Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu! Ayam bakar antara resipi istimewa kegemaran seisi keluarga. Mudah disediakan dan sangat berbaloi buat sendiri. Lebih-lebih lagi jika keluarga besar, anak-anak ramai.
Selalunya kita buat ayam bakar, terus panggang dalam oven. Rupanya apabila ayam dimasak terlebih dahulu bersama kuah sebelum dibakar, membuatkan iya lebih sedap dan wangi. Malah ayam pun, yakin masak sempurna.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ini sebagai panduan;
Semalam beli ayam seekor RM7. Kecik je. Ayam RM7 dan bahan-bahan bakar tu semua memang ada kat rumah. Makan sampai malam untuk 5 orang.
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Bahan-Bahan:
Ayam seekor/ whole leg 4
1 biji Bawang Holland
3 ulas Bawang putih
1 1/2 inci Halia
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(bahan-bahan di atas semua blend sekali)
1 biji Kentang – nanti rebus bersama ayam.
Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam
(apa yang ada je boleh)
Brocoli
Carrot
Kentang
Bawang Holland
Cendawan Shitake
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan kiub ayam.
2. Kemudian masukkan seekor ayam.
3. Masukkan juga kentang yang telah dipotong empat.
Ads
4. Saya memang akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu. Sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat untuk pastikan ayam masak waktu dibakar.
Kalau rasa ayam belum masak, tapi kuah semakin pekat hanya tambah air sikit-sikit sampai ayam masak.
5. Kemudian, keluarkan ayam dan kisar kentang yang direbus bersama ayam tadi dan tuang semula dalam kuali.
6. Selepas blend kentang tadi, kuah jadi pekat dan lemak-lemak berkrim.
Ads
7. Letak ayam dalam tray dan letak la sayur yang ada. Suka hati la nak sayur apa. Sayur boleh letak sekali, sebab ayam dah masak, tinggal bagi garing bahagian luar je.
8. Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200 selama 60minit. 15 minit pertama api atas bawah, selebihnya api atas sahaja.
9. Siap bakar dah. Kuah-kuah sikit tu makan ngan nasi nanti.
Ads
Nasi Planta
Bahan-Bahan:
Beras
Planta
Halia hiris
Bwng besar hiris
Cara Membuat:
1. Cairkan planta tumis bawang besar dan halia sehingga layu.
2. Masukkan beras, garam sedikit dan gula sedikit.Bagi rasa balance.
3. Sukat air macam biasa, masak nasi dalam periuk biasa.
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap dan menyelerakan Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS ni. Boleh cuba nanti, namun pastikan masak dulu ayamnya bersama kuah sebelum dipanggang.
Rahsia Nasi Ayam Penyet yang sedap pastinya terletak pada keenakan ayam goreng dan sambal penyetnya yang ‘kick’. Perkataan ‘Penyet’ berasal daripada Bahasa Jawa yang bermakna ‘lumat’. Bahan-bahannya dimasak lumat dihidangkan pula dengan sambal khas yang di tumbuk lumat, serta dimakan bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam ulaman.
Nak buat Nasi Ayam Penyet ini tak susah mana, Nur Alyaniada kongsikan respi ini untuk rujukan mak-mak semua. Jadi lepas ni tak perlulah bolehlah buat sendiri, tak perlu beli lagi.
Berikut antara perkongsian beliau;
Rebusan Ayam
1.Panaskan air+lengkuas titik + halia titik+ daun salam(bay leaf) + kunyit garam bawang putih (tumbuk) asing dan campak dalam tu.Perasakan je terus garam,limau nipis sebab nak bagi ayam tu ada rasa.
2.Masukkan ayam.Tunggu sampai separuh masak, nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti nak goreng jugak.
Sambal Penyet (paling penting)
Ni bahan-bahan untuk sediakan sambal penyet, cili api,cili besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus) , TOMATO (3 biji) tapi dalam gambar lupa nak letak.
Goreng satu-satu semua bahan sambal termasuk tomato kecuali cili kering tak payah goreng terus tumbuk je.
Dah siap goreng semua, bahan-bahan tadi ditumbuk hancur (tumbuk sekali dengan bahan-bahan yang dah goreng tadi. Perasakan dengan garam,gula, asam limau. Nakletak belacan bakar sikit pun boleh.
Tauhu, tempe ni saya rebus dulu dalam air rebusan ayam tu pastu goreng je.
Resepi pisang goreng penyet ini menu yang sangat popular di kalangan masyarakat Bugis Sabah. Di sana makanan ini dinamakan Sanggar Pappek. Istimewanya pisang goreng penyet ini dimakan dengan sambal tomato yang mudah pembuatannya tapi enak rasanya.
Resipi turun temurun masyarakat Bugis ini dikongsikan oleh Cik Puan Hadija Dija. Makanan ini amat popular di kalangan masyarakat Bugis terutama di daerah Tawau Sabah. Rasanya sangat sedap dan ringkas saja pembuatannya.
“Mama Jaja nak share resepi dengan kawan-kawan yang berada di Semenanjung, (ramai yang minta resepi sebelum ni kan), baiklah korang di bawah ni mama jaja dah selitkan bahan-bahan dan cara untuk buat di setiap gambar, korang ikut jer comfirm menjadi.
Bahan Utama Sanggar Pappek
Pisang Sanggar (Pisang Abu) yang mentah @ muda.
Kupaskan kulit Pisang.
Make sure jadi macam ni bila kupas ya. Cuci pisang yang di kupas tadi, toskan dan goreng sehingga kekuningan.
Penyetkan pisang yang telah Di goreng tadi seperti dalam gambar.
Kalau korang nak senang, tak payah susah-susah, pakai pinggan duralex tu jer bagi penyet comfirm penyet sekata la pisang tu. Akan jadi macam ni. Lagi nipis lagi sedap bila masa nak makan nanti. Gorengkan pisang yang dah dipenyetkan tadi. Goreng sehingga garing or kekuningan.
Bahan-bahan Sambal Tomato
Bahan A
Tomato (tomato kecik or besar pun boleh).
Bahan B
Belacan
Cili padi
Garam
Aji
Secukup rasa
Tumis tomato (tomato jer tau). Lepas tu korang tumbuk dan campurkan la sekali bahan B tadi dalam lesung tu.
OK Dah siap untuk di hidang. Cicah dengan sambal tomato, memang tak ingat jiran sebelah.
Bulan Ramadan nie, seleranya lain macam. Kalau boleh penuh meja makan dengan makanan. Tapi bila teguk aje air, selera yang sebelum nie terus hilang. Kenyang. bagi mak-mak pula, benda yang difikirkan adalah untuk anak-anak berselera makan.
Oleh sebab, bazar ramadan tak ada, mak-mak mesti puas fikir makanan apa yang nak masak kan!. Zulfaza Loves Cooking ZLCada kongsikan hidangan ringkas untuk berbuka.
“Sebenarnya, kalau mak-mak nak pelbagaikan hidangan, boleh cuba hidangan ringkas ini. Ia berasal dari masyarakat China Amerika.
“Asalnya, bahan asas adalah menggunakan kulit wantan tetapi memandangkan dalam tempoh PKP ni suakr untuk dapatkan bahan, jadi saya gantikan dengan kulit popia. Anak-anak pun suka rasanya sebab saya letakkan inti cream cheese.
Crab Rangoon
Bahan inti:
1 paket jejari ketam (crab filament) – hiris
400 gram cream cheese
Cili padi secukupnya – hiris/cincang halus
1 pokok daun bawang- hiris
Satukan semua bahan dan gaul rata.
Kulit popia secukupnya – potong 4 jika kulit saiz besar
1 biji putih telur
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat:
Ambil sekeping kulit popia. Letakkan sesudu kecil inti. Sapukan putih telur di sekeliling kulit popia. Bentukkan seperti di dalam gambar. (Boleh juga dibentukkan seperti popia sekiraya susah untuk mengikut bentuk berkenaan).
Pastikan kulit melekat elok agar intinya tidak terkeluar semasa menggoreng.
Ulang proses sehingga inti habis dibalut dengan kulit popia.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.