Rupanya bil guna kapas dan kain buruk bagi menggantikan ‘Cocopeat’ ia lebih mudah sebab tak kotorkan tangan malah tanaman kekal lembap dan elok subur!
Bukan apa, bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik yang menggunakan air. Namun demikian, jika gunakan kaedah ini selalunya turut menggunakan cocopeat atau sabut kelapa/habuk kayu yang boleh menyebabkan tangan jadi kotor dang habis berhabuk.
Ikut cara ni lebih mudah, jimat kos malah mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Kapas untuk menanam benih ia takkan terlalu lembab sebab dia kedudukan bahagian atas.
Kain buruk adalah serapan air untuk sentiasa basah bagi mengenakan bahagian atas iaitu kapas dan kapas tak kan kering. Kalau letak kapas saje ia akan terlalu padat serapan takkan sampai ke permukaan itu la teori aku sendiri, yang penting berhasil.
Guna Baja AB 40ml+40ml untuk 1 liter air lebih pun tak pe.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang bercucuk tanam guna kaedah Hidroponik boleh lah cuba guna kapas dan kain buruk untuk mengekalkan kelembapan tanaman dan tak kotor berbanding gunakan cocopit (habuk kayu). Malah lebih jimat!
Adat menyewa rumah, nama pun rumah orang janganlah buat sesuka hati seolah-olah rumah itu milik kita sendiri.
Bayangkan kita di tempat tuan rumah, apa perasaan mak ayah jika diperlakukan sedemikian rupa. Lakukan renovasi sesuka hati atau lebih teruk abaikan rumah hingga berlaku kerosakan di sana, sini.
Kongsi Nurul Haslinda, ini beberapa adat atau adab menyewa rumah yang perlu penyewa titik beratkan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.
1. Jangan membuat renovation suka-suka hati pada rumah yang disewa tanpa kebenaran tuan rumah.
2. Jika nak buat dan mendapat kebenaran tuan rumah maka buat yang tuan rumah tahu dan benarkan. Jangan lebih-lebih.
3. Kos jika kata nak tanggung dan urus sendiri, teruskan jangan bebankan tuan rumah kerana rumah yang tuan rumah sewakan itu sudah dipastikan elok dan selamat. Rasa nak duduk rumah ala-ala kayangan beli rumah sendiri dan buatlah suka hati.
4. Jangan pandai-pandai ubah sendiri. Bila ubah kos tinggi mula meminta-minta pada tuan rumah untuk tanggung. Padahal sendiri pandai-pandai konon nak selesa. Sedangkan rumah tu sudah selesa setakat kena cuci sikit saja. Adatlah masuk rumah sewa. 5. Jangan ingat orang yang ada rumah sewa ini kaya raya ya. Buat rumah sewa pun hendak tampung juga hutang-hutang yang ada.
6. Jangan berkira dengan tuan rumah setakat rosak sikit-sikit itu , cubalah baiki sendiri. Jangan sikit-sikit panggil tuan rumah hendak baiki semua walaupun kerosakan itu penyewa yang puncanya. Berkira hendak keluarkan duit tapi nak sewa murah. Tak bersyukur.
7. Lagi satu setakat ada masalah sikit-sikit itu, jika ada suami atau jiran, mintalah tolong mereka dan jangan susahkan tuan rumah ya. Pandai-pandailah selesaikan sendiri.
Mana tahu tuan rumah berada jauh mungkin di luar kawasan atau baru hendak makan dekat restoran yang mahal ke… Tak pasal-pasal kena tinggalkan sebab hendak selesaikan urusan penyewa yang menangis bagai nak rak.
Pengalaman sendiri, bila sampai di rumah sewa.. Tengok masalah tak besar mana pun padahal boleh saja selesaikan sendiri. Saja hendak mengacau.
8. Apa pun bila tuan rumah sudah baik dan bertolak ansur jangan pijak kepala dan ambil kesempatan. Orang sudah bagi sewa berbaloi patutnya bersyukur. Dan saling bertolak ansur. Jangan berkira dan kedekut.
9. Jaga rumah dan semua alatan rumah yang disediakan dengan baik. Kerana sebelum diberi sewa tuan rumah dah periksa siap-siap supaya tiada masalah lagi. Jadilah seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
10. Jangan melampau-lampau ubahsuai atau ‘claim’ pada tuan rumah. Bertimbangrasa sikit. Mana tahu memang tuan rumah tengah dalam kesusahan ke hendak pakai duit untuk perubatan dan sebagainya. Guna otak dan prihatin sikit.
Semoga menjadi penyewa yang bersyukur dan bertimbang rasa.
Mingguan Wanita : Paling penting jika menyewa rumah orang, janganlah jadikan rumah orang macam rumah sendiri. Bertolak ansur dan berbincanglah elok-elok dengan tuan rumah, jangan buat sesuka hati.
Tak dinafikan dalam keterujaan berkongsi apa juga petua atau tip, perlu fikirkan kesan dan relevannya, kerana takut mungkin ia boleh mengundang mudarat pula. Sebagai contoh, ubat seperti panadol adalah untuk kegunaan manusia dan ia bukanlah untuk kesegeran sayur-sayuran mahupun tumbuh-tumbuhan.
Petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain. Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja.
Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan.
Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol atau Uphamol. Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.
Tahukah anda PARACETAMOL BOLEH MENDATANGKAN MUDARAT SEKIRANYA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BERLEBIHAN.
Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan PENYAKIT PADA HATI.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.
Simpan semua ubat-ubatan anda jauh daripada cahaya dan kelembapan dan jangan simpan di dalam bilik air.
Daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun limau diletakkan dalam peti sejuk, semua daun dan batang ini akan layu kering dan busuk.
Maka terpaksa dibuang ke tong sampah meskipun belum habis digunakan. Membazirkan kan?
Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.
Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak dipintu peti sejuk. Dapatlah feel rasa macam ala-ala Cameron Highlands.
Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan 1-2 minggu. Cubalah..ini yang saya amalkan.
Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan 1 atau 2, malah boleh bertahan sampai 3 bulan. Akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contoh daun limau.
Daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.
Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.
Sumber 2: Pengguna TikTok @farahiylia.
Sekian, kongsikan ilmu dapur ini kepada yang tersayang.
Mingguan Wanita :Jadi perlu ingat iya, kegunaan panadol bukan untuk kesegaran tumbuhan. Jika sesuatu petua atau tip yang ingin dikongsikan itu boleh beri mudarat seeloknya tak perlu kongsikan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Ada mak-mak yang anggap buat telur masin agak susah dan kalau tak kena caranya memang tak akan jadi. Nak tak nak, cara terbaik beli sajalah.
Malah, jangan ingan buat telur masin hanya menggunakan telur itik semata-mat, barulah jadi. Tapi, sebenarnya bolh juga guna telur ayam biasa dan rasanya tetap tidak jauh beza.
Macam mana nak buat telur masin di rumah. Maklum sajalah, telur masin ini boleh jadi salah satu hidangan penambah selesa bila makan dengan nasi. Nak-nak kalau makan nasi kerabu, inilah salah satu lauknya.
Kali ini, Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria anak ajar cara udah buat telur masin di rumah. Boleh cuba cara beliau ini.
“Jom, saya ajar cara buat telur masih yang paling mudah. Seronok. Ibu saya sudah lama ajar cara nak buatnya. Cuma, kali ini baru saya mencuba.”
Caranya:
1. Mula-mula, masak air panas sehingga mendidih dan masukkan garam bagi rasa betul-betul masin. Tutup api.
2. Biarkan air tadi sejuk.
3. Apabila sudah sejuk (air dalam suhu bilik, barulah tuang air itu ke dalam bekas bersama telur itik yang sudah siap dibasuh bersih dan dilap kering.
4. Pastikan paras air menutupi telur itik.
5. Tutup bekas dan simpan dalam suhu bilik.
6. Selepas 10 hari, cuba rebus sebiji, dan rasa dah masin ke belum.
7. Tanda telur masin menjadi bila telur kuning akan menjadi oren dan sudah rasa masin. Ini hasil direbus dan rasa selepas 3 minggu.
8. Kalau nak sedap, bolehlah buang air masin tadi, basuh telur dan simpan dalam peti sejuk.
p/s: Boleh juga guna telur ayam.
Buat Telur Masin Versi Puan Fatimah Hasan
1 kg garam untuk 50 biji telur itik,
Masak garam bersama air
Kacau smpai garam larut garam (mungkin ada sesetengah garam tak larut”. Bila air garam dah sejuk, barulah masukkan telur yang dibasuh dan dilap kering. Selepas 10 hari baru boleh rebus.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Dek kerana minat seni batik, Nur Shakilah Abd. Kadir, 25, memilih jalan berbeza apabila sanggup meninggalkan bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan demi mengangkat seni warisan ini.