Biasa yang mak-mak tahu, keropok lekor guna isi ikan kan. Kali ini mak-mak boleh cuba keropok lekor viral mi segera. Cara buatnya pun mudah saja. Mak-mak yang nak cuba boleh hadamkan perkongsian Puan Zuraita Mohd Anuaini.
“Keropok lekor guna mee segera. Selama ni cuma tahu boleh buat murtabak, tak sangka buat keropok lekor pun boleh. Resipi suruh guna mee segera Sedap, saya takde. Saya ganti dengan IndoMie Soto jer.”
“Saya tengok resipi ni kat Forum Cari. Senang giler buatnya. Confirm jadi. Anak-anak pun suka. Yang penting, makan masa panas-panas tau! Baru best. Dah sejuk, dia liat sikit macam keropok lekor jugak. Cubalah ye!”
Macam Ini Cara Buat Keropok Lekor Viral Mi Segera
Bahan : sebungkus mee segera pilihan, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum.
Rebus mee segera sampai kembang.
Ads
Dah kembang, toskan.
Masukkan mee, serbuk perasanya, sebiji telur dan sedikit garam dalam blender. Kisar sebati.
Dah sebati.
Campurkan 6 sudu besar tepung ubi dan 2 sudu besar tepung gandum.
Ads
Uli sekejap je sampai tak melekat di tangan.
Bentukkan memanjang.
Bila air mendidih, rebuskan keropok lekor tadi. Tunggu sampai timbul, baru angkat.
Mudahkan nak membuatnya mak-mak. Lepas ini bolehlah hidangkan keropok lekor viral mi segera dekat keluarga bila-bila masa yang mereka suka. Tak perlu tunggu sampai nak ke Pantai Timur.
Bukan semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang tidak ternilai jika memilikinya.Bertuah menjadi pelakon dan model Anzalna Nasir, 30 yang bukan sahaja cantik jelita, malah cukup berbakat dalam bidang lukisan.
Bagi pengikut instagram teraju utama drama bersiri ‘Memori Cinta Suraya’ini, Anzalna sering memuat naik, hasil lukisannya untuk dikongsikan bersama para peminatnya.Pelbagai jenis lukisan telah dihasilkan antaranya berbentuk abstrak, bunga-bungaan, merak, permandangan, bangunan kaabah dan yang terkini potret Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.
Menariknya, hobi baru melukis Anzalna ini, mula berputik sejak sejak bulan Ramadan lalu dan berterusan sehingga kini.Lebih istimewa, bermula daripada hobi suka-suka, setiap lukisan yang dihasilkan tersebut kemudiannya dijual dan duit hasil jualan tersebut diberikan untuk tujuan kebajikan bagi golongan yang memerlukan. Murni sungguh hati Anzalna ini.
Hasil lukisan Anzalna juga mendapat permintaan yang cukup menggalakkan daripada pengikut dan peminatnya di Instagram. Kekerapan Anzalna melukis, sehinggakan ada yang bertanya sama ada, Anzalna telah bertukar profesyen daripada seorang pelakon kepada seorang pelukis.
Sebaliknya pelakon cantik dan berbakat besar ini menjelaskan bahawa bidang lakonan merupakan minatnya dan masih menerima tawaran berlakon sehingga sekarang. Syarikat Global Station dan Suhan antaranya yang sering menawarkan drama 100 episod dan telemovie.
Menurut pelakon ini, dia tidak bersedia untuk berada di set untuk melakukan penggambaran kerana terpaksa menghabiskan semua lukisan yang telah ditempah. Secara jujurnya, Anzalna mencintai apa yang dia sedang lakukan dan mengucapkan terima kasih kepada yang setia memberi sokongan pada dirinya. Insya Allah, beliau akan kembali berlakon semula segera.
Tambah beliau lagi, melukis memerlukan masa yang banyak. Lukisan yang dibuat untuk Tun Mahathir, Perdana Menteri kita ini memerlukan masa yang amat panjang untuk memastikan ia siap. Sambil berseloroh, Anzalna berharap mendapat tanda tangan daripada Tun M untuk dia dapat melakukan lebih banyak lagi kerja kebajikan selepas ini.
Tahniah buat Anzalna atas hobi baru ini.Dah lah cantik jelita, pandai melukis pulak tu. Bukan sahaja hobi suka-suka tapi siap boleh beramal dan buat kebajikan. Semoga Anzalna tetap terus melukis menghasilkan lukisan yang cantik-cantik.
Antara lukisan yang dihasilkan oleh Anzalna, sangat cantik dan sungguh berbakat!
Memang ngeri dan tak terfikir dek akal fikiran apabila seseorang tergamak bunuh, potong dan tanam anggota badan untuk dijadikan baja di kebun sayur!
Seorang wanita ditahan kerana selepas membunuh bekas suaminya sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.
Olga Sterlyadeva, 32, menetak leher Alexander dengan kapak ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji besi di rumahnya di Staroe Slyakovo wilayah Tatarstan.
Ibu tiga anak tersebut pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, pasangan berkenaan sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama kerana mangsa tiada wang untuk berpindah. Olga dikatakan membunuh mangsa kerana berdendam dan tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.
Mangsa dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.
Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitahu, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja.Siasatan lanjut sedang dijalankan dan Olga berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah.
Aduhai, macam-macam hal.Manusia bila dah sakit hati dan simpan dendam macam-macam perkara yang tak disangka boleh dilakukan.
Memang seronok miliki anak kembar, lebih-lebih lagi bila dapat sepasang baik lelaki mahupun perempuan.Setiap mak ayah pastinya mahupun kelahiran bayi kembar ini sempurna dan sihat sempurna keadaannya.
Seorang wanita berusia 32 tahun bagaimanapun ‘terpilih’ melahirkan bayi kembar unik satu dalam sejuta apabila salah seorang bayinya dilahirkan secara normal, manakala seorang lagi menghidap penyakit Sindrom Down.
Pasangan suami isteri dari Sheffield,Britain, Nicola dan Todd Bailey berkata, mereka tidak mengetahui salah seorang anak perempuan kembarnya, Harper mengalami masalah kecacatan genetik itu sehingga dia dilahirkan 38 minit sebelum adiknya, Quinn.
Nicola melahirkan anak kembarnya itu secara normal di Hospital Rotherham pada 15 Februari lalu.Harper Jade dilahirkan dengan berat 2.3kg pada pukul 8.02 pagi, manakala Quinn Mae dilahirkan dengan berat 2kg pada pukul 8.40 pagi dan mereka kini telah berusia 5 bulan.
Mengimbas kembali berita mengejutkan itu, pasangan itu mendakwa bahawa pasukan doktor hanya mampu memohon maaf ketika memaklumkan mengenai kecacatan salah seorang bayi mereka.
“Seingat saya ketika itu, doktor hanya mampu berkata, saya meminta maaf tetapi perasaan sedih saya berubah dalam sekelip mata apabila menatap wajah kedua-dua mereka. Mereka sangat cantik, comel dan ‘sempurna’ walaupun salah seorangnya mengalami sindrom Down,” kata Nicola.
Nicola berkata lagi, Harper adalah Harper, Quin adalah Quin, mereka tidak sama dan saya tidak sesekali membandingkan mereka mahupun dengan anak-anak yang lain.
Terdahulu, pasangan Nicola dan Todd ini telah mempunyai seorang anak lelaki, Lucas,4 tahun.
Kira-kira 40,000 bayi di United Kingdom mengalami masalah sindrom Down tetapi pakar perubatan menyifatkan peluang salah seorang kembar menghidap kecacatan itu hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran unik bayi di dunia.
Memang unik kelahiran bayi kembar ini. Apa-apa pun, tahniah buat mak ayah bayi kembar ini kerana dapat menerima kelahiran mereka dengan keadaan hati terbuka,tidak membanding-bandingkan dan berlapang dada. Memang terbaik!