Menyedihkan bila tahu kes sumbang mahram seperti ini boleh berlaku, yang pelik macam mana mak ayahnya boleh tak sedar langsung?
Ya, inilah salah satu cerita PANAS pada pertengahan Disember tahun lepas, dan remaja lelaki berusia 14 tahun ini dah mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sampai melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Kampar.
Kisah Sumbang Mahram Terbongar
Kisahnya, perbuatan sumbang mahram itu terbongkar apabila kakaknya yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada 10 malam, hari yang sama. Si kakak yang baru berusia 15 tahun tahun lepas, dikatakan beranak dalam tandas sebelum ibunya terkejut tengok ada bayi dalam mangkus tandas.
Remaja itu dan bayi yang disyaki hasil perbuatan sumbang mahram dengan adik lelakinya itu dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan sebelum dipindahkan ke HPRB ekoran kehilangan banyak darah.
Apa yang mengejutkan, mangsa dan suspek siap mengaku mereka dah beberapa kali melakukan hubungan seks di bilik belakang rumah mereka sejak Mei 2018 dengan mangsa sendiri tidak mengetahui dia sedang hamil ekoran perbuatan terlarang itu.
Bayangkan budak umur 15 tahun ketika itu menahan sakit beranak. Allahurabbi…
Mak Ayah Pantaulah Anak
Manusia kita makin sakit. Jiwa makin cedera parah, tanpa kita sedar.
Tolonglah semua, alert please, awasi ‘pergaulan’ anak lelaki dan anak perempuan kita, walau adik beradik, jangan bagi asyik dok bergesel-gesel sangat, dok gesel sangat, syaitan pun gesel sekali, last sekali tersondol, pastu kembong. Part kembong ni mulalah menduga kasih sayang semua orang.
Haaa… ada yang nasibnya terus ditinggal di rumah perlindungan, sekali pun tak jenguk, pepandai la duduk situ.
Kalau boleh cegahlah dari awal, walau adik beradik sekali pun. Tambah sudah berumur 15 tahun, sudah ada rasa, adik-adik kecil tidak tahu apa-apa, abang cium, abang gomol, seronok, abang naik syok… maka jadilah macam-macam.
Ayah-ayah pun sama, jagalah pelukan dan ciuman kepada anak-anak, peluk dan ciumlah anak sebagaimana seorang ayah dan pelindung kepada anak-anak perempuannya, jangan lebih batas hadnya.
Moga anak-anak kita dilindungi daripada ‘manusia bertopengkan syaitan’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kenderaan bermotor macam kereta tu dah jadi keperluan wajib untuk mak ayah. Itulah kenderaan yang akan hantar anak ke sekolah, bawa suami isteri ke tempat kerja. Hari-hari di’lenjan’ kenderaan empat roda itu.
Tapi sejauh mana mak ayah, ambil peduli akan tahap ‘kesihatan’ kenderaan anda itu. Silap-silap dah sampai had ‘mileage’ pun tak hantar servis.
Kena jaga baik-baik kenderaan yang satu dan sedia berkhidmat untuk keluarga itu. Sebagaimana pemilik bengkel, APENG Impian AUTO Service ini memberikan 30 tip yang perlu mak ayah hadam.
Katanya, “Anda jangan berani memiliki kenderaan sendiri, kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini.
“Dan kalau ada tip-tip dan pesanan yang tertinggal di status perkongsian ini, tolong masukkan di ruangan komen agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.”
1. Minyak hitam (harus Mengikut paras had min/Max dan jenis minyak/mengikut jenis enjin)
2. Oil filter (diwajibkan tukar semasa menukar minyak hitam)
3. Spark plug/palam pencucuh (tukar setiap 30,000 km)
4. Battery (Minta pomen check dan tambah air setiap kali servis)
5. Belting (tukar setiap 80,000km)
6. Clutch plate (mengikut keadaan dan cara penggunaan). Semasa kereta bergerak elakkan letak kaki atas padel cluct untuk ketahanan cluct plate dari cepat haus/habis.
7. Fuel filter (tukar setiap 30,000km). Agar fuel pump di dalam tangki/luar tangki kereta anda tak cepat rosak akibat fuel filter kotor dan tersumbat.
8. Air filter (tukar setiap 30,000km). Agar enjin terasa ringan ketika pemanduan. Bila terlalu kotor air filter tu, minyak petrol pun akan terasa kuat penggunaannya.
9. Gear oil/Auto oil/ATF Oil (tukar setiap 20,000km). Kalau tidak mahu gearbox anda cepat rosak.
Begitu juga dengan auto filter yang terdapat di dalam gearbox kereta anda.
Tukar setiap 80.000km dan bersihkan magnet yang memerangkap habuk-habuk besi yang melekat di magnet dekat oilsam.
Supaya habuk-habuk besi itu tidak naik ke atas dan akan mengakibatkan gearbox anda cepat rosak.
10. Brake fluid (Buat flushing minyak brake kereta anda mengikut keadaan jika terlalu kotor kerana minyak brake yang terlalu kotor dan tidak pernah ditukar akan menyebabkan brake pump kereta anda akan bocor atau jem sekaligus membahayakan pemanduan anda dan keluarga tersayang).
11. Brake pad (Mengikut keadaan).
12. Power steering fluid harus ditukar atau buat flushing jika kotor atau dah terlalu lama tidak ditukar. Ia akan menyebabkan power stering pump anda bunyi kasar/bocor dan stering rack anda bocor akibat minyak power stering pump yang tidak pernah ditukar.
Seterusnya akan menyebabkan anda mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar untuk baik pulih keadaan.
13. Radiator coolant (tukar setiap 40,000km) agar sistem air radiator sentiasa bersih dan sistem dalaman saliran air tidak berkarat. Karat inilah yang akan menyebabkan radiator tersumbat sekaligus menyebabkan suhu enjin jadi panas dan head gasket terbakar.
Akibatnya anda akan kerugian beratus dan beribu ringgit untuk proses baik pulih mengikut jenis kereta.
14. Wiper (tukar setiap 30,000km) agar penglihatan sentiasa jelas ketika memandu di dalam hujan lebat.
15. Air conditioner (servis filter dan suis dibuka 1/2). Apabila parking kereta di tengah panas pastikan tombol suis adjuct pada kedudukan angin luar dapat masuk ke dalam.
Ia bertujuan agar haba panas di dalam kereta tidak terperangkap di dalamnya dan anda tidak terasa bahangnya ketika hendak meneruskan pemanduan.
16. Tyre (Harus dipam/check pada setiap bulan) agar tayar tak haus/botak, sentiasa balance jer. Dan pastikan aligmen diperiksa setiap 7000km.
Angin tayar yang kurang juga akan menyebabkan stering jadi berat dan kereta jadi berat ketika pemanduan dan sekali gus penggunaan minyak petrol juga kuat semacam jer.
17. Radio (pastikan ditutup/off sebelum mematikan enjin). Takut jika radio yang dah bermasalah akan menyebabkan bateri cepat lemah dan kereta tak boleh start.
18. Radiator (Pastikan dibersihkan menggunakan air paip/air suling. Jangan lupa gunakan cooland agar saliran air/paip air water pump/blok tidak berkarat )
19. Fan radiator + aircond (Pastikan kipas hidup bila temp 1/2).
20. Lamp bulb (Periksa lampu kereta anda depan dan belakang setiap minggu agar tidak membahayakan anda dan pengguna jalanraya yang lain).
21. Steering alignment/ balancing (servis setiap 7,000km). Seeloknya laaa… Agar tayar sentiasa makan balance dan tidak makan tepi/botak sebelah luar ataupun dalam.
22. Power window (Check setiap suis power window).
23. Benda macam ni korang harus alert/beri perhatian. Kalau beli kereta memahal pun kalau membelok tak reti nak bagi signal sila pergi meninggal cepat-cepat. Atau anda akan cepat meninggal akibat disumpah pemandu depan, tepi dan belakang anda.
Bodoh anda jangan menyusahkan dan membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Tolong bagi signal awal-awal sebelum nak membelok. Jangan itu jam nak belok, itu jam jugak baru nak bagi signal. Bodoh namanya tu..
24. Angin spare tayar dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada.
25. Kalau park kereta di tengah panas pastikan ajuct lubang angin aircond tu pakai udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas.
26. Untuk kereta-kereta injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak. Fuelpump mudah rosak jika diamalkan begitu.
27. Sentiasa rajin check fan belt pastikan dalam keadaan baik.
28. Untuk pengguna kereta auto pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Sekurang-kurangnya 2/3 minit dah memadai.
Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak. Ibarat anda baru bangun dari tidur. Terus dipaksa berlari 1 padang. Macamana tu agaknya…Mamaikan!
29. Jangan main tambah-tambah minyak hitam jika enjin dah mempunyai penyakit makan minyak hitam. Ia akan cepat merosakkan enjin anda akibat jaring penyedut minyak hitam tertutup/tersumbat akibat minyak yang terlalu pekat melekat pada jaring itu.
30. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk ke bengkel untuk service minta tolong abang-abang pomen checkkan kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau-kalau ada benda-benda yang bermasalah dan perlu ditukar.
Berpesan pesan amalan mulia. Kereta ok barulah selesa memandu. Pandu cermat jiwa selamat. Sayangi keluarga anda. Kecam is neraka.
MW : Semoga panduan penjagaan kereta ini akan memudahkan perjalanan mak ayah ke mana-mana destinasi kelak. Sekaligus menjimatkan RM mak ayah untuk elak kes kereta rosak berganda-ganda.
Paling penting, penjagaan berkala kenderaan anda ini akan melancarkan perjalanan, sekaligus menyelamatkan nyawa mak ayah sekeluarga semasa pemanduan.
Baru-baru ini, ramai yang menyahut cabaran #10yearschallege di media sosial, baik di laman Instagram, Facebook, twitter dan sebagainya. Ramai yang teruja berkongsi gambar perubahan pada diri daripada segi saiz tubuh badan, bentuk raut wajah dalam tempoh 10 tahun.
Sebenarnya, tujuan cabaran popular ‘10 Year Challenge’ dipercayai dicipta untuk mengumpulkan sejumlah besar data bagi perisian pengecaman wajah pada masa hadapan, demikian menurut seorang penulis teknologi seperti laporan portal berita CTV News kelmarin.
Cabaran tersebut melonjak popular dan menjadi trending tidak lama selepas 1 Januari lalu. Ia meminta pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter memuat naik gambar sebelah menyebelah, menunjukkan wajah mereka sekarang berbanding 10 tahun lalu.
Trend tersebut menjadi ikutan berjuta-juta orang termasuk selebriti Amerika Syarikat seperti Reese Witherspoon dan Jennifer Lopez. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memuat naik gambarnya dan berseloroh bagaimana rambutnya makin beruban dalam tempoh 10 tahun.
Walaupun cabaran itu kelihatan tidak mengundang bahaya, penulis teknologi dan penasihat Fortune 500, Kate O’Neill menyatakan dalam komennya di Twitter kelmarin bahawa 10 Year Challenge mungkin diwujudkan bagi melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) mengecam wajah dan proses penuaan manusia.
“Anda mahukan pangkalan data yang luas dan menyeluruh serta sarat dengan gambar orang ramai. Ia juga banyak membantu jika imej tersebut adalah dalam selang masa tertentu seperti 10 tahun,”
“Tidak perlu panik atau bimbang. Ia cuma perlu lebih beringat dan berhati-hati bagaimana data berpontensi boleh digunakan,” katanya
Jelas Kate O’Neill lagi, data yang dikumpul boleh digunakan oleh perisian pengecaman wajah yang seringkali digunakan dalam industri pengiklanan.Dia turut menasihatkan agar lebih selektif dengan apa yang dikongsikan, tidak kiralah dalam apa juga media sosial.
MW: Mungkin juga alasan ini ada benarnya.Setiap satu cabaran yang dicipta pasti ada tujuan tertentu.Bukan saja-saja.Apa yang penting kita lebih bijak memilih, serta tidak membahayakan keselamatan diri dan sebagainya.
Sebenarnya ini cerita lucu yang dialami نور إيفا أشكين نتشا (Zaki Zauj) dan suami. Bila mana petua yang dikongsi penjual siput minta calit kapur di keliling baldi, tak mendatangkan kesan pun pada geng siput sedut dalam baldi.
Peristiwa lucu yang dialami suami isteri ini berlaku di penghujung tahun 2018. Katanya, “Memang sangat-sangat kelakar yang pernah jadi kat kami berdua.”
“Dan sampai sekarang memang tak boleh nak lupa. Kalau saja-saja duduk tu mesti akan teringat lepas tu tergelak.”
“Selamat tinggal salah satu kenangan. Semoga tahun 2019 akan wujud 1000 lagi kenangan yang indah.”
“Sis selalu kalau beli siput sedut, mesti terus masak hari tu juga. Tak pernah simpan esoknya. Petua ni mak tanya kat penjual tu, “kalau nak masak esoknya macamane?”
Penjual di pasar itu beri petua, lletak siput dalam bekas/baldi. Lepas itu calit keliling bekas/baldi dengan sedikit kapur. Nanti siput itu tak merayap keluar dari baldi.
Dengan senang hati, dia praktikkan petua penjual itu.
Terkejut bila bangun pagi, siput merayap merata rumah. “Termenung sekejap tengok siput-siput tu. Lepas tu pandang muka suami, pandang siput.”
“Tak boleh tahan nak gelak. Macam nak pengsan laki bini tak boleh berhenti dari ketawa.”
“Can’t brain. Dah lah jalan slow. Ada hati lagi tu nak larikan diri.”
“Dia ajak semua geng-geng dia. Tak ada satu pun yang tinggal dalam baldi.”
“Ni kalau biar lama sikit, confirm kat dinding pun dia manjat. Silap-silap sampai naik tangga tingkat 2.”
Ini kesudahan kisahnya. “Kutip siput dalam rumah ya. Bukan kat hutan bakau. Satu rumah bau lumpur. Lepas dah kutip semua terus bersihkan dan rendam dengan air garam dulu.”
“Dah siap bersihkan rumah, baru masak. Berejam juga lah.. tu yang sampai tak sempat tunggu nasi masak.”