Rahsia Cantik Datin Elvina, Amalkan Bangun Awal Pagi & Pastikan Hidup Sentiasa Ceria. Pelakon cantik, Datin Elvina Mohamad yang juga pemilik nama sebenar Norzalina Mohamad akui bukannya mudah untuk bergelar isteri dan ibu serta wanita bekerjaya.
Heroin drama ‘Takdir Cinta Dhia’ ditanya apakah rahsia dirinya kelihatan cantik sentiasa dan tip yang diamalkan, Elvina menerangkan dia merupakan seorang yang ceria.
“Rasanya tak ada tip yang diamalkan untuk kelihatan cantik cuma saya ni jenis yang sentiasa ceria mungkin sebab tu nampak muda,” kongsi wanita yang kini berusia 27 tahun itu.
Menyambung tentang kisahnya, Elvina yang ditemui baru-baru ini akui dia seorang yang sibuk.
“Memandangkan saya jenis yang sibuk dengan shooting dan jaga anak jadi saya akan ambil vitamin untuk kesihatan badan,” luah Elvina.
Selain itu, Elvina juga menerangkan paling penting setiap hari dia akan bangun awal pagi.
“Saya amalkan bagun pagi, tak kisahlah waktu bekerja atau cuti. Saya tak biasa bangun lewat sampai pukul 10 pagi.
“Biasanya saya akan lakukan sedikit senaman seperti yoga,” tambah Elvina.
Suami Memahami
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata Karl Mateen, 3. Ini juga menjelaskan dia beruntung kerana suami sangat memahami kariernya dan tidak meletakkan syarat dalam lakonan.
“Suami tidak pernah meletakkan syarat kerana tahu saya sendiri faham di mana batas saya sebagai isteri.
“Dalam soal ini, saya lebih melihat kepada keperluan dan logik untuk melakukan satu-satu babak itu.
“Jika diminta berpegangan tangan atau membuat aksi romantik yang sememangnya ada dalam skrip, saya okey sahaja.
“Namun jika ia berlebih-lebihan dan tiada keperluan berbuat demikian, saya akan bincang semula dengan pengarah dan mencari penyelesaian terbaik,” jelasnya yang bakal kembali ke set penggambaran drama baharu menjelang Oktober ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ya Allah.. resepi ini cumalah telur goreng kicap yang disiram dengan perahan limau nipis. Tapi jumlah sharingnya setakat pagi ini sudah mencecah 6541 share. Telur Juicy Spicy ini memang menusuk ke kalbu betul, lagi-lagi bila tengok video perahan limau di atas telur kuning yang melimpah ruah.. terasa kelazatannya..
Posted by Hani Pembor on Saturday, 23 September 2017
Baik tengah malam atau awal pagi, menu sesimple ini memang jadi kegilaan ramai orang. Sebabnya tak perlu masa yang panjang nak masak. Petik api, pecah telur, goreng sampai naik gebu, siram kicap perah limau.. Ya ampun.. rasa nak pi masak la.. la ni juga.
Resepi ini perkongsian daripada status facebook Hani Pembor. Katanya khas untuk penggemar telur.
“Amaran! Sekali buat mesti nak lagi. Sedap hingga menusuk kalbu babe! Especially to penggemar telur macam saya.. Haha.” ?
Silakan tag or share. Karang hilang!
Bahan-bahan Telur Juicy Spicy
Telur
Kicap
Cili potong
Limau nipis
Caranya
1. Telur tu goreng lembik-lembik. Biasa orang rebus 3 suku, pun boleh, tapi resepi kali ni goreng lagi boom.. Serius.
2. Letak kicap. Saya pakai kicap manis Jalen.
3. Letak cili potong.
4. Perah limau nipis.
Last..
Gaul-gaul sikit. Masuk mulut telur dengan cili sekali. Kecur air liur tengok lime tu! Memang juicy, hot spicy.
Rasa dia memang pergiiiii!! Cannot describe. Rasalah sendiri. Suami saya mula-mula tak nak, sebab dia memang tak suka makan telur, tapi sekali suruh rasa. Nak lagi pulak, tak cukup 3 biji. ?
Maybe Orang Lain Pun Dah Biasa Buat
Saya saja share kot ada yang tak pernah try, asyik buat 3 suku tu je. Kot la ada hari mood malas nak masak, boleh buat benda simple but nice macam nie. Kan??
Hakak: Percaya tak? Lauk paling simple tulah sebenarnya yang membangkitkan selera.. contohnya macam telur juicy spicy ni lah..
Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal. Tiada yang lebih memilukan hati mak ayah apabila kehilangan anak tersayang. Anak yang dijaga sejak kecil kini telah tiada lagi. Sukar untuk menerima kenyataan namun harus reda dengan permergiaannya.Apatah lagi ketibaan syawal tidak lama lagi, perasaan rindu, sedih pasti terkesan dihati.
“Jujurnya memang sedih sampai hari ini kerana teringatkannya namun Allah lebih menyayangi Daffrel dan saya bersyukur sempat pakaikan baju raya untuknya.”
Begitu kata Muhamad Firdaus Ismail, 38, bapa kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) terlantar, Muhammad Daffrel, dua tahun empat bulan yang dijemput Ilahi pada pagi Khamis lalu.
Anak Bongsu Meninggal
Anak bongsu daripada tiga beradik itu meninggal dunia selepas enam hari dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru paru.
Pemergian Muhammad Daffrel memberi kesan kepada seluruh keluarganya terutama Muhamad Firdaus dan isteri Norazimah Bunihan, 35, yang berharap dapat menyambut Aidilfitri tidak lama lagi dengan anak istimewa mereka itu.
“Kebetulan, saya dan isteri sudah beli baju raya untuk anak-anak termasuk Daffrel. Kami rancang nak pakai bersama pada pagi Syawal ini namun keadaan Daffrel kritikal pada malam Rabu lalu.
“Dia pun tidak sedar sejak hari kedua dimasukkan ke hospital, malah doktor juga sudah minta kami bersiap sedia dengan kemungkinan (meninggal dunia) dan kerana itu, saya pakaikan Daffrel baju Melayu berwarna hitam sebagai kenangan terakhir.
“Ditakdirkan, Daffrel meninggal dunia pagi esoknya (Khamis) tidak lama selepas bantuan pernafasan ditanggalkan,” katanya.
Anak Terlantar
Bercerita lanjut, Muhamad Firdaus berkata, Muhammad Daffrel disahkan menghidap Cacna1e (isu genetik), kelewatan pembangunan global (GDD), laryngomalacia (saluran pernafasan sempit) sejak berusia empat bulan.
Menyedari keperluan anaknya yang terlantar dan perlu dipantau setiap masa, Muhamad Firdaus berbincang dengan isteri sebelum ambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai cef di sebuah hotel di sini.
“Saya dan isteri buat keputusan yang sukar sebenarnya iaitu salah seorang perlu berkorban demi Daffrel.
“Selepas berbincang, saya yang berhenti kerja kerana jadual rawatan Daffrel yang padat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pada masa sama perlu menguruskan persekolahan abang serta kakaknya.
“Manakala isteri terus bekerja dan ikutkan, saya yang lebih banyak menghabiskan masa dengan Daffrel…jadi pemergiannya amat meninggalkan kesan mendalam hingga ke hari ini.
“Bagaimanapun, sudah takdirnya Daffrel pergi…jadi saya tiada pilihan melainkan reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.
Muhamad Firdaus berkata, walaupun terlantar, Muhammad Daffrel tidak banyak meragam, malah sangat mudah dijaga.
@firdaus__ismail Terima kasih semua yang selalu ada dengan Daffrel selama 2 tahun 4 bulan ini, semoga Daffrel tarik kita semua ke dalam syurga bersama dengannya.. aminn ya mujib.. Al-fatihah . in memory Muhammad Daffrel Firdaus bin Muhamad Firdaus #Daffrel#anaksyurga#fyp♬ Sad and lonely – MoppySound
Setiap kali menjalani pembedahan, komplikasi mahupun kecuaian selepas pembedahan amatlah dirisaukan. Siapa sangka kecuaian daripada pihak hospital dan petugas kesihatan meninggalkan alat-alat pembedahan, boleh menyebabkan penderitaan dan menjejaskan kesihatan diri.
Kejadian berlaku di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang sering dialaminya sejak 20 tahun diakibatkan oleh sebilah gunting tertinggal di dalam perutnya.
Pembedahan Buang Batu Karang
Bachena Khatun, 55, mula sering mengalami sakit perut selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah klinik Chuadanga pada 2002.
Beberapa hari selepas pembedahan itu, Khatun pergi ke semula klinik tersebut untuk memaklumkan mengenai sakit perut yang dialaminya.
Rasa Sakit ‘Normal’
Namun, doktor memaklumkan rasa sakit itu adalah normal dan menasihatkan wanita itu supaya tidak perlu risau mengenainya.
Diakibatkan oleh rasa sakit yang berterusan, Khatun berjumpa dengan doktor lain dan hasilnya sama, malah dia diberi ubat tahan sakit untuk meredakan keadaan.
Tahun demi tahun, wanita itu terpaksa menjual haiwan ternakannya dan sejumlah aset bagi mendapatkan rawatan untuk menghilangkan sakit perutnya.
Buat Imbasan Sinar X
Akhirnya, Khatun pergi ke hospital bagi menjalani imbasan sinar X dan doktor terkejut selepas mendapati terdapat sebilah gunting di dalam perut wanita itu, sekali gus mengetahui punca kesakitan yang dialaminya selama ini.
Pembedahan segera dilakukan dan gunting itu berjaya dibawa keluar dan kini, keadaan Khatun semakin pulih.
Mingguan Wanita: Kasihan sungguh. Tempoh 20 tahun bukan waktu yang sekejap untuk mengalami penderitaan sakit perut. wanita ini bernasib baik, gunting yang tertinggal tidak menyebabkan jangkitan kuman dan komplikasi yang lebih teruk. Sebaiknya pihak hospital dan doktor tidak ambil mudah atas setiap aduan pesakit.
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...