Sedapnya makan sagu susu cair sejuk-sejuk. Buat sendiri confirm sedap malah jimat banyak. Ikut sukatan yang dikongsikan ini boleh dapat 50 bekas, malah boleh dibuat meniaga.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Diyana Aqilah Kamarudin ini

Tengah cuti, makan-makan daging ni, sedap jugak kalau ade pencuci mulut. Meh saya share resipi sagu susu cair yang confirm sedap dan murah. Resipi ni boleh dapat lebih kurang 50 bekas 190ml tu. Anggaran kos tak lebih dari 80 sen sebekas termasuk bekas sekali. Boleh buat meniaga. InsyaAllah sedap tau.

Resipi sagu susu cair sedap nomnomnom.

Bahan-Bahan:

Air Gula
0.5kg Gula merah
(gula yang makan dengan putu mayam tu. Warna gelap. Bukan brown sugar!)
1 cawan Gula pasir
1sk Garam
1.5L Air

*Masak semuanya sehingga mendidih

Kuah susu
1 Tin Susu pekat
3 Tin krimer sejat
5 tin Air dari sukatan tin susu tadi

Tepung kastad 1/2cawan + air 1/2 cawan
2sk Garam
5 tutup Esen vanilla
*Masak sehingga mendidih, cairkan lagi jika perlu.

IKLAN

Sagu
1kg Sagu biji
2sb Sirap
2tutup Esen ros
2sb Emulco strawberry

1. Masak sagu dalam air yang mendidih.
2. Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.
3.Tapis sagu untuk buang kanji.
4. Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.
5. Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.

Sagu Susu Cair Confirm Sedap, Jimat Dapat 50 Bekas, Boleh Buat Meniaga!

Ni bekas dadih 190ml. Dah kene makan sikit. Isi air gula sampai garisan 1. Isi sagu sampai garisan 2. Isi kuah susu garisan 3. InsyaAllah, boleh dapat lebih kurang 50 bekas.

IKLAN

Selamat mencuba!

Sagu Susu Cair Confirm Sedap, Jimat Dapat 50 Bekas, Boleh Buat Meniaga!

Mesti Baca:Resipi Sagu Gula Melaka Ori Tak Bubuh Pewarna, SEDAP Makan Sejuk-Sejuk!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Sagu Gula Melaka Cantik Sebiji-Sebiji Tak Berketul, Rendam & Lalukan Air SEBELUM Tos!

Artikel Menarik:Tip Buat Sagu Gula Melaka 3 Layer Sedap, Cantik Tak Bergumpal!

Mingguan Wanita: Sedapnya Sagu Susu Cair ni, buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat jual pun boleh sangat, sukatan ni boleh dapat 50 bekas!

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI