Bila berkahwin, perkara yang sering diperkatakan adalah hubungan antara ipar duai dan mentua. Mungkin ada menantu yang kehadirannya dalam keluarga, buatkan kita rasa tergugat.
Ada menantu dengan rasa tergugat, adakah kerana sikapnya yang baik, kerjaya yang hebat atau sebagainya. Bila keadaan ini, mulalah ada rasa sikap dengki dan iri hati.
Patutnya bersyukur sebab ada menantu atau ipar yang terima kelebihan dan kekurangan adik beradik kita. Sebab adik beradik atau anak kita kita pun tak sempurna sangat.
Adik beradik, mentua, ipar duai jangan masuk campur hal keluarga adik beradik anak beranak lain. Didik hati tu ikhlas. Jangan nak dengki.
Bukan orang luar tahu susah perit, jerih, makan hati, berendam air mata, ikat perut untuk capai apa yang mereka cuba nikmati.
Ads
Manusia hanya nampak yang senang-senang, gembira orang lain. Tapi tak tahu apa yang dah mereka lalui untuk sampai tahap tu.
Jangan suka sangat jadi sampai menyampai jadi duri. Apa dia post up kat status semua nak ditunjuknye ke mak, dari situlah mentua dan menantu boleh jadi salah faham. Tengok diam-diam sudah, bukan dengki iri hati, tabur minyak bagi api lagi membara.
Jangan Sibuk Rumahtangga Orang
Biar la mereka ada keluarga kehidupan sendiri jangan masuk campur. Selak hal rumahtangga sendiri cukup sempurna tak? Jangan pernah sibuk dengan hal rumahtangga orang.
Lagi satu, kalau anak lelaki jarang balik jenguk mak disebabkan kekangan kerja mesti menantu yang dipersalahkan. Dikatakan suami takut bini, bini queen control laki, bini hasut suami, semua salah menantu.
Kita tuduh ipar kita control adik / abang kita, jika itu tidak benar, sudah menjadi satu fitnah wahai saudaraku dan dosa fitnah itu sangat besar, takut kita tak tertanggung di sana kelak.
Ads
Wahai ibu-ibu sekalian, memang syurga anak lelaki di tapak kaki kamu, tapi jangan sampai kamu sendiri yang menghantar anak lelaki kamu ke neraka.
Sedarlah, anak lelaki kamu ada tanggungjawab, ada mulut yang nak disuap, ada hati dan jiwa yang nak dididik, tak jenguk bukan bermakna dia melupakan kamu, tak jenguk bukan bermakna dia meninggalkan kamu, cubalah fahami anak-anak kita dari sudut yang positif, jangan mudah terasa hati, jangan mudah bersangka buruk, jangan sampai membuatkan anak menjadi anak derhaka dengan tidak sengaja.
Jadi Mak Yang Baik
Kalau kita ibu yang baik, kalau kita ibu yang beriman, sentiasalah doakan kebahagiaan anak-anak kita, jangan dihina menantu, dia anak orang, dia dididik dengan cara lain.
Syukurlah jika menantu sudi menjadi isteri anak-anak kita, sudi menjadi ibu kepada cucu-cucu kita, sudi menerima anak kita sebagai suaminya, kerana anak kita pun bukannya sempurna sangat.
Ads
Adik beradik, ipar duai, jiran tetangga, anak beranak, jangan suka menjadi batu api. Andai kata anak lelaki menceraikan isterinya disebabkan mulut kita, adakah kita sanggup menanggung dosa seumur hidup disebabkan perbuatan kita itu?
Jaga isteri kita dulu sebelum kita nak mengata isteri orang, didik isteri kita dulu sebelum kita nak tegur isteri orang, jaga rumahtangga kita dulu sebelum kita nak ketuk rumahtangga orang, yang paling penting, didik hati kita dulu supaya tidak bersangka buruk dengan orang.
Mingguan Wanita : Kita rasa diri dah sempurna tapi di mata orang kita pun banyak kelemahan.
Percayalah kekuatan asmaul husna boleh membantu anak-anak tempuh peperiksaan dengan lebih tenang dan yakin.
Jadi mak ayah yang ada anak nak tempuh peperiksaan boleh amalkan zikir ini, info padat daripada Rosmanita elin, rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, program di Tanjung karang.
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.
Mudah-muadahan perkongisan ini dirahmati Allah.
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna.
Ini pula cara kedua yang mak ayah boleh buat…
1. Buat solat taubat, solat hajat khusus untuk anak. Dalam doa tu sebut nama anak…
Ya Allah, Kau kembalikan segala elmu yang anakku (sebut nama anak) tahu, izinkanlah anakku (sebut nama) menjawab soalan dengan baik dan lapang dada. Jadikan anakku (sebut nama) seorang professional yang mukmin.
2. Sepanjang anak exam, baca yassin atau zikir, bayangkan korang duduk sebelah anak dalam dewan peksa. Baca sepanjang anak jalani exam.
3. Pastikan anak gi exam dalam keadaan berwuduk.
4. Maafkan anak-anak dengan ikhlas.
5. Mak ayah bersedekah. Klu naik teksi, bayar lebih, atau bayar lebih kat makcik-makcik jual kuih, nasi lemak atau banje kawan opis sarapan. Bila kita gembirakan orang lain, Allah pasti gembirakan kita.
6. Pastikan environment kat umah dalam keadaan positif. Elakkan marah-marah adik-adik atau abang kakak yang lain untuk elakkan suasana tegang kat rumah.
Moga Allah berikan keputusan terbaik untuk anak-anak semua. Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu oleh anak. Sebabnya masa inilah untuk mereka mengumpul duit raya. Bukan main seronok mereka beraya rumah jiran semata-mata untuk dapat duit.
Sementelah mak ayah pun turut tumpang seronok mengira duit raya anak. Bila dah habis musim raya, mulalah anak-anak berangan untuk beli apa barang yang memang dihajati sejak dulu dengan menggunakan duit itu.
Tidak kurang juga mak ayah akan simpan dalam akaun anak, ini untuk dikumpulkan dan kegunaan buat anak-anak bila besar atau masa-masa tertentu nanti.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah mak ayah ambil peluang untuk menggunakan duit raya itu, kononnya anak masih kecil dan tak tahu nak beli apa. Akhirnya, mak ayah pula yang ‘terpakai’ duit itu.
Jangan ambil mudah dengan mak yah yang pakai duit raya anak. Ingat, itu hak mereka dan kalau terpakai atau terguna, mak ayah wajib ganti. Sedangkan, kalau duit itu untuk kegunaan anak itu sendiri, ia tidak menjadi permasalahan.
Perkongsian daripada Syazmee Sapian boleh memberi manfaat buat mak ayah yang kerap kali menggunakan duit anak. Walaupun raya setahun sekali, inilah masa untuk mengajar anak-anak mengumpul duit raya bagi simpanan mereka akan datang. Jika mereka nak membeli dengan duit itu pun tak menjadi masalah pun.
Duit raya anak-anak adalah HAK SEPENUHNYA anak tersebut. Kalau mak ayah menggunakan duit tersebut tanpa kebenaran samalah juga seperti kita menggunakan duit orang lain tanpa kebenaran.
Kita sebagai mak ayah hanyalah sebagai orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta anak-anak kita.
Mereka yang memberikan duit raya kepada anak-anak kita sudah pasti meniatkannya untuk kegunaan anak tersebut.
Mak ayah tidak boleh menggunakan secara suka hati duit anak-anak tanpa sebarang keterdesakan.
Namun jika sudah digunakan atau terguna, tetap WAJIB untuk digantikan semula takat yang telah kita gunakan.
Gunakan duit raya anak untuk tukar sportrim kereta, beli telefon bimbit baru atau apa sahaja, jelas menjadi suatu kesalahan.
Kita sebagai mak ayah sudah pasti mahu menjadi suri tauladan yang terbaik dari segenap aspek buat anak-anak.
Oleh yang demikian, jadilah mak ayah yang amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam menguruskan harta anak-anak kita sendiri.
Adalah lebih baik, dengan duit yang anak-anak perolehi, kita didik mereka dengan ilmu pengurusan duit.
Beritahu anak-anak berapa pendapatan mereka. Takat mana boleh dibelanjakan.Yang mana untuk simpanan masa depan.
Berapa pula bahagian untuk dilaburkan.
Anak-anak suka mak ayah yang banyak berinteraksi dan bercerita dengan mereka.
Syazmee Sapian
Daddy Anggun
MW: memanglah kita sebagai mak ayah fikir, anak-anak masih kecil dan tak reti nak guna duit itu. Tapi, boleh saja mak ayah simpan untuk masa depan mereka. Jangan kita pulak guna sesuka hati.
Lupa diri boleh terjadi pada diri sesiapa saja, di saat kita punya segala. Begitu yang terjadi pada seorang lelaki yang telah meluahkan perasaannya kepada Mingguan Wanita. Ikuti luahannya.
Hidup Sederhana
Benarlah kata orang, lelaki akan diduga saat mereka berharta. Waktu itu mata mereka terbuka luas melihat segala ‘keindahan’ dan ‘keseronokan’ dunia. Itulah yang aku alami. Kemewahan yang ku peroleh akhirnya menjeratku ke lembah penuh dosa hingga rumah tanggaku tergadai.
Aku bekerja di sebuah syarikat dengan hanya berbekalkan STPM. Walau pun gaji tidak begitu tinggi, tapi aku mampu hidup sederhana. Bagiku, cukup makan dan pakai sudah memadai.
Sebenarnya bukan aku tidak ingin menyambung pelajaran tapi aku ingin memberikan laluan kepada tiga orang adik untuk belajar. Sebagai anak sulung dan lelaki pula, menjadi tanggung jawabku untuk membantu mak dan ayah yang hanya berniaga kedai runcit segala kecil-kecilan di kampung.
Bertemu Jodoh
Aku berkenalan dengan seorang gadis yang baik dan sopan, bakal guru. Ain namanya. Ketika itu dia masih di maktab dan dia banyak mendorongku kembali menyambung pelajaran secara part time. Dia juga banyak bantu aku dari sudut kewangan. Kami seia sekata untuk hidup bersama setelah stabil nanti.
Akhirnya aku mampu meraih ijazah dan bertuah kerana syarikatku menawarkan kenaikan pangkat sesuai dengan kelulusan baruku.
Setelah agak stabil dan Ain juga telah bekerja sebagai guru, kami berkahwin dengan restu kedua keluarga. Hidup kami bahagia dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Kerjayaku semakin meningkat sehingga mampu meraih pendapatan yang lumayan. Aku semakin sibuk. Pulang ke rumah jam 1-2 pagi perkara biasa. Ain tetap sabar dan memahami keadaanku. Sehinggakan masa bersama anak-anak juga terbatas. Tapi aku katakan padanya, aku lakukan semua itu demi kesenangan kami sekeluarga.
Dalam diam, duniaku semakin berubah. Aku mula pandai keluar minum bersama rakan-rakan. Malah aku sudah berjinak-jinak ke kelab hiburan. Minum sambil ditemani GRO sudah menjadi perkara biasa bagiku. Malah ada yang sudah ku bawa hingga ke tempat tidur! Alasan sekadar suka-suka, nak lepaskan tekanan kerja.
Kegiatan Liar Tak Diketahui
Kegiatanku di luar rumah tidak diketahui Ain. Dunianya hanya di rumah bersama anak-anak. Sememangnya dia seorang isteri yang setia.
Satu hari, aku tertinggal komputer riba di rumah dan aku minta Ain buka komputer riba itu dan e-melkan satu dokumen. Rupa-rupanya tanpa pengetahuanku, Ain tergerak hati untuk membuka satu folder foto yang tersimpan rapi di dalamnya.
Entah mengapa, hari itu aku rasa tak sedap hati dan sebaik habis mesyuarat aku pulang ke rumah. Jika tidak, jam dua pagi belum tentu nampak batang hidung.
Terbongkar
Ku perhatikan wajah Ain muram dan anak-anak tak kelihatan. Bila ditanya katanya adiknya datang bawa anak-anak keluar. Ain sediakan minum petang. Selepas aku mandi, aku duduk berehat di ruang tamu sambil membuka laptop. Tak di’off’. Baru hendak mengamuk, mataku tertancap dengan gambar-gambar yang terpampang di skrin. Foto-fotoku di kelab hiburan, termasuk gambar berpelukan dan berciuman dengan GRO.
Aku tak berani pandang Ain yang sudah berada di depanku. Aku tahu hatinya hancur lebih-lebih lagi ada foto intimku bersama beberapa wanita berlainan! Aku terkedu. Tak sanggup kata apa-apa.
Akibat Lupa Diri, Isteri Tuntut Cerai
Dipendekkan cerita, Ain tidak dapat memaafkan keterlanjuranku dan menuntut cerai. Walau pun perit aku lepaskan dia pergi. Silapku yang rakus dengan keseronokan dunia sehingga kesetiaan seorang isteri ku rentap. Aku sudah insaf dan bertaubat. Aku malu dengan kesilapan yang pernah ku lakukan dulu. Namun nampaknya pintu hati Ain masih tertutup untuk kembali kepadaku…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...