Esha gadis influencer jadi mangsa buli di Tik Tok, polis masih tahan reman pembuli akibatkan kematian. Seorang gadis influncer sosial media dikenali sebagai Esha nekad membunuh diri selepas dibuli di media sosial dua hari lalu.

 Gadis Influencer Jadi Mangsa Buli Di Tik Tok

Dirinya menjadi mangsa oleh sekumpulan individu yang menggunakan nama samaran di akaun Tik Tok yang mengejek termasuk menggunakan gambar keluarga atas tujuan buli.

Ekoran kes kematian ini, pihak berkuasa telah menahan individu yang disyaki dan kandungan juga telah dinyah turun oleh  pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Gadis Influencer  Jadi Mangsa Buli Di Tik Tok, Polis Masih Tahan Reman Wanita Sebabkan Kematian

Polis Masih Tahan Reman Wanita Sebabkan Kematian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan wanita berusia 35 tahun yang disyaki membuli mangsa telah ditahan di Rawang, Selangor pada jam 1.45 pagi Isnin

“Suspek kini direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib),” katanya dalam sidang akhbar di Forum Anak Syurga anjuran Al Kauthar Edukids dengan kerjasama PDRM, IPD Selangor dan PERKEP Selangor.

IKLAN
Gadis Influencer  Jadi Mangsa Buli Di Tik Tok, Polis Masih Tahan Reman Wanita Sebabkan Kematian
Keluarga mangsa menuntut pembelaan atas kematian Esha
Gadis Influencer  Jadi Mangsa Buli Di Tik Tok, Polis Masih Tahan Reman Wanita Sebabkan Kematian
Tangisan ibu yang kehilangan anak selepas tidak tahan dengan ugutan dan kata berbaur lucah dilemparkan hingga bertindak membunuh diri

Dalam kes buli di media sosial ini, Esha dikatakan tidak mampu menerima tekanan akibat dibuli berterusan di Tik Tok dan telah membuat laporan polis namun tidak sempat memberi keterangan selepas bertindak membunuh diri.

Dalam siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 30 Jun dan 1 Julai lalu, dirinya difitnah dan diugut di mana gambarnya telah digunakan.Kata-kata kesat dan lucah turut berlaku hingga mangsa nekad membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

IKLAN

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

IKLAN
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI