Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
Ads
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
Ads
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Tidak semua mak-mak tahu atau pandai membuat resipi masakan. Baik kek, kuih, biskut dan sebagainya. Kalau dah biasa pun, bila ditanya, ‘main campak-campak’ saja. Agak-agak terus pandai tak yang si tukang tanya. Silap cara, kek atau kuih langsung tak jadi. Sudahnya, campak kat luar sahaja. Sayang.
Bagi, mak-mak yang masih lagi belajar dan ingin tahu sukatan yang betul. Maklum sahaja, setiap resipi yang diajar oleh orang professional, mereka gunakan gram, oz, ml dan lain-lain. Kalau sukatan cawan pun belum tentu menjadi sebab mungkin ada yang guna cawan kecil atau cawan besar.
Jadi, untuk memudahkan mak-mak yang masih amatur untuk mengira suktan dalam resipi yang nak dibuat, boleh guna panduan yang dikongsikan oleh Miera Que’s ini.
Solok Lada adalah makanan biasa yang disediakan bagi orang-orang sebelah kawasan Pantai Timur.Ia bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Solok Lada merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau besar serta dikukus dengan sedikit santan.Rupanya untuk membuat Solok Lada cukup mudah! Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazlina Nadie ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Siapa suka ni angkat tangan.Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lagi sedap.Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.”
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:
Bahan-Bahan:
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak-agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan.(Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..
Sesekali tukar selera anak, buat cuba buat sarapan atau minum petang dengan Dorayaki menarik juga. Resipinya mudah sahaja dan gerenti jadi. Malah boleh tahan sehingga 3 hari jika di simpan di dalam bekas bertutup atau wrap dalam plastik.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Mimi Wahida ini sebagai panduan;
“Dorayaki lagi. Si bujang kecik request. Ummi buat syarat bila takda roti kat rumah baru ummi buat Dorayaki ni. 3 hari pun tahan tapi simpan dalam bekas bertutup atau wrap dalam plastik.
Senang je buat dia, confirm jadi. Ni resepinya;
Bahan-Bahan:
4 bji telur (grad A)
1 cawan gula
6 sudu susu pekat manis@madu
6 sudu minyak masak
10 sudu makan air
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Esen vanila@paste halzenut (lagi sedap)
Inti (peanut butter atau coklat).
Cara Membuat:
1.Mix je semua guna mixer .
2.Kemudian panaskan pan nonstik guna api paling kecik.
3.Ambil sesenduk adunan dan masukkan dalam pan tesebut.
4.Nak cantik kejadiannya, tutup pan dengan penutup ketika masak.
5.Bila atasnya dah masak, bolehla diangkat.
6.Jaga api ye. Kalau api besar nanti dia hangus dan tak cantik .
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...