesetengah orang ada yang jenis tak makan petis udang ni.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri kuah rojak buah yang sedap, ikut cuba resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanikaini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Alhamdulillah.. berojak buah hari ni, permintaan kawan-kawan dia orang kata sedap tu yang suruh buat lagi. Tak tau la puji ikhlas ke tak. Tapi akak buat ikhlas penuh kasih sayang untuk gather dengan kawan-kawan sekolah”
Bahan-Bahan:
1 botol sos cili
1 botol kicap lemak manis
350 gm gula
3 keping nisan besar (Agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
sedikit belacan
cili kering blend (Ikut suka)
Bijan (disangai-Suka hati nak letak ke tak)
Kacang tanah (kisar kasar nak makan baru letak)
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang).
2. Boleh letak air dalam botol tu untuk habiskan sisa-sisa sos dan kicap.
3.Masak guna api sederhana saja, masak sampai pekat.
4.Dah pekat baru letak bijan tadi kacau tutup api.
5.Seimbangkan rasa.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba resipi kuah rojak buah ni. Lebih jimat dan pasti puas hati bila buat sendiri.
Kek buah boleh dikukus atau pun dibakar. Terpulang pada cita rasa si pembuatnya. Namun, ramai juga yang gemar ia dikukus. Kata mereka, kek ini lebih moist (lembap) bila dikukus berbanding dibakar di dalam oven. Sekali lagi, selera masing-masing.
KEK KUKUS ATAU BAKAR
Hari raya Aidiladha tak lama lagi. Mungkin ada yang rancang nak buat kek buah. Boleh cuba kek buah kukus yang pakai sukatan cawan. Jadi, yang tak ada penimbang di rumah, jangan risau. Guna cawan je.
Kek buah lembap ini, makin lama dikukus, ia akan jadi tambah moist dan sedap! Selain itu, perisa oren boleh diganti dengan oren sunquick. Selamat mencuba!
1 cawan buah-buahan kering 1 cawan kismis 1 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula pasir 1/3 cawan air panas 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu makan cuka makan 1/2 sudu teh esen vanilla 1/2 sudu teh perisa oren (optional) 3 biji telur
JOM IKUTI CARA MEMBUAT KEK BUAH KUKUS:
Cuci 1 cawan buah-buahan kering dan 1 cawan kismis kemudian rendam dengan air biasa selama 15 minit. Ayak 2 ½ cawan tepung gandum bersama ½ sudu teh baking powder dan ½ sudu teh soda bikarbonat. Toskan air buah-buahan kering dan kismis yang telah direndam tadi. Masukkan 1 cawan gula pasir ke dalam kuali dan buka api kecil.
Biarkan sehingga separuh daripada gula menjadi perang, barulah masukkan 1/3 cawan air panas. Bila gula dah cair sepenuhnya, masukkan 1 cawan mentega dan buah-buah kering tadi. Kacau sedikit dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, kacau rata semua bahan dan tutup api.
Lepas tutup api, boleh terus masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan 1 sudu makan cuka makan dan kacau lagi.
Kemudian pukul 3 biji telur sehingga sedikit berbuih. Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ½ sudu teh perisa oren dan ½ sudu teh esen vanila. Kacau hingga sebati.
Sediakan loyang, guna yang saiz 7” x 7”. Lenser dengan butter dan alaskan dengan baking paper.
Masukkan dengan senduk dan ratakan adunan sehingga ke tepi loyang. Balut loyang dengan plastik food wrap supaya nanti air kukusan tak menitis ke ata kek.
Kukus dengan api sederhana selama 2-4 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Kek buah yang dikukus lebih lama akan lebih moist. Siap!! Boleh lah bawa balik sebagai buah tangan pada hari raya haji nanti. 🙂