‘Kahwin lain boleh, nafkah anak tak bagi.’ Orang lelaki, jangan hanya pandai buat anak. Lepas buat anak, bercerai kemudian lupa tanggungjawab.
Bila penceraian berlaku, yang berpisahnya suami dan isteri. Tidak terputus hubungan ayah dan anak-anak. Anak-anak masih menjadi tanggungjawab seorang ayah.
Kahwin Lain Boleh
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Kahwin lain boleh, nafkah anak tak boleh bagi…
Bila bercerai, yang diceraikan itu isteri, bukan anak. Bila sudah terputus hubungan, yang putus itu dengan isteri, bukan anak…
Anak itu tetap anak kandung, malah anak itu tetap darah daging sendiri. Nama anak tetap dinasabkan atas nama ayahnya. Hendak kahwin berapa kali pun boleh, asalkan nafkah anak yang dijaga bekas isteri itu dibayar dan ditunaikan.
Ads
Orang pompuan sudah set dalam kepala dia, “Orang lelaki ini hanya pandai buat anak.”
Sebab yang jaga anak itu adalah orang perempuan dan yang besarkan anak juga adalah ibunya. Bila sudah bercerai atau berpisah, tetap juga anak-anak dijaga oleh orang perempuan…
Orang Lelaki
Si ayah hendak merapu, mahu bebas atau ingin bercinta memadu asmara dengan sesiapa pun, bekas isteri tak mahu tahu. Bukan suami dia lagi, buat masa ini dia hanya mahukan nafkah anak dari bekas suami. Itu saja.
Tak perlu dia kena naik turun mahkamah dan tak perlu dia upah peguam atau tak perlu dia saman-menyaman. Jika bekas suami lelaki yang baik, ada lagi akhlak dan nilai-nilai seorang ayah dalam diri, maka dia akan tunaikan hak si anak tersebut…
Dia kena jaga kebajikan dan pendidikan serta hubungan anak dengan ayah kerana itu semua masih di bawah tanggungjawab dia, kewajipan dia sebagai seorang lelaki yang berstatus ayah…
Ads
Benda ini, kalau tuntutan bekas isteri tidak dipeduli, tak dihiraukan, buat tak layan. Maka terlepaslah tapi sekadar di dunia. Di akhirat, tetap tak lepas…
Sangkut bang…sangkut…
Mingguan Wanita : Buat mak-mak di luar sana yang berdepan dengan masalah ini iaitu bekas suami culas bayar nafkah anak, anda berhak membuat tuntutan di mahkamah. Jangan biarkan anak terseksa.
Masih ramai yang gagal dalam bab tip urus duit belanja rumah tangga, walau laki bini kerja kadang sampai hujung bukan tetap lari bajet.
Haaa… agak-agak kita yang masih tak pandai uruskan duit atau sebab kita meletakkan belakang bab berkat? Ini yang Hakak nak anda gali balik dan cedok ilmu bermanfaat dari Puan Lia Muhammad…
Tip Uruskan Duit
Pernah tak kita once dapat gaji mintak Allah uruskan?
Cik Lia selalu terlepas pandang bab ni.
Bila dapat gaji ke duit untung berniaga ke terus rasa oh nak beli itu ini, nak bayar itu ini… lepas tu kira-kira ehh macam tak cukup pulak duit ehh macam bajet lari pulak.
Pernah feel macam Cik Lia?
Mak Cik Lia selalu pesan dapat gaji ke duit untung niaga ke mintak Allah uruskan. Kita ni mana reti urus. Tu yang tak cukup sedia.. boros je rasa. aihhh
Tu yang tak sampai hujung bulan duit terkorek sana sini. Akhirnya simpanan pun tak ada..hurmmm…sedihhh.
Lepas ni dapat duit gaji ke untung niaga ke terus doa
Amalkan Doa Ini
‘Ya Allah..Kau tolong aku uruskan duit gaji/duit untung niaga ku ini Ya Allah. Sesunguhnya Engkau Yang Maha Menguruskan. Jadikan rezeki ku berkat Ya Allah. Aamiin Ya Allah Ya Mujib’
Firstly dapat duit gaji/niaga terus sedekah/zakat. Ni salah satu tips yang Cik Lia dapat dari Cikgu Nora Yusof mengenai duit berkat.
Jangan duk fikir ni sat g aku sedekah nak bayar bill tak cukup nak bayar kereta tak cukup. Haiyaa.. p la sedekah dulu jangan duk was-was aihh. In shaa Allah nanti Allah cukupkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau nak baca Al Quran pun malas, tak payah nak pelik sangat kenapa hubungan laki bini selalu bermasalah.
Ada yang setiap bulan rezeki tak cukup, kadang ada benda hilang. Akhirnya sampai bertikam lidah dengan pasangan. Puncanya apa?
Haa… Cuba renungkan perkongsian Ustaz Farid Rashidikejap, mungkin kita pun dah jauh dengan Allah. Malah langsung tak mengaji Al Quran walau cuma sepuluh ayat. Betapa ‘miskinnya’ kita.
Langsung Tak Baca Al Quran
Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.
Nauzubillahhi minzalik.
Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumah tangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang suami isteri selalu bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.
Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.
DaripadaAbu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]
Jadi, kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.
Jangan Bagi Alasan, Semuanya Makin Mudah
Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Janji usaha ada.
Yang muda, jangan tunggu tua. Game boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?
Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bulan Ramadan sering kali disambut meriah dengan hidangan enak yang pastinya membuat semua orang teruja dan gembira. Tambahan pula dapat berkumpul bersama saat berbuka tentunya ia sesuatu yang cukup indah.
Mempunyai anak yang masih kecil dan turut berpuasa bersama sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini tentu satu kebanggaan buat ibu dan ayah. Namun sebagai persediaan untuk mengajar anak yang masih kecil untuk berpuasa, MW dapatkan pandangan daripada Pakar Pemakanan Hospital Pantai, Pulau Pinang, Ms Verona Lee Bee Kian untuk ulasan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh dikecualikan daripada berpuasa. Namun, banyak ibu bapa pada hari ini yang menerapkan amalan berpuasa untuk anak-anak sejak dari awal usia. ibu bapa boleh mula menggalakkan anak-anak mereka untuk memulakan berpuasa secara berperingkat, contohnya sebagai permulaan hanya untuk beberapa jam sehari terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya puasa penuh mengikut kemampuan anak anda. Hal ini dilakukan untuk membiasakan anak-anak berpuasa di bulan Ramadan. Ia perlu dilakukan secara berperingkat dan ibu bapa adalah individu yang lebih arif untuk menyesuaikan latihan berpuasa mengikut kemampuan anak-anak.
Lebih kreatif Menyediakan Hidangan
Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan puasa ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Pemakanan yang betul semasa sahur adalah sangat penting untuk kanak mendapat bertahan sepanjang tempoh puasa setiap hari.
Berikan anak-anak anda makanan seimbang yang terdiri daripada makanan yang mencerna secara perlahan, kaya dengan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, untuk mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh lebih lama. Perhatikan juga jumlah makanan yang di makan oleh anak-anak, kerana makan berlebihan boleh menyebabkan masalah kembung dan perut yang tidak selesa. Elakkan juga makan terlalu banyak makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air yang mencukupi dan tidak lupa untuk memakan buah-buahan dan sayuran agar sistem pencernaan mereka tidak terganggu.
Sahur Itu Penting
Ibu perlu pastikan anak-anak bangun untuk makan ketika waktu sahur. Pemakanan yang betul dan seimbang adalah penting untuk memastikan mereka aktif sepanjang tempoh berpuasa pada waktu siang. Berbuka puasa dengan kurma dan air atau susu, diikuti dengan makan malam yang seimbang agar anak-anak kekal bertenaga. Selain itu, pengambilan snek di antara selepas berbuka puasa dan sebelum tidur juga digalakkan. Adalah disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua snek ringan, lebihkan makanan yang lebih cepat mencerna. Sebagai contoh, protein tanpa lemak seperti putih telur, ikan, ayam tanpa kulit, yogurt, karbohidrat berkhasiat seperti buah-buahan, makanan dengan lemak yang baik seperti avokado dan kekacang.
Elak Dehidrasi
Punca yang paling biasa kanak-kanak kehilangan berat badan semasa berpuasa adalah dehidrasi. Ibu bapa perlu berhati-hati jika ini adalah kali pertama anak-anak berpuasa. Jika ibu bapa atau guru-guru di sekolah dapat lihat tanda-tanda dehidrasi atau keletihan seperti pening, keletihan berlebihan, sakit kepala dan kejang, kanak-kanak perlu dinasihati untuk terus berbuka puasa dengan segera dengan meminum air. Mereka perlu diberitahu bahawa dalam situasi sebegini membolehkan mereka untuk berbuka puasa. Jika anak tidak mampu berpuasa, biarlah mereka berbuka dan boleh cuba berpuasa lagi di lain hari. Apabila anak berjaya berpuasa mengikut waktu tertentu, ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun hanya untuk 2-3 jam, walaupun setengah hari. Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.
Selain itu juga, bagi mengelakkan badan mereka terhidrasi, galakkan anak-anak yang berpuasa untuk makan buah-buahan semasa bersahur dan berbuka puasa. Ia merupakan salah satu cara yang baik untuk membantu anak-anak daripada terhidrat. Sediakan air berperisa sihat dengan buah-buahan seperti lemon, anggur, epal atau herba seperti pudina di rumah juga merupakan idea yang baik untuk menggalakkan kanak-kanak supaya mereka banyak minum air.
Selain daripada itu, berikan jus buah-buahan, susu dan sup untuk mengekalkan penghidratan mereka. Dan terakhir, sebagai ibu bapa, jadilah contoh untuk anak-anak dengan mengamalkan minum air secara kerap dan elakkan menyimpan minuman manis seperti minuman kordial atau berkarbonat di rumah walau pun ia digemari oleh anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dato Seri Vida menangis saksi kalimah Allah tertera di langit selepas ziarah kubur arwah Nurly Sahirah. Doa yang terjawab secara langsung oleh Allah.
Itulah perasaan...