Perkongsian talkin luar biasa menusuk terus ke jiwa, kasih seorang anak buat arwah ayah dikasihi. Bagi yang biasa mengantar jenazah ke tanah perkuburan, pasti sudah terbiasa dengan bacaan talkin.

Ia dibacakan bukan untuk pendengaran jenazah sebaliknya adalah bagi ingatan kepada yang masih hidup.

Antara bacaan yang biasa dengar jika diterjemahkan ke dalam rumi, ianya berbunyi seperti berikut. 

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam.
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati.
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa.

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum.
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah.
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah.
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu.
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut.
Janganlah kamu berdukacita dan risau.
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Serta lain-lain lagi.

Perkongsian Talkin Luar Biasa Menusuk Terus Ke Jiwa

Namun satu perkongsian dari  Ustaz Hazuan Hazmi cukup menusuk terus ke jiwa. Ini kerana bacaan talkinnya lain dari kebiasaan di mana dirinya berkongsi kebaikan arwah bapa serta pengalamannya mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Pemergian arwah bapanya yang husnul khatimah di mana meninggal pada pagi Jumaat minggu lalu turut dikongsikannya kerana semasa hidup arwah bapanya banyak membuat kebaikan hingga jenazahnya dimuliakan.

Dari seorang yang terlantar sakit namun pada malam hendak meninggal seolah sudah tahu ajalnya semakin mendekat, arwah bapanya  memaklumkan bahawa dirinya ingin tidur. Sesuatu yang jarang diungkapkan oleh bapanya semasa masih ada hayat.

IKLAN
@hazuanhazmi #TalqinKematianAbah #UstazHazuanHazmi ♬ original sound – Hazuan Hazmi

@hazuanhazmi #TalqinKematianAbah #UstazHazuanHazmi #PartAkhir ♬ original sound – Hazuan Hazmi

Tepat jam 12 tengah malam, katanya, “abang, abah nak tidur. Saya tengok dia yang siangnya tidak boleh bercakap tapi malamnya Allah beri kekuatan untuk bercakap.

Kasih Seorang Anak Buat Arwah Ayah Dikasihi

“Tuan-tuan yang dikasihi sekalian, sebelum abah saya lelapkan mata, saya katakan kepadanya.

“Sebelum abah tidur, abah ikut apa yang abang katakana. Abah sebut apa yang abang sebut. Abah sebut Allah, sebut Lailahaillah, serta mengucap dua kalimah syahadah. Abah sebut sama-sama dengan saya di mana bersaksikannya.

“Allah dah uji abah tiga tahun. Ketika hidup tak menyusahkan orang lain, tak pernah sama sekali. Talkin yang dibaca bukan untuk abah kerana tak bermanfaat tapi untuk kita. Percayalah tuan puan, sayang bagaimana dengan anak pun diri mereka tak akan tinggal bermalam bersama kita. Semua akan tinggalkan kita.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Suami Pergi Selepas Sambut Hari Jadi. ‘Abang, Doakan Ayang Kuat Galas Tanggungjawab.’

IKLAN

‘Akui Cuai, Abaikan Carseat, Tali Pinggang.’ Ibu Ini Syukur Suami, Anak Selamat

“Semasa Hayat, Bibir Tak Lekang Berzikir, Tasbih Dan SEDEKAH…” Pemergian MAK Yang Dicemburui

4 Kali Czer Pun Sangat Berisiko Apatah 8, Pakar Perunding O&G Ulas Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali

Faezah Elai Ingatkan Diri Sendiri, Jaga Anak-Anak Tiri Buatlah Dengan Ikhlas, Tanpa Mengharapkan Apa-Apa

Bahkan dirinya turut membawakan cerita kisah di zaman Nabi di mana ia pasti memberi kesan menusuk terus ke jiwa.

Ternyata bacaan talkin begini memberikan kesan mendalam di mana seramai 1.7 juta orang telah menonton videonya dan berkata ianya sangat menginsafkan.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI