Mudahnya nak buat Kek Pandan yang gebu dan lembut, adun dengan hanya menggunakan ‘blender’ sahaja. Tak perlu risau kalau tak ada ‘mixer’ atau mesin pengadun di rumah, buat kek cara macam ni pun tetap jadi.Sedapnya buat untuk minum petang, dinikmati dengan air teh atau kopi.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Sally Aqua ini sebagai rujukan.

Kek pandan gebu lembut guna blender ja cara kak.

Bahan-Bahan:

3 Biji Telur
1 Cawan Gula Castor
1 sudu esen Vanila
1 cawan Planta
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Pewarna Hijau
Perasa Pandan

Resipi Mudah KEK PANDAN Gebu Lembut, Kisar Sebati Guna Blender Je!

Cara Membuat:

1. Blend telur, gula castor dan sedikit esen vanilla. Blend sampai halus dan kembang.

2. Kemudian masukkan planta dan blend lagi sampai sebati.

3. Lepas tu masukkan dalam bekas dan masukkan tepung gandum cawan lagi. (Kak guna tepung blue key, memang kek gebu sangat puas hati), baking powder dan kacau sebati.

IKLAN

4. Masukkan sedikit pewarna hijau dan perasa pandan. Tapi kak punya kali ni terlajak tuang pewarna pulak dah macam warna incredible hulk..hihi

Resipi Mudah KEK PANDAN Gebu Lembut, Kisar Sebati Guna Blender Je!

5. Bakar selama 40 minit, suhu 140°. Kak guna air fryer saja. Kalau nak guna oven pun boleh, kukus pun boleh.

IKLAN

Resipi Mudah KEK PANDAN Gebu Lembut, Kisar Sebati Guna Blender Je!

Mesti Baca:Resipi Mudah NONA MANIS PANDAN, 1 Adunan Boleh Dapat 25-30 Biji

Baca Lagi Di Sini:Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!

IKLAN

Artikel Menarik:Cara BETUL Tanam Pandan, Guna Keratan Berakar Atau Pucuk Pangkal Pokok!

Mingguan Wanita:Mudah resipi kek pandan ni. Memang gebu dan lembut kejadiannya. Paling penting kisar halus dalam blender je, tak perlu guna mixer.Nak bakar dalam air fryer, oven atau nak kukus pun boleh.

Sumber: Sally Aqua

Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI