Rupanya nak buat Putu Mayam mudah, boleh guna acuan maruku. Kukus dalam 2 hingga minit, siap masak. Memang senang. Bukan apa, kuih putu mayam ni jarang dah nak jumpa orang jual. Buat sendiri puas hati makan, lebih jimat berbaloi malah terjamin kebersihannya.

Boleh cuba buat sendiri Putu Mayam Pandan seperti Nor Fatihah Nawi ini di rumah.

Sekolah anak cuti peristiwa hari ni. Sekali di ajaknya buat putu mayam pandan. Adeh.. dia ingat mumy dia pandai buat ni. Tak pe la demi anak mumy cuba. Google je la resepi. Setiap kali nak masak apa, resepi saya google try and error je. Alhamdulillah menjadi akhirnya putu mayam pandan #dapurmumynor

Saya sertakan resepi yang saya google;

PUTU MAYAM PANDAN Mudah Guna Acuan Maruku, Kukus 2,3 Minit Siap!

RESEPI PUTU MAYAM:

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah @ gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam

IKLAN

Cara Membuat:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.

PUTU MAYAM PANDAN Mudah Guna Acuan Maruku, Kukus 2,3 Minit Siap!
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.

PUTU MAYAM PANDAN Mudah Guna Acuan Maruku, Kukus 2,3 Minit Siap!8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.

IKLAN

PUTU MAYAM PANDAN Mudah Guna Acuan Maruku, Kukus 2,3 Minit Siap!

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Sagu Susu Cair Confirm Sedap, Jimat Dapat 50 Bekas, Boleh Buat Meniaga!
Baca Lagi Di Sini:Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!
Artikel Menarik:Resipi Mudah KEK PANDAN Gebu Lembut, Kisar Sebati Guna Blender Je!

IKLAN

Mingguan Wanita:Menariknya, buat putu mayam pandan ni. Puas hati bila buat sendiri, terjamin kebersihannya lebih jimat dan puas hati makan.

Sumber: Nor Fatihah Nawi

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI