Bila sakit tekak mesti akan disusuli dengan batuk. Nak legakan batuk bukannya ambil masa sehari dua, kadang-kadang berlarutan sampai seminggu dua.

Memang perit dan ada juga mak-mak sampai ‘terkucil’ bila batuk. Ini belum lagi tidur malam yang sentiasa terganggu dek batuk yang tak henti-henti.

Jalan mudah dengan mengambil ubatan untuk legakan batuk. Tapi, ia kadang-kadang tidak membantu sangat, habis berbotol-botol ubat batuk pun belum tentu sembuh.

Bagi yang tak suka ambil ubat-ubatan untuk legakan batuk, boleh guna petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf. Cuma guna bahan di dapur saja. Cubalah salah satu petua di bawah ini, mungkin ia boleh membantu mengurangkan masalah batul yang anda alami.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Orang Dulu, ELAK Demam, Selesema, BATUK Berjangkit Satu Rumah Guna BAWANG MERAH

Bawang Holland & Madu, Petua Alternatif Legakan Batuk Mudah Keluarkan Kahak

Info Lebih Menarik DI SINI

Legakan Batuk Dengan Bahan Di Dapur

Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita rasa tak selesa kan. Banyak petua untuk redakan batuk nie.

Sekarang nie kalau sakit tekak je mesti buat terus salah satu petua yang ada nie. Ada 8 petua yang boleh cuba mana yang sesuai dan boleh amalkan.

IKLAN
1. Air asam jawa

Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.
Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati. Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.

2. Hilangkan batuk dengan madu

Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima. Hilangkan gatal tekak dengan campurkan madu dan air
Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja. Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.

Petua Legakan BATUK Tanpa Perlu Ambil Ubatan, Guna Bahan Dapur Sudah Membantu!

3. Jus Lemon

Ia sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.
Caranya, potong dua sebiji lemon. Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam. Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.
Minum dan nikmatilah kelegaan tekak. Tekak yang gatal juga akan rasa lega.

4. Air garam

Caranya, tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati. Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.

IKLAN

Petua Legakan BATUK Tanpa Perlu Ambil Ubatan, Guna Bahan Dapur Sudah Membantu!

5. Limau nipis

Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua. Perahkan dalam air suam dan minum.

6. Limau nipis dan kicap

Salah satu petua menghilangkan batuk yang lain ialah dengan menggunakan limau nipis.Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua. Ambil juga sesudu kicap. Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.

Petua Legakan BATUK Tanpa Perlu Ambil Ubatan, Guna Bahan Dapur Sudah Membantu!

7. Kunyit

Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit. Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi. Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.

IKLAN

Petua Legakan BATUK Tanpa Perlu Ambil Ubatan, Guna Bahan Dapur Sudah Membantu!

8. Air suam

Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.
Biasanya kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

Mingguan Wanita : Mungkin salah satu cara di atas ini sesuai dengan kita. Amalkan, moga ia membantu.

Sumber: Leha Yusuf

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI