Menarik sungguh resipi pancakes yang mudah nak disediakan ni. Tak perlu guna tepung langsung dalam adunan, hanya perlu kisar 3 bahan iaitu oats, pisang dan telur, dah boleh jadi pancakes yang sedap, lembut dan gebu malah sihat. Sesuai buat untuk sarapan pagi, bawa bekal anak sekolah. Senang sangat!

Bukan apa, bila beli oats kadang tak tau nak buat resipi apa yang sedap. Godek-godek resipi, jumpa resipi ni. Memang sedap, tekak boleh terima mesti tak menyesal bila cuba sendiri nanti. Malah resipi ni sihat, sebab tak guna tepung mahupun gula pun.

Resipi PANCAKES Sedap Paling Mudah Tak Guna Tepung, Hanya Kisar 3 Bahan!

Bahan-Bahan:

2 biji pisang
2 biji telur
1 cawan oats

*secubit l garam
*secubit serbuk kayu manis
*1 Sudu besar Mentega Kacang
* mentega

Cara Membuat:

1. Potong kecil pisang dan masukkan dalam mesin pengisar. Boleh juga lenyekkan dengan garpu.
2. Masukkan telur dan oats.

IKLAN

Resipi PANCAKES Sedap Paling Mudah Tak Guna Tepung, Hanya Kisar 3 Bahan!3. Kisar halus semua bahan-bahan tersebut.

Resipi PANCAKES Sedap Paling Mudah Tak Guna Tepung, Hanya Kisar 3 Bahan!4. Panaskan kuali ‘non stick’, oleskan dengan sedikit mentega.

5. Masukkan bahan adunan ke dalam kuali.

Resipi PANCAKES Sedap Paling Mudah Tak Guna Tepung, Hanya Kisar 3 Bahan!6. Biar sehingga masak kekuningan.

IKLAN

Resipi PANCAKES Sedap Paling Mudah Tak Guna Tepung, Hanya Kisar 3 Bahan!

Siap!

Resipi PANCAKES Sedap Paling Mudah Tak Guna Tepung, Hanya Kisar 3 Bahan!

IKLAN

Info Ektsra!

  • Masukkan garam, serbuk kayu manis dan mentega kacang adalah pilihan mengikut citarasa bagi meningkatkan rasanya.
  • Jika tiada blender, kacau rata dengan sudu pun boleh.
  • Pancakes ini sedap dinikmati dengan madu serta buah-buahan seperti strawberi, blueberi atau kekacang.

Mesti Baca:Pancake Jepun Gebu, Serius Sedap Bahan Tak Banyak Senang Nak Buat!
Baca Lagi Di Sini:Pancake 3 Bahan Ini Tak Guna Tepung Pun, Sesuai Sangat Untuk Mak-mak Tengah Berdiet
Artikel Menarik:Resipi CREPES Mudah Makan Sekeping Tak Cukup, Kacau Guna Whisk Sahaja!

Mingguan Wanita: Wah menarik sangat resipi ni, guna 3 bahan je dah boleh buat pancakes yang sedap, paling penting mudah dan tak guna tepung langsung. Sangat sihat, sesuai buat bekal untuk anak sarapan pagi.

Sumber:Meaningfuleats

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI