
Sedapnya resipi Ayam Perap Mayonis ini. Jika mak-mak jemu selalu buat ayam menu yang sama je, boleh cuba resipi mudah ini.Pastinya menjilat jari. Rasa perapannya yang sempurna dengan keenakan mayonis yang berlemak, ia cukup sesuai digoreng atau di bakar begitu sahaja.
Berikut perkongsian resepi oleh Ezani Hana Syafniza sebagai rujukan.
Kering idea nak masak?
Boleh cuba resepi jilat jari ni..
Ibu saya request semalam.. So hari ni kita buat #AyamPerapMayo
Bahan-Bahan:
Ayam ikut suka berapa banyak
Halia
Bawang Putih
Mayonis
Sos Tiram
Kicap (saya pakai kicap manis)
Honey
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam
Cara Membuat:
1. Tumbuk Halia dan Bawang Putih.
2. Campur semua dan gaul sebati. Adjust lah rasa nak manis ke or lemak. Nak manis berlemak,lebihkan honey & mayonis.
3. Peraplah 5 jam keatas.
4. Boleh digoreng & di bakar. Siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Ezani Hana Syafniza
Ainul Mardhiah Seronok, Terima Kunjungan Doktor Yang Pernah Rawatnya Di London

Bayi kesayangan rakyat Malaysia ini, Ainul Mardhiah semakin membesar dengan baik. Malah, ibu ayahnya pun dah mula bawa Ainul jalan-jalan. Terbaru, ibu ayah Ainul berkongsi, keluarga kecil ini terima kunjungan daripada Dr Juling Ong, iaitu doktor yang pernah merawat Ainul ketika di London.
Dr Juling Ong ini merupakan doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang. Ketika bercuti bersama keluarga, doktor sempat membuat lawatan dan berikan free consultation pada Ainul.
Seronok Ainul Terima Kunjungan Doktor Dari London
Seronok ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi berkongsi akan kedatangan Dr Juling Ong ke kediaman mereka.
“Bersama Dr Juling Ong. Seronok Ainul dapat jumpa Dr yang pernah merawat Ainul di London. Terima kasih Dr melawat kami sekeluarga.”
“Yang ikuti kisah Ainul pasti ingat lagi Dr yang berjuang melakukan pembedahan pada Ainul semasa di London. Kami rindu Dr Amalina Bakri juga.”
“Thank you Dr and family for coming. have a nice holiday in Malaysia.”
Sampai Je Rumah, Doktor Minta Izin Check Dalam Mulut Ainul
Manakala, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak maklumkan selepas doktor buat pemeriksaan pada Ainul, doktor nampak kesan pembedahan semakin pulih.
Kongsinya,
“Free consultation
Sesampai je di rumah, terus tanya pasal ainul and minta izin nak check dalam mulut Ainul (lokasi opt).
Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian dia, kesan-kesan opt (pembedahan) tu semakin beransur pulih and mungkin pipi ainul yang nampak macam bengkak sikit tu boleh baik sendiri tanpa perlu reconstruct.”
Setiap Kali Dr Juling Ong Pandang Anak, Terus Teringat Ainul
Katanya lagi, “Doc Juling Ong kata dia happy sangat tengok Ainul pada hari ini. Dia nampak Ainul semakin membesar. Katanya lagi, dia teringat masa Ainul sampai di UK dahulu untuk rawatan, ketika itu dia nampak Ainul kecil sangat. Sangat kecil. Tapi kuat. .
“Hari ni dia tengok mulut Ainul dalam dan luar. And konklusinya, dia happy dengan Ainul. Kesan dari opt (pembedahan) tu nampak semakin pulih, and Ainul pun sangat aktif. “
“Oh ya, yang menjadikan dia ni sangat prihatin dekat Ainul sebab anak dia yang bongsu sebaya dengan Ainul. Jadi dia sentiasa terbayang anak dia bila tengok Ainul.”
“InshaAllah bulan 7 ni Health care yang jaga Ainul pulak akan datang melawat sesambil nak holiday di Malaysia.”
MW : Alhamdulillah.. Ainul Mardhiah semakin sihat dan membesar dengan comel. Mingguan Wanita mendoakan semoga kesihatan Ainul semakin baik dari semasa ke semasa.
Baca sini : Mama dan Walid dah peluk cium Ainul sebelum doktor ambil.
Sumber/Foto : Ahmad Safiudinn , _nrlerwani
Kata Polis, Berkemungkinan Ini Punca Bayi Meninggal Dilumur Garam

Bunuh bayi kemudian lumur garam ke seluruh badan, dimasukkan ke dalam guni sebelum menyembunyikan mayat terdapat di bawah dapur bukanlah satu tindakan yang normal.
Jika seorang ayah dalam keadaan yang normal, pasti dia tidak tergamak melakukan bayinya sedemikian rupa. Tambahan lagi kata polis, berkemungkinan ini punca bayi meninggal dilumur garam.
Ada Kaitan Dengan Ajaran Sesat Jadi Punca Bayi Dibunuh
Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam ada kaitan dengan ajaran sesat.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.
Katanya, sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.
Baca Juga Di sini:
Menyayat Hati! Bayi Meninggal, Badan Dilumur Garam. Jadi Mangsa Ayah Sakit Mental
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Isteri Yang Masih Trauma Turut Ditahan
“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sini, hari ini.
Bayi Ditemui Mati dan Dilumur Garam
Dalam kejadian pagi semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.
Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi.
Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.
“Berdasarkan laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi, punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan.
“Kecederaan itu berkemungkinan bayi itu jatuh atau dipukul dengan objek tertentu,” katanya yang perintah tahanan reman terhadap suami isteri berkenaan sedang dilakukan di Mahkamah Bachok.
Terpaksa Usung Suspek Ke Mahkamah
Suspek dipercayai membunuh anak lelakinya berusia lapan bulan terpaksa diusung oleh enam anggota polis ke Mahkamah Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Suspek berusia 40 tahun dikatakan enggan keluar dari kereta dan membaca beberapa surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa.

Bagaimanapun, selepas 10 minit menunggu, anggota polis terpaksa mengusung suspek masuk ke mahkamah.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anaknya dalam kejadian di Kampung Sungai Dua di sini, semalam.
MW: Semoga kes sebegini tidak berulang lagi, kasihan pada bayi yang diperlakukan demikian. Jika mak,ayah mengetahui atau mengenali sesiapa yang mengalami gangguan mental, berikan nasihat dan minta dia berjumpa pakar untuk tindakan lanjut. Sesungguhnya apa yang berlaku menjadi iktibar buat kita semua.
Sumber: myMetro
Doktor Perancis Sahkan KES PERTAMA Bayi Dijangkiti COVID-19 Ketika Dalam Kandungan

Agak merisaukan bagi wanita hamil, apabila bayi dalam kandungan juga berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19. Terbaru Doktor di Perancis mengesahkan kes pertama jangkitan membabitkan bayi yang positif COVID-19 ketika berada dalam kandungan ibu.
Alami Gejala Pada Sistem Saraf
Bayi lelaki yang dilahirkan pada Mac lalu itu didapati mengalami bengkak pada otak dan mempunyai gejala pada sistem saraf, seperti dikaitkan dalam kalangan dewasa yang dijangkiti COVID-19.
Jurnal ‘Nature Communications’ bagaimanapun melaporkan bahawa bayi berkenaan berjaya sembuh daripada jangkitan terbabit, semalam.
Risiko Penularan Jangkitan
Doktor dari Hospital Antoine Beclere, Daniele De Luca, berkata siri penyelidikan yang dijalankan sebelum ini mendapati ada kemungkinan risiko penularan jangkitan dari ibu ke janin.
“Kita sudah buktikan bahawa jangkitan boleh berlaku dari ibu ke janin menerusi plasenta ketika minggu terakhir kandungan.
“Bagi mengetahui keadaan sebenar, kita perlu mengambil darah ibu, cecair amniotik, darah bayi yang baharu dilahirkan, plasenta dan lain-lain.
“Tetapi, untuk dapatkan semua sampel ini ketika pandemik dengan keadaan darurat adalah bukan tugas mudah.
“Oleh kerana itu, kita hanya mengutarakan pandangan bahawa corak penularan jangkitan seperti ini sekadar ‘disyaki’ tetapi tidak pernah dibuktikan,” katanya.
Memperincikan kes terbabit, De Luca berkata kumpulan pakarnya mengumpulkan data mengenai ibu mengandung berkenaan yang berusia dalam lingkungan 20-an ketika dimasukkan ke hospital, pada awal Mac lalu.
Katanya, sumber dan sampel virus itu tidak terjejas bagi tujuan penyelidikan lanjut kerana bayi berkenaan dilahirkan menerusi kaedah ‘caesarean’.
Virus Dipindahkan Menerusi Tali Pusat
Sehubungan itu, beliau menjelaskan pasukan penyelidik mendapati kandungan virus yang diberi nama sebagai SARS-CoV-2 paling tinggi pada plasenta ibu terbabit.
“Virus itu kemudian dipindahkan ke bayi menerusi tali pusat dan terus berkembang, sekali gus menyaksikan gejala teruk direkodkan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran.
“Ia termasuk tubuh badan bayi menjadi seakan kaku, kerosakan pada sebahagian otak dan kerengsaan yang teruk.
“Bagaimanapun, belum sempat doktor menjalankan rawatan, gejala itu mulai surut dan dalam tempoh tiga minggu, bayi terbabit sembuh sepenuhnya dengan sendiri.
“Tiga bulan kemudian, ibu bayi berkenaan pula disahkan bebas daripada sebarang gejala. Ini sebenarnya berita buruk kerana keadaan sedemikian boleh berlaku. Cuma kes seperti ini sangat jarang,” katanya. – AFP
MW: Aduh risaunya. Semoga pandemik virus covid-19 ini segera berakhir.
Buat golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas malah
ibu mengandung semoga lebih berhati-hati.AFP
Sumber: Bharian, The Asian Post