Seaweed iaitu rumpai laut juga rupanya boleh dijadikan ‘kerepek’ atau jajan kudapan yang sangat sedap.Malah tengah viral ‘kerepek’ popia Seaweed ni, sebab hanya guna 3 bahan sahaja malah sangat senang nak buat. Boleh buat untuk makan sendiri di rumah atau di buat jual.

Ini resipi Popia Seaweed daripada Puan Airina Ainy sebagai rujukan;

Geng tak boleh rentas daerah masukkkk !! Kerepek terlajak sedap dan senang nak buat. Popia Seaweed

Bahan-Bahan:

Kulit popia
Seaweed (Perisa Klasik) Boleh beli di kedai 99 Speedmart
Telur

Popia Seaweed 3 Bahan, Kerepek Terlajak Sedap Senang Nak Buat!

Cara Membuat:

1.Sapu telur seluruh permukaan kulit popia. Lipat kulit popia lapis seaweed. Seaweed tu potong 2 ya.

Popia Seaweed 3 Bahan, Kerepek Terlajak Sedap Senang Nak Buat!

2. Dah siap lipat. Lepas tu gunting kecil-kecil. Ikut nak saiz macam mana. Potong kecik-kecik lagi syiok mengunyah kan.

Popia Seaweed 3 Bahan, Kerepek Terlajak Sedap Senang Nak Buat!

3. Lepas goreng popia seaweed tabur perasa pasti sedap. Ni jangan tabur banyak-banyak cukup buat rasa-rasa je. Tapi kalau tak nak tabur perasa pun boleh. Popia seaweed dah ada rasa dia. Sedap jugak.

Popia Seaweed 3 Bahan, Kerepek Terlajak Sedap Senang Nak Buat!

Cuba la. Shedappp !!!

Info Ekstra!

  • Jika tak boleh makan telur, boleh ganti dengan bancuhan tepung gandum.
  • Seaweed untuk sushi pun boleh guna juga. Tapi yang tu rasa dia tawar. Kena letak perasa baru sedap. Kalau yang jenis dalam gambar ni dia memang dah ada rasa. Tak letak perasa pun dah sedap.
  • Goreng sekejap je. Nampak dah perang sikit boleh angkat .

Baca Lagi Di Sini: “Rempeyek Ekspres” Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis

MW: Mudah je nak buat Popia Seaweed ni, guna 3 bahan je. Memang sedap, sesuai buat kudapan sambil tengok tv nanti.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI