Kaum lelaki kalau anda rasa nak umur panjang, cubalah peluk isteri dua minit sehari. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan. Kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira.
Rahsia Lelaki Nak Panjang Umur
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
Peluklah Isteri Dua Minit Sehari
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
Ads
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Ads
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Ads
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Empat saranan ini mampu memberikan manfaat yang untuk hubungan suami isteri. Tak lama manapun, dua minit saja!
Isteri merajuk, diam, marah, suami pergilah pujuk, bukan jauhkan diri. Wanita bergelar isteri memang ‘complicated dan sukar difahami kemahuannya. Suami perlulah lebih bijak memainkan peranan, memahami gaya bahasa badan dan riak wajah isteri.
Isteri Bila Merajuk, Diam, Marah, Suami Pergilah Pujuk, Bukan Jauhkan Diri
Seringkali apa yang diluahkan tak seiring dengan perkara sebenar yang dimahukan. Ketika isteri terasa hati, berdiam diri, merajuk dan marah bukanlah bermakna suami perlu ‘angkat kaki’, menjauhkan diri mahupun buat tak tahu sahaja. Dalam situasi begini, sebenarnya isteri memerlukan ‘lebih’perhatian dan pujukan daripada suami tersayang.
Untuk fahami lebih lanjut jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini sebagai panduan;
Isteri diam. Isteri merajuk. Isteri marah. Bukan bermakna suami perlu menjauhkan diri. Tindakan begitu hanya membuat dia bertambah sedih dan sakit hati.
Adakalanya bila isteri berkata, “Dah pergi! Leave me alone!” itu maksudnya suami perlu lebih-lebih lagi duduk di sisi, peluk, pujuk. Atau kadang cuma perlu pegang tangannya tanpa perlu kata apa-apa. Bukannya keluar meninggalkan isteri terkontang kanting sendirian.
Begitu juga apabila isteri mengamuk, menjerit berkata benci. Bukanlah bermakna dia betul-betul benci melainkan hatinya terluka kerana perbuatan atau ucapan si suami.
Suami, kalau kata setahun pertama perkahwinan bolehlah beri alasan masih tak mengerti bahasa badan, bahasa wajah pasangan. Namun, bukanlah bermakna kalian selamanya perlu buta mata, buta hati dalam mengenali sifat dan peribadi isteri.
Jangan pernah jemu. Jangan putus asa. Ambil masa untuk belajar mengenali isteri. Usaha itu wajib ada.
Apa yang dibencinya jauh-jauhkanlah. Apa yang disukainya selalulah dilakukan.
Ya, isteri memang makhluk complicated. Namun, sebagai makhluk yang fitrahnya untuk membimbing, melindungi dan mencintai kaum wanita, seharusnya suami tidak mudah rasa putus asa menangani emosi dan tingkah isterinya.
Memikat hati wanita ini bukan setakat waktu sebelum dia menjadi isteri, setelah dimiliki, dibuat seperti hal yang tiada harga.
Bahkan sepatutnya setelah menjadi isteri perlu dilipat gandakan usaha untuk memikat hatinya. Kerana dia adalah isteri, suatu perhubungan yang diiktiraf di sisi Allah. Segala perbuatan yang diniatkan untuk menggembirakan isteri adalah pahala belaka, bahkan termasuk dalam nafkah batin sebenarnya.
Rumah tangga yang terbaik ialah apabila kita jatuh cinta berkali-kali dengan orang sama.
Lebih bagus kalau setiap hari! Kalau tidak, masakan ada pepatah berkata, happy wife, happy life? Ye tak?
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat suami dalam lebih memahami isteri. Penting belajar ‘kenali’ isteri, jika ingin bahagia dan harmoni dalam rumahtangga.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Bab dokumen penting seperti urusan kewangan, baki hutang, no pin ATM, no pin telefon, no polisi takaful, hibah dan sebagainya, seharusnya bukanlah menjadi rahsia di antara suami isteri.
Sebaiknya dokumen penting ini dicatat didalam buku khas untuk persediaan dan rujukan di kemudian hari. Bukan apa ada pasangan yang cukup berahsia dalam perkara begini. Lebih sedih apabila dituduhnya pula ‘mata duitan’
Baca perkongsian daripada Zafran Mustafa ini sebagai panduan;
Ramai yang komen melawak dan main-main dengan soalan ni.
Wahai isteri sekalian, bukan no. pin bank ATM je kena mintak. Tengah-tengah suami santai tengok TV lepas Isyak tu terus ambil buku & catat. Yes, baik buat terus!
1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Kalau tahu gred gaji adalah lagi baik.
2. Mohon minta juga pin no ATM kad bank suami.
3. Suami ada join khairat kematian di pejabat tak?
Jika ada, berapa pampasan kematian yang akan dapat.
4. Hutang dan simpanan suami ada berapa?
– Kereta
– Kredit Kad
– Rumah dan sebagainya.
Boleh tahu dimana dan apa yang ada? Senang nak uruskan nanti.
5. Suami tahu atau tidak, baki hutang ada berapa lagi? Rumah diinsuranskan MRTT atau MLTT dulu ya?
6. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia.
Dengan serendah RM50/bulan pun dah ada untuk isteri dapat RM100,000 cash jika dia meninggal dunia.
“Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang.” – Biasanya suami yang baik akan turuti.
7. Abang ada takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja?
Boleh si isteri catat no, polisi dan contact no. agent takaful suami.
8. Last, kalau boleh dapatkan juga no. pin phone dia. Senang apa2 terjadi boleh access phone suami. Paling tak pun, dapatkan hint dah ok.
“Abang lambat lagi mati Fatimah oi, macam doa aku mati cepat jer”.
Jangan begitu sahabat, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia ‘mata duitan’.
Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri didahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.
Selagi masih berkemampuan untuk mencari rezeki, rebutlah peluang untuk ambil hibah. Walau kecil dan sedikit yang kita mampu.
Malam ini sebelum tidur, tenunglah anak-anak dan isteri kita yang dah tidur lena. Mereka makan apa bila kita dah tiada nanti ya?
Sebab mereka 100% bergantung kepada income kita.
Ramai yang komen melawak dan main – main dengan soalan ni.
Wahai isteri sekalian, bukan no. pin bank ATM je kena mintak.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Bukan nak kata isteri tu ‘mata duitan’ namun catat segala dokumen dan perkara penting ini sebagai persediaan untuk memudahkan urusan di kemudian hari nanti.
Rumah tangga boleh jadi goyang angkara campur tangan ipar duai. Maka sebab itulah suami isteri perlu sentiasa peka dan berwaspada bila ada di kalangan ipar duai yang cuba melaga-lagakan atau mengadu domba di belakang anda.
Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai
Berbanding lelaki, biasanya wanita yang sering kali menghadapi masalah dengan ipar-duai. Walau pun bukan semua menghadapinya tetapi tetap ada. Banyak penyebabnya hingga hubungan antara ipar-duai menjadi dingin.
Bukan Sekadar Penyatuan Dua Hati
Perkahwinan bukan saja penyatuan dua jiwa antara kita dengan pasangan saja, malah ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada mak dan bapa mentua saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar-duai, biras, sepupu dan ahli keluarga yang lain.
Menjalinkan hubungan baik dengan ipar-duai tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar-duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Tak dinafikan, mungkin akan sering kali terjadi kita bercanggah pendapat dengan ipar-duai kita namun ia perlu ditangani dengan baik. Jangan hingga berbalah sehingga saling tak bertegur sapa. Itu hanya akan memburukkan perhubungan.
Waspadalah Wahai Suami Isteri
Hubungan Dengan Ipar, Bermula Diri Sendiri
Sebagai orang yang baru masuk ke dalam sesebuah keluarga, sebenarnya kita sendiri kena main peranan untuk ambil hati keluarga pasangan. Bukan saja mak ayah tapi juga ipar-duai.
Berbanding ipar-duai lelaki, biasanya jarang mengalami masalah ini, berbanding wanita. Entah kenapa, mungkin wanita ni kaya dengan emosi kot. Apa pun, buang rasa malu atau ego dan cuba wujudkan kemesraan dengan ikhlas.
Walau pun sudah lama berkahwin, jangan berhenti untuk memberikan imej baik kepada ipar-duai. Sebenarnya banyak faedah bila baik dengan ipar-duai yang merupakan adik-beradik suami.
Jadi Pendamai
Tak nafikan, ada wanita yang kurang rapat dengan mentua atas macam-macam sebab. Namun, kehadiran ipar-duai (anaknya) boleh membantu mengharmonikan hubungan itu.
Jika kita baik dengan mereka, sudah pastinya mereka akan sentiasa menyebut hal-hal yang baik saja tentang diri kita di hadapan mak dan ayahnya. Bahkan, ada masanya akan ‘backing’ kita juga kalau ada masalah dengan abang/adiknya yang merupakan suami kita. Mereka ini boleh dijadikan ‘team’ kita bila ada masalah dengan pasangan. Betul kan?
Ambil Hati Ipar-Duai
Banyak cara nak ambil hati ipar-duai, bukan sekadar belikan hadiah mahal-mahal saja ye. Tanya khabar pun dah cukup menunjukkan kita menganggap mereka itu antara orang penting dalam hidup kita.
Kalau mampu, hadiah boleh dijadikan sebagai ‘pemanis’ hubungan. Sesekali, mungkin ketika hari jadinya, boleh belikan hadiah untuknya.
Atau boleh masak hidangan yang disukainya bila dia datang ke rumah kita. Itu bermakna kita prihatin pada dirinya. Ada masanya kalau lapang, boleh juga keluar bersama. Ia boleh bantu eratkan hubungan.
Kalau mereka ada masalah, jangan lokek hulurkan bantuan. Tak boleh bagi duit, pendapat dan sokongan pun dah memadai…
Jangan jadi kaki sibuk
Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar-duai. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.
Jangan Terlalu Percaya
Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh percaya tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi kita suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah diri. Kadangkala kita kena ‘simpan’ sikit kisah rumah tangga kita kerana kita kena sedar hati manusia boleh berubah. Tengah baik okay, tapi kalau satu hari nanti hubungan tak berapa baik, macam mana?
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.