Peritnya bila batuk. Sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, mak-mak boleh cuba petua alternatif untuk legakan batuk dan mudah keluarkan kahak ini. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur iaitu bawang holland dan madu asli.

Berikut perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar sebagai rujukan;

“Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.”

“Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.”

“Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.”

Bahan-Bahan Diperlukan:

Bawang Holland
Madu

Caranya ialah:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.

IKLAN

2. Leraikan ulas bawang tersebut.

3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

IKLAN

6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.

7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.

IKLAN

Bawang Holland & Madu, Petua Alternatif Legakan Batuk Mudah Keluarkan Kahak

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Cara Mudah & Berkesan Rawat Demam Selsema, Batuk, Sakit Tekak Dengan Air Garam!
Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam mengeluarkan kahak sekaligus merawat dan melegakan batuk dengan cara semulajadi. Namun apa-apa pun, jika gejala batuk berterusan disusuli, selesema dan demam, seeloknya lakukan pemeriksaan segera di pusat kesihatan klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI