Bila masak, ada masanya mak-mak tak sedar guna cili yang berlebihan sehingga rasa pedas dalam masakan. Malah, tak semua orang suka makan pedas. Kita yang dewasa pun tak menahan, apatah lagi anak-anak. Mahunya terus tak disentuh makanan.
Ada juga yang tak ada selera bila tak rasa pedas masakan. Katanya, barulah ada ‘kick’ dan menambah selera. Kadang-kadang, kita tak perasan jenis cili yang dipakai juga mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Jadi, agar sukar untuk mak-mak mengagak kuantiti cili yang perlu dimasukkan dalam masakan.
Ada beberapa petua dan bahan yang boleh ditambah pada masakan untuk mengatasi rasa ‘terlajak’ pedas ini.
Berikut adalah beberapa cara untuk kurangkan pedas dalam masakan anda.
1. GULA / MADU
Rasa pedas dapat dikurangkan dengan mengimbangi semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.
2. LEMON / CUKA / ASAM JAWA
Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon. Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk.
Ads
3. KENTANG
Selain sering digunakan dalam masakan bagi meneutralkan rasa masakan dari terlalu masin, kentang juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedas.
Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan.
4. TAMBAH SANTAN / SUSU
Petua lain bagi mengurangkan tahap pedas dalam masakan ialah dengan menambah produk tenusu seperti susu, yoghurt atau keju bergantung dengan kesesuaian masakan.
Boleh juga gunakan santan sebagai alternatif pengganti bahan tenusu. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.
5. HIRISAN BAWANG BESAR
Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas. Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda. Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal. Cubalah!
Ads
6. TOMATO
Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada. Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.
Bergantung pada jenis masakan, kalau masak sambal, blend kan tomato bersama cili dan tumis macam biasa. Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau pes tomato. Rasa tomato yang masam-masam akan mengimbangi rasa pedas yang melampau, malah menjadikannya lebih sedap.
7. MENTEGA KACANG
Cara kurangkan pedas yang satu ini mungkin kedengaran macam kelakar dan pelik. Tapi, ada yang berpendapat kandungan lemak semulajadi dalam kacang dapat menyerap lebihan rasa pedas di samping meyerlahkan lagi rasa masakan.
Untuk gunakan mentega kacang, panaskan dahulu supaya lebih lembut dan mudah sebati dalam masakan. Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.
8. LEBIHKAN SAYURAN
Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis. Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa.
9. PILIH CILI BERKEDUT & KERINTING
Ads
Lain kali, kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi jika dilihat betul-betul ada berbagai rupa bentuk mengikut jenis dan tahap kepedasannya.
Jadi gunakan cili kering jenis berkedut dan berkerinting. Cili kering jenis ini sangat sesuai untuk masak lauk seperti sambal goreng dan sambal tumis. Pedasnya pun masih terkawal, boleh dikatakan ‘pedas-pedas manja’ saja.
Kalau nak buangkan lagi pedasnya, buangkan semua biji cili dan rebus sekejap cili kering dengan air panas. Lepas itu, barulah kisar macam biasa.
Mingguan Wanita : Kalau rasa terlebih pedas dan bimbang anak-anak tak makan, boleh guna petua ini. Moga bermanfaat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Setiap kali raya raya korban, selain daging dan tulang-tulang, bahagian yang turut menjadi ‘rebutan’ adalah perut lembu. Namun nak bersihkan nya bukan mudah, kena tau caranya. Barulah jadi putih bersih dan sesuai untuk dimasak nanti. Perut lembu rebus cicah air asam atau masak lemak cili padi, fuhh memang sedap terangkat!.
Boleh ikut cara bersihkan perut lembu dan resipi Perut Lembu Rebus Air Asam yang dikongsikan oleh Puan Zarini Jaafar ini sebagai rujukan;
Perut lembu ni ramai yang tak nak setiap kali korban. Yelah warna hitam bau busuk cam tu kan. Ada cara dia nak bersihkan perut ni bagi bersih.
Cara saya bersihkan perut ni sangat mudah. Guna kapur makan, campur ke dalam air dan rendam perut sekejap.
Angkat nak berus dengan pisau macam dalam video ni.
Perut lembu (dibersihkan & direbus)
Serai
Lada Hitam
Bawang Merah
Cili Merah
tomato
Air Asam Jawa
Gula
Cara Membuat:
Potong kecil perut yang dah dibersihkan.Rebus letak serai, lada hitam dan bawang merah. Rebus lama-lama sampai lembut.
2. Kemudian hiriskan bawang merah, lada, tomato, air asam jawa, gula. Hiris dan Gaul semua.
3.Taraaaa jadi macam ni. Nak cicah pun boleh.
4.Nak gaul perut terus macam ni pun boleh. Letak bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika dapat perutlembut korban tu, boleh bersihkan ikut cara yang dikongsikan ni.Sedapnya, boleh buat Perut rebus air asam atau masak lemak cili padi pun boleh.
Memang lebih cantik malah menjimatkan kos apabila ‘tutup’ dinding di porch kereta menggunakan ‘Shera Plank’ ini. Bukan apa kebiasaannya apabila beli rumah teres, konsep dindingnya terbuka, kurang privasi dan boleh nampak rumah jiran.Kalau nak tutup terpaksa keluarkan kos sendiri dan memang mahal jika nak letak bata merah.
Sebenarnya kalau nak jimat boleh guna shera plank. Nampak lebih kemas dan cantik hasilnya. Seperti rekaan rumah di luar negara.
Boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Cik Puan Pae Faez ini. Boleh pasang sendiri je, seminggu siap dan kos pula dalam RM1,000 sahaja.
Projek gigih seminggu. Ni kami buat dekat homestay. Nak naik batu makan modal.So kita tutup pakai shera je senang.Cantik pun cantik.
Pastu terus datang idea nak buat ala-ala pagar macam kat oversea tu. Order lagi sheradan terus buat design pagar tu. Siap boleh cover sampai kolam!
Taraaa alhamdulillah walaupun homestay, tapi kami nak bagi guest yang menginap puas hati.
Total shera plank dalam 37 keping.Kos dalam 1k
Masa siap dekat 5 hari.Husband buat sorang.
Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan merah cantik!.Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, pucat, tak segar dan kurang berair.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Musyahadah Oo jika nak nak beli buah tembikai ini. Ilmu pilih buah tembikai ini diajar oleh Penanam Tembikai sendiri.
Semalam saya pergi Econsave beli tembikai. Lepastu saya nampak uncle Cina pilih-pilih. Saya perhatikan dia berpusing-pusing memilih tembikai semua tak kena. Saya pun bertanya kepoh;
“Uncle apasal uncle pilih-pilih sikua (tembikai) semua tak kena?” sambil campur cakap cina lah saya.
Uncle pun jawab “Amoy…mai saya ajar, ni no1 ‘belalai kerinting’ menandakan buah pertama. Manakala no2 ni buah kedua dan yang lurus ni no3 menandakan buah seterusnya.
Kalau you ah nak manis ambil buah no 1 merah cantik, ok. Lagi ah, kalau nak tau kulit tu tebal dan nipis tengok biku (bontot) dia. Kalau lubang besar macam ni ah kulit tebal. Kalau lubang tu kecil tanda kulit nipis ah.
Ok you mau mana? Saya pun jawab nak yang manis, uncle!!
Ok dia suruh saya pilih bagi can cari tembikai belalai kerinting.Dapatlah.
Uncle pun senyum, saya macam budak baru belajar. Uncle pun berlalu saya ucap, “xie xie ni uncle”.
Dalam hati ada betulkah uncle nih? Dia kata ia penanam tembikai.
Hahhh…ni sebelum potong saya cerita suami untuk membuktikan tembikai yang saya beli MANIS merah tapi kulit agak tebal sebab saya pilih lubang bawah besar .
Jeng jeng jeng jeeng, bila potong. Eeeh betullah, manis merah cantik memang kulit tebal sikit.
Ilmu ya, boleh kita dapat di mana-mana jangan malu bertanya.
Sekadar perkongsian. Siap snap gambar di econsave sebab nak buktikan suami dan anak kata fresh, manis betul.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...