hilangkan-bau-kambing

Wanita ini, Ameera berkongsi petua hilangkan bau kambing yang ada pada daging kambing. Sebab bukan semua orang tahan baunya.

Elok-elok nak makan daging kambing, boleh hilang mood disebabkan bau kambing yang kuat. Sesetengah orang memang tiada masalah. Bagi yang ada masalah semacam itu, boleh cuba petua hilangkan bau kambing ini ya.

Kongsinya,

Tips dan petua untuk menghilangkan bau kambing dan lemak lemak kambing.

Siapa yang suka makan kambing tapi tak suka bau kambing bolehlah cuba tips ini.
Pasti menjadi.
Hilang terus bau kambing dari radar.
Ini cara caranya di setiap gambar.
Selamat mencuba korang.

Petua Hilangkan Bau Kambing

Basuhkan daging kambing kita bersih bersih.

Kemudian masukkan tepung gandum dalam 2 senduk. Fungsi memasukkan tepung gandum ini bertujuan untuk membuang minyak dan lemak lemak kambing.

Letak air dan biarkan selama 15 minit. Biarkan mereka beramah mesra dalam tu. Jangan usik ok! Sini rancak, sana rancak, berdosa.

IKLAN

Baca sini : Wanita ini kongsi resepi lengkap perapan daging sedap sos lada hitam pedas berkrim viral

Selepas 15 minit tadi, ramaskan lagi kambing kita. Umpama kau geram dengan orang yang suka sindir dan perli kau. Lepaskan je pada kambing. Tak dosa.

Debabnya tapak tangan orang tu.

Selepas ramas boleh basuh bersih bersih semula.

IKLAN

Sah tangan lelaki.

Kemudian ambil limau nipis 3 biji dan perahkan kedalamnya. Tujuannya untuk menghilangkan bau kambing ngembek ngembek.

Biarkan selama 5 minit sahaja. Jangan usik!

Dan selepas itu boleh buangkan air tadi dan cuci bersih semula. Limau tadi sila buang, jangan simpan!

IKLAN

Masa ni bau dia wangi sangat.

Ok siap dah pembersihan daging kambing kita. Tidak berbau kambing dah

Selamat mencuba ye.

Dah boleh masak apa resipi yang korang suka.
Ibu buat sup kambing.
Tak percaya hilang bau boleh la cuba.

Yihaaaa. Sup kambing 1 siap. Tiber

Sumber/Foto : Ameera

Cari DAGING KAMBING online di sini : https://invol.co/cl9rwpv