Puteri Sarah tulis coretan khas untuk Bella, “dulu saya sangat takut untuk melepaskan…”. Sekian lama menahan sabar, akhirnya Bella Astillah nekad dengan keputusan iaitu mengakhiri perkahwinannya dengan perceraian.
Tidak mudah membuat keputusan yang melukakan hati banyak pihak tetapi itu mungkin jalan akhir difikirkan demi menjaga hati sendiri.
Puteri Sarah Tulis Coretan Khas Untuk Bella
Di sebalik kemelut rumahtangga Bella Astillah dan Aliff Aziz yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu banyak rakan artis memberikan sokongan padu buat Bella. Antaranya Puteri Sarah Liyana yang pernah melalui kemelut rumahtangga satu ketika dahulu bersama Syamsul Yusoff.
Dan bila mana rakan baiknya diuji, dirinya berkongsi coretan pengalaman lama pernah dilaluinya ketika membuat keputusan bercerai dengan Syamsul selepas dimadukan.
“Dulu Saya Sangat Takut Untuk Melepaskan…
Menulis di insta storiesnya, Puteri Sarah mengakui tidak mudah membuat satu keputusan dalam hidup tetapi mempercayai sesuatu yang terjadi mempuyai sebab tersendiri.
“Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.
“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.
“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan di situlah kesalahan saya selama ni takut akan segalanya, tulisnya.
Ads
Jelas ibu kepada dua anak ini, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun, mempercayai apa yang terjadi adalah qada dan qadar dari Allah yang sudah tertulis.
“Kamu tahu melepaskan itu indah. Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.
“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu, titipnya lagi.
Ads
Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah semalam memaklumkan, dirinya nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk dirinya dan Aliff.
Jika sebelum ini Aliff bersetuju untuk pengesahan cerai tetapi sebaliknya pelakon ini tidak hadir ke mahkamah kerana mempunyai komitmen penggambaran.
“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar. Pada anak-anak saya selalu kata “Daddy work” dan Ayden sekolah Cina, jadi berita sebegitu tidak diketahui” kata Bella.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.
“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
Ads
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hampir 11 tahun menanti kelahiran cahayamata, ternyata selepas memiliki anak, rutin dan cara bekerja penyanyi No 1 negara Dato Sri Siti Nurhaliza, 40 ini turut berubah. Memandangkan Siti Aafiyah juga masih kecil baru berusia 11 bulan, menyusu badan dan memerlukan tumpuan serta kasih sayang sepenuhnya.
Perkara ini turut diakui oleh Pengurus Peribadi kepada Dato Sri Siti Nurhaliza sendiri, Rozi Abdul Razakdi laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini dalam kerjayanya. Lebih-lebih lagi ketika mengadakan konsert besar yang berlangsung di Indonesia dan Singapura baru-baru ini.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
Selaku pihak pengurusan, setiap jadual kerja penyanyi ini, diatur dan diseimbangkan dengan baik untuk tuntutan kerjaya dan keluarga, agar perjalanan seni penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar dan sempurna.
Berikut antara catatan perkongsian oleh Rozi Abdul Razak sendiri;
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau. Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk.”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati (walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu”.
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha”.
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”
MW: Setuju sangat tindakan Tok ti ini. Walaupun bergelar ibu, keseimbangan antara keluarga dan kerjaya perlu bergerak seiring.Patutlah penyanyi ini boleh berjaya, dan perjalanan kerjayanya dipermudahkan.
Shuhada tidak bersalah. Pelbagai dugaan yang melanda diri isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Terbaru dia mengesahkan tidak bersalah atas dakwaan suaminya bahawa dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Shuhada berasa sangat bersyukur apabila siasatan polis terhadap kes itu selesai.
“Hasbunallah wanikmal wakeel 🤍🥹🤲🏻 Shu tahu, nikmat di depan ni manis sangat sangat Allahuakbar, sama sama nanti senyum dengan Shu ye 😘🤍” itulah antara bait ayat yang dikongsikan oleh Shuhada untuk tatapan pengikutnya di laman sosial.
Shuhada Tidak Bersalah
Malah dia juga menyatakan rasa kesyukuran dek keran siasatan polis terhadap perkara itu sudah selesai dan tidak ada sebarang pertuduhan terhadapnya.
Perkara itu juga membuktikan segala tuduhan Hafidz terhadapnya adalah tidak benar.
“Alhamdulilah. Siasatan dah selesai. Tak ada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan tujuannya hendak polis ambil tindakan dan tangkap.
“Bila tak ada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tak jaga baik-baik (kandungan) dan konon-konon sengaja adalah tak betul dan tak tepat.
“Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya? Saya ni dah sampai tahap reda saja.
“Tak apa. Ada laporan doktor yang saya keguguran akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan saya alami tekanan. Biar bukti yang sokong saya dan bukan skrip yang dia reka,” tulis Shuhada.
Hafiz Buat Laporan
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima dua laporan daripada Hafidz berhubung dakwaan keguguran kandunganShuhada pada April lalu.
Hafidz membuat laporan pada 17 April dan 6 Mei lalu dan mendakwa menerima mesej WhatsApp daripada Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.
Shuhada Punya Bukti Kukuh
Shuhada pula mendakwa dia mempunyai bukti kukuh iaitu laporan doktor yang mengesahkan keguguran yang dialaminya itu disebabkan oleh tekanan.
Seperti yang diketahui ramai sebelum ini, Hafidz Shuhada hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk sebutan pengesahan lafaz cerai tetapi ia ditangguhkan ke 20 Jun depan.
Zizan Razak hadiahkan Mercedes Benz GLC300 buat ibu tercinta, penuhi kereta impian sejak lama. Direzekikan kemewahan membuatkan Zizan Razak menunaikan impian ibu dikasihinya apabila menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300.
Dalam satu perkongsian video yang dimuatnaik di Tik Tok, abang Zizan @hafizarazak berkongsi momen manis ini.
Zizan Razak Hadiahkan Mercedes Benz GLC300 Buat Ibu Tercinta
Jelas abangnya, ibu mereka sudah lama memasang impian untuk memiliki kereta mewa tersebut. Dan mereka membuat kejutan kepada ibuanda tercinta yang sama sekali tidak menyangka akan memiliki kenderaan mewah tersebut.
Dapat dilihat dalam video ini, kedua beradik ini berpura-pura kononnya mahu melihat kereta di galeri showroom sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Ibunya sempat melihat kawasan sekitar dan merakam video kereta-kereta mewah tersebut. Dirinya sama sekali tidak menyangka kereta dibalut kain hitam siap reben merah yang dirakam adalah milik dirinya sendiri.
Dalam video berkenaan, Abang Zizan iaitu Hafiza berterima kasih kepada adiknya yang telah banyak berkorban dan berbakti untuk keluarga.
Dia mengharap adiknya itu juga akan menerima kejutan yang ditunggu-tunggu suatu hari nanti. Moga ada jodoh buat Zizan satu hari nanti.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.