Hati-hati iya, rata-rata bila ditanya pernah ada skandal, ia banyak bermula dari tempat kerja. Bukan apa, zaman penuh mencabar ini, kebanyakan suami isteri harus bekerja untuk menampung kehidupan.Namun tanpa disedari, cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya mampu menjadi punca kepada berlakunya pasangan curang, ada skandal di tempat kerja sekaligus menjadi sebab keretakan di dalam rumahtangga.
Hadamkan perkongsian daripada Azizul Zairi, memang ada benarnya;
Saya banyak lompat kerja, paling macam-macam kerja dah dibuat. Rata-rata bila tanya bab skandal ini banyak bermula dari tempat kerja.
PUNCA dan kejadian kisah skandal di tempat kerja ni berlaku di mana-mana. Kerja kilang, kerja bahagian office, kerja sales dan banyak lagi lah. Malah di tempat saya bekerja dahulu pun ada beberapa siri berskandal juga.
Ada yang pengakhiran jadi isteri kedua, ada juga sanggup jadi simpanan dan meranapkan kebahagiaan orang lain.
Bukan Niat Nak Curang
Yakinlah bahawa , kebanyakannya kalau kita selidik bukan nawaitu nak curang pun.
Oklah, cakap direct lah ramai bermula dengan ayat “alah rilex lah, kawan kerja jelah itupun nak jeles ke”. Kadang akan keluar ayat biasa “dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah” atau “eh dia tu suami orang lah. Tak hadaplah sis”. Nampak simple tapi dari ayat-ayat yang stereotype inilah akhirnya membunuh sebuah kepercayaan.
Kenapa?
Mula dengan acah-acah gurau tapi berunsur manja gitu. Kemudian mula pula berkongsi masalah rumahtangga masing-masing. Yang suami mula rasa isteri di rumah tak sekepala. Sibuk layan anak sahaja dan dan tiada masa bermanja. Rasa isteri dah tak lagi bagi layanan mesra macam awal kahwin dulu. Itu jam isteri membebel sikit pun dah rasa meluat.
Di pihak perempuan pun mula kongsi isu di rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah tapi sang suami pulang lewat malam. Babak kesepian bermula. Mula penat urus rumah seorang.
Semudah itu sahaja asalnya. Bercerita. Tiada siapa syak pun. Atas sebab satu pejabat atau sama tempat kerja pula, akan mula rasa yang kawan berlainan jantina itu tadi lebih ‘memahami’ sebab kononnya ‘si dia’ terus dapat tangkap apa inti bicara. Sebahasa.
Ads
Inilah yang orang panggil ‘PUNCA’. Dalam diam syaitan level internship mula masuk jarum. Rumahtangga yang halal mula panas macam haram rasanya, padahal yang itulah syurga dunia.
Kalau syaitan level CEO lagi kuat hasutan dia bisik bangkitkan berahi, itu jam lupa dah mana pangkuan keluarga. Kalau yang buat skandal tu sendiri perangai serupa syaitan, lagi mudah kerja SETAN.
Jadi, jangan mudah beramah mesra . Berkawan seadanya. Tak payah lebih-lebih. Sederhana. Islam dah ajar, jangan hampiri zina. Toksah layan dah lawak bodoh malam jumaat. Dangkal sangat lawak jimak malam jumaat tu. Hilang dah malu, hilang dah sensitiviti.
Sebelah perempuan, jangan terhegeh nak cerita masalah kat lelaki. Tak kisah la awak tu single ke isteri orang ke. Gaduh dengan boyfriend pun, kalau sudi nak kahwin dua pun jadilah lelaki sejati pinang berdepan. Nabi cuma ajar kebenaran islam berpoligami tapi nabi tak ajar pulak sebelum kahwin dua kena ada skandal. Cerita dalam group perempuan sekadarnya sahaja cukuplah.
Sebelah lelaki, boleh dah stop ‘adjust’ melayan sangat orang perempuan modal air mata sedih kononnya semua masalah dunia ini dia seorang yang hadap. Set garis terhad masing-masing. Ingat isteri dan anak-anak dirumah. Isteri tu penat, semua dia urus. Kalau nak isteri cantik, invest lah belikan set spa dan makeup. Nak isteri nampak presentable, beli la baju ke perfume wangi ke. Nak isteri tak membebel, ringankan tulang tu bantu kerja rumah apa yang patut.
Ads
Sebenarnya tanggungjawab itu atas bahu sendiri. Jangan bila dah terhantuk, tuding jari pihak sana pihak sini. Namun begitu, memang tak dinafikan, inilah namanya UJIAN hidup berumahtangga.
Ingat satu hal yang mudah, esok anak kita besar kita pun nak tengok mereka bahagia dengan pasangan mereka. Jadi bermulalah dengan kita ni sebagai imam. Tak jadi imam, jadi Da’ie pun elok juga.
Mingguan Wanita:Setuju sangat dengan apa yang dikongsikan ini. Memang banyak kes ada skandal, bermula di tempat kerja. Jadi berhati-hatilah, jangan terlalu mudah beramah mesra dan berkawanlah seadaanya di tempat kerja.
Pedophilia atau paedophile adalah satu spesis manusia yang rare. Manusia jenis ini kalau tengok budak-budak akan timbul rasa ‘geram’ budak budak.
Kata mudah rasa STIM.
Scary kan?
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.
Cuma kesedaran mak ayah di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit sikit. Jadi untuk jentik sedikit kesedaran mak ayah di luar sana, jemput baca pengalaman Puan Farah Hazwanie Suhaimi…
Terkena Anak Sendiri
Kisah ini betul-betul berlaku sebentar tadi. Allahu takutnya, mengigil kaki tangan. Sebelum ni baca pengalaman orang dalam fb tentang Paedophilia.
Jam 4.45pm, usai Mama habis membeli beberapa keperluan facial di Watson dan dek takde elektrik di rumah, niat nk lepak di medan selera disebabkan hujan lebat di luar dan nak happy kan Afya bagi dia naik Toy Coin Music berhampiran medan selera ini.
Mama letak Afya di salah satu Toy Coin Music dan leka mencari punat bg memasukkan syiling. Tetiba ada seorg lelaki berkulit gelap, persisnya seperti bukan org Malaysia. Matanya lekap tajam ke atas Afya sambil jalan menuju ke arah kami. Aku pelik dan terus memerhati tajam kepadanya.
Ada Tanda Pedophilia
Sebelum ni jika ada yang sukakan Afya, mereka hanya memerhati sambil senyum ibarat suka dgn kanak-kanak, tetapi cara pandangan lelaki ini teramat pelik, berjalan ke arah kami dan pandangan yang tajam melekap kepada Afya sambil memegang handphone di tgnnya. Bila dia sedar Mama menjeling tajam kepada dia, dia berjalan menjauhi kami dan berdiri tidak jauh dr kami, dlm 6,7 langkah kaki seperti gmbr itu.
Kemudian sibuk memeriksa telefonnya. Mama lantas mengambil gmbr dia sebagai langkah berjaga-jaga. Kawasan toys memang sunyi sebentar tadi, Toy Coin Music ni betul-betul berhadapan Medan Selera Tesco Puncak Alam tp dipisahkan dgn stall Pop Corn n Waffle suma. Tak sedap hati Mama menelefon Abi Afya dan bercakap kuat seolah-olah Abi juga ada di tesco itu. Memaklumkan Abi mencari kami di situ, padahal Abi Afya xde di situ dan sedang bekerja jauh nun di Perodua Rawang. Abi pelik kenapa Mama bercakap macam tu. Kemudian Mama dukung Afya dan berlari jauh dr kwsn itu, dan menceritakan hal sebenar kpd Abi. Kemudian Abi menyuruh kami pergi ke kereta.
Terus Masuk Kereta
Tengok kelibat mamat tu dah tak ada dari pandangan mata kami, terus masuk ke kereta dan lock pintu. Allahu, mengigilnya kaki dan tgn hanya Allah yg tahu. Terasa spt modus operandi menculik budak, Mama kemudian bawa kereta ronda di luar kawasan pintu tesco tmpt laki ini menunggu. Allahuakbar, memang tak syak lagi, ada seorg lelaki berbaju hijau muka gelap dan wajahnya mirip seperti lelaki ini lagaknya bukan seperti orang Malaysia sedang menunggu 20 langkah dr pintu luar kawasan toys ini. Kawasan toys ini memang strategik sbb terus ke pintu luar, mereka dapat berlari atau menaiki kenderaan dan terus berlalu pergi dari situ.
Alhamdulillah, Allah lindungi kami anak beranak. Syukur Ya Allah sbb Mama masih tak lalai, mata kat anak je sentiasa. Fobia terus nak keluar berdua dgn anak lps ni.
Posting ini khas buat warga Puncak Alam dan sekitar Selangor. Buat guard di Tesco Puncak Alam dan #PDRM mohon giat meronda di kawasan Tesco Puncak Alam tersebut. Mencegah lebih baik dari mengubati bukan? Untuk peringatan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan kebiasaannya pada peringkat permulaan akan mencuba sedaya-upaya menerima baik dan buruk pasangan seadanya. Kadang-kadang cuba memberi peluang agar pasangan berubah suatu hari nanti.
Tetapi bila pasangan mula menegur dengan tegas setelah diberi peluang berkali-kali, itu maknanya dia tak mampu lagi tidak bertolak ansur dengan perangai anda. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sedalam-dalamnya :
Bila pasangan tegur, maka itu tandanya dia dah tak boleh bertolak ansur…
Tak selalunya perbuatan kita tu betul atau perangai kita tu baik andai kata pasangan kita diam dan tak cakap apa-apa…
Dia masih boleh bertolak ansur dan bertoleransi lagi tu, maka oleh sbb itulah dia memilih untuk diam, wait and see…
Nak jadi makin teruk ke, makin baik…
Tak Semua Yang Sedar
Ada orang, dia sedar sendiri… Ada satu rasa macam tak patut buat macam ini, maka dia berubah… Pasangan tak bunyi apa-apa lagi, tapi dia sudah berubah atas sebab dia sedar diri…
Tapi ada orang tak sedar diri… Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi… Maka, datanglah teguran dari pasangan tandanya tolak ansur dan toleransinya itu sudah hilang…
Bila kena tegur, jang n anggap tidak asa apa-apalah, baru kena tegur sekali… Boleh ulang lagi…
Jangan selalu sangat menguji pasangan kita, sebab kita tak nampak dinding kesabaran dia terhadap perangai dan perbuatan kita itu masih tebal atau sudah makin nipis…
Kalau nipis, bila-bila masa dia boleh HILANG SABAR…
MW: Kesabaran pasangan ini ada batasnya, cukup-cukuplah anda menguji kesabaran pasangan. Sebaliknya hargailah pasangan dan berubahlah sikap demi kebahagiaan bersama. Insyallah. Jika ambil hati pasangan klik di sini.
Istimewanya seorang yang bergelar isteri dan ibu. Diberi kelebihan bila ada perkara atau perbuatan suami dan anak tak betul. Sebab itu, suami jangan nak berbohong, gerak batin isteri sangat kuat.
Biasanya kalau ada yang cuba nak berbohong, tandanya boleh diperhatikan dengan cara bercakap, suara bergetar dan pandangan mata yang tidak fokus. Itu pun ada juga yang tidak perasan dengan tingkah laku yang ditonjolkan.
Sebaliknya, bagi seorang isteri gerak hatinya sangat kuat dan dia tahu suami itu cakap betul atau nak berbohong. Jenis isteri yang tak mahu memalukan suami, dia hanya bertahan, tunggu dan lihat. Mungkin suami ingat itu hanya perkara kecil dan tak perlu diberitahu pun. Tapi kalau suami tak beritahu pun, instinct cukup kuat
Menariknya perkongsian daripada Tok Abah atau Dato; Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini adalah hasil kajiannya berpuluh tahun tentang gerak batin seorang isteri.
“Orang perempuan mempunyai gerak batin yang sangat hebat. Mereka boleh tahu apa yang berlaku, walaupun suami tak beritahu. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tok Abah sejal berpuluh tahun.
“Suami tak boleh berbohong pada isteri sebab isterinya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Cuma, isteri tidak sampai hati nak cerita atau malu, segan. Dia sanggup berkorban untuk rahsia yang disimpan oleh suami.
Hidu Dalam 3 Hari
“Dalam kajian Tok Abah, orang perempuan paling lama 3 hari dia akan dapat menghidu apa yang berlaku sebab Allah beri wanita ini gerak batin yang sangat kuat terutamanya prang perempuan yang solat taubat setiap malam dan sentiasa buat istikharah.
Jadi, sentiasalah bersikap jujur dengan pasangan kerana ini adalah jalan terbaik untuk capai kebahagiaan.
Mingguan Wanita : Jangan main-main, instinct seorang isteri dan ibu ni kuat ye. Anugerah istimewa yang Allah berikan, tak ada pada orang lain.
Sumber: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (mfadzilahkamsah @ tiktok)
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...