Resepi kuih gunting ini antara kuih raya yang terkenal dan sedap dinikmati tetamu. Sebenarnya tak perlu tunggu hari raya baru nak buat. Bila-bila pun boleh memasaknya.
Resepi yang dikongsikan Norzaiha Razali ini mudah sungguh untuk dicuba. Malah, rangup dan sedap hasilnya. Menurutnya, resepi kuih gunting ini sudah lebih 10 tahun dicuba. Sebab itulah namanya kuih gunting ‘legend’.
Kongsi Norzaiha, “dah 10 tahun lebih tak buat kuih ni. kuih legend ni. Namanya kuih gunting. Kuih siput kurang minat buat sebab sakit jari nak siapnya.
Ads
Kuih gunting tak sakit jari. Sape suka kuih gunting, angkat tangan.”
Ni cara guntingnya. Kuih gunting yang cantik bila kita gunting bentuk macam sampan. Kena pusing la masa gunting untuk cari part cantik membentuk sampan.
Ni yang siap gunting sikit. Jelas kan nampak bentuknya.
Sebahagian gunting dalam pinggan. Sebab nak tunjuk gambo. Hehehe… Yang lain terus gunting dalam kuali. Goreng dengan api yang kecil.
Kuih gunting yang siap digoreng. Goreng dengan api perlahan.
*kalau nak lebih sedap boleh tambah udang kering blend sikit.
Asam Gumpal Sagu adalah satu lagi kuih tradisi rakyat negeri Terengganu. Ada yang panggil Asam Guppa. Rasanya yang lemak, manis, masin dan penuh dengan aroma membuatkan selera terbuka untuk menikmatinya.
Sesiapa yang beminat nak try, boleh ikuti resipi hasil air tangan Lainatul Aisyah https://www.facebook.com/lainatul.aisyah yang merupakan anak jati Terengganu. Jadi, gerenti rasanya asli!
ASAM GUMPAL SAGU TERENGGANU
BAHAN-BAHAN UNTUK (INTI):
1 cawan kacang hijau
1 keping gula Melaka
3/4 cawan gula
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SAGU:
1 1/2 cawan biji sagu
1 cawan air panas
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH ASAM GUMPAL:
1 cawan Santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil halba
3 biji bawang merah kecik (mayang halus)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit halia (dipotong nipis memanjang)
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; masak bahan-bahan untuk inti sehingga empuk dan kering. Setelah itu, sejukkan dan bulat-bulatkan. Nak mudah, beli inti (inti untuk roti) yang dah siap kat kedai bakeri. Ketepikan.
Untuk membuat sagu; bersihkan sagu dan toskan hingga kering. Masukkan air panas ke dalam biji sagu, kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. Isi air sedikit demi sedikit ye. (Jangan letak banyak terus). Jangan letak terlampau banyak air takut nanti terlembik nanti susah nak kepal. Setelah itu, kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan rapat dan kemas.
Pastikan tangan disapu minyak untuk memudahkan sagu tidak melekat di tangan dan boleh dikepal dengan cantik.
Kukus adunan sagu tadi selama 15-20 minit. Setelah sagu masak, angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuaah; masak bahan-bahan untuk kuah hingga mendidih dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. Tutup api Kemudian masukan asam gupal dalam kuah santan tadi. Ok Siap.. Sedia untuk dimakan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Bagi mak-mak yang dah beku kepala nak masak apa kat rumah, apa kata masak udang butter yang paling senang dan mudah. Bukan setakat senang, anak-anak pun memang suka dengan masakan ini.
Perkongsian daripada Puan Rosni Musa tentang resipi masakannya iaitu udang butter nestum ini sangat menarik. Patutlah viral.
Bukan setakat senang, cara nam menyediakan bahan dan membuatnya cukup simple. Memang sama macam ala di restoran yang biasa kita makan.
Harapnya, bila adanya resipi mudah udang butter nestum ini, mak-mak tak perlulah ke restoran semata-mata nak makan ini. Buat sendiri kat rumah.
Resipi Udang Butter Nestum
Udang butter nestum is done!
Cereal butter prawn dah siap!
“Suami ke pasar borong dengan beli udang laut. Apalagi kita masak la ala-ala kat restoren seafood.
“Memang kesukaan si bongsu, lebih-lebih lagi kalau ada udang.”
Bahan-bahan:
½ kg udang. Seeloknya yang besar-besar
3 sudu besar butter
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili api diracik
Tepung jagung
Lada sulah
Daun kari
Cara Membuat:
1. Masukkan udang ke dalam bekas. Taburkan garam.
2. Kemudian, masukkan lada sulah.
3. Diikuti dengan tepung jagung.
4. Gaul rata semua bahan-bahan tersebut.
5. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing
6. Goreng sekejap sahaja dengan menggunakan api besar. Kemudian angkat dan toskan.
7. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan butter.
8. Masukkan bawang putih, cili api & daun kari. Tumis sehingga naik bau.
9. Kemudian masukkan nestum. Kacau rata.
10. Masukkan juga secukup rasa.
11. Sedikit gula & kacau lagi biar rata.
12. Akhir sekali, masukkan udang.
13. Gaul sehingga nestum menyelaputi udang.
14. Angkat dan hidangkan.
MW: Senang sangat nak membuatnya. Mak-mak boleh buat untuk anak-anak dan keluarga kat rumah. Memang menyelerakan.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...