Perbuatan keji bapa tiri terbalas, berdepan hukuman penjara maksimum 830 tahun atas 32 tuduhan jenayah seksual.
Pasti ramai masih meningati rayuan seorang ibu, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, yang meminta anak perempuannya Aliah Qistina Budiyanto, 16, yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Maju di sini sejak 17 Mac lalu agar pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Perbuatan Keji Bapa Tiri Terbalas
Di sebalik kes yang mendapat liputan media ini kerana membantu mencari anak perempuannya, ia membongkar satu sisi lain selepas anaknya ditemui di mana dirinya menjadi mangsa jenayah seksual bapa tiri dan hal ini diketahui oleh ibunya.
Nauzubillahminzalik. Semalam, di mahkamah Seksyen, lelaki yang menghadapi pertuduhan jenayah seksual ini telah dihadapkan di mahkamah atas perbuatan jeliknya dan segalanya terbalas di sini.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan menggunakan objek bagi tujuan seksual terhadap anak tirinya sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu fakta lengkap hukuman.
Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 830 Tahun Atas 32 Tuduhan Jenayah Seksual
Tertuduh yang berdepan hukuman sebatan serta penjara maksimum 830 tahun bagi kesemua pertuduhan tidak dibenarkan diikat jamin bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadirannnya di mahkamah.
Dalam kedua-dua prosiding, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar kelas renang mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Ads
Tertuduh turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 lalu di sebuah rumah di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari.
Sepanjang prosiding, tertuduh yang berambut panjang hanya tunduk dan mengaku bersalah bagi semua pertuduhan serta tidak mengemukakan sebarang rayuan hukuman ringan.
Dalam pada itu Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan manakala Seksyen 376 (2) pula penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.
Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Ads
Bagi setiap kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun KK boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sinar Harian pada 9 April lalu menyiarkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan.
Pasangan itu ditahan polis setiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang membuat laporan menjadi mangsa rogol bapa tirinya itu.
Ibu mangsa yang merupakan isteri suspek turut ditahan kerana dipercayai mengetahui perbuatan suaminya.
Wanita warga emas ditahan simbah asid pada suami isteri, angkara dengki kedai makan laris. Entah apa yang bermain di fikiran seorang wanita warga emas apabila bertindak kejam menyimbah asid pada suami isteri dan anak mereka yang memasuk lif baru ini.
Akibat dendam, dengki atau ada hal yang tidak puas hati membuatkan dirinya nekad dengan tindakannya tersebut. Malangnya perbuatan itu berjaya dikesan pihak berkuasa dan dirinya berjaya ditahan petang semalam.
Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri
Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.
“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan.
Seminggu sebelum kejadian simbah asid, kedai mereka dibakar
Angkara Dengki Kedai Makan Laris
Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang awam berhenti menyalahkan golongan tabligh dalam soal penularan wabak Coronavirus Covid-19.
“Jemaah tabligh adalah orang yang taat dengan arahan, mungkin sebilangannya tidak mendapat maklumat yang tepat.”
Dan salah seorang petugas Barisan Hadapan ini, Zulaikha Zakiberkongsi sekeping surat yang diberikan oleh pesakitnya dari kalangan jemaah tabligh.
Surat itu.. diam-diam diselit celah kertas dekat kaunter wad, kerana tidak mahu memberi kesusahan pada para petugas yang diibaratkan sedang berada di medan perang.
Tersentuh hati frontliner ini sebaik membaca isi kandungannya, ada doa dikirimkan untuk frontliners ini baca sepanjang berada di medan perjuangan.
Kongsinya, “Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan tak ada bagitahu sape-sape pon. Maybe dia tahu dia tak leh sentuh or bagi kami ape-ape, barang even kertas.
Terharu….
Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang semua behave. Sangat dengar kata. Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu.” luahnya dengan hati luluh.
Isi Kandungan Surat Pesakit Jemaah Tabligh
“Assalammualaikum, Semua pejuang-pejuang yang kami kasih dan sayangi sentiasa. Kami akan ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami, selama kami berada di wad 26/tingkat 5.
Selamanya anda semua (pejuang-pejuang) layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang-pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua.
Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan, tapi anda tetap bagi senyuman kat kami.
Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami, (kami tahu anda sembunyikan rasa letih dan risau anda) Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul
Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiah, dimudahkan segala urusan. Begitu juga buat family anda semua.. Allahumma Aamiin.”
Amalan Yang Ulama Share Kat Kita
√ Baca surah taghabun sampai habis ( Ayat 1-18 serta makna ) √ ( Surah 64/juz 28 ) Setiap pagi – kalau sibuk cari masa free / sebaiknya pagi.
Mula :
√ Baca selawat 3x √ Al Fatihah 3x √ Al Ikhlas 3x √ Hasbi Allah wani’malwakil 313x
√ Tutup dengan selawat 3x
√ Tiup ke dalam air dan minum – In Shaa Allah
Allah bagi sembuh dan jaga kita semua.
Wallahua’lam
Sixpoints – Zulhairi –
MW :Teruskan berdoa untuk frontliners negara. Semoga Allah memberi mereka kekuatan dan perlindungan daripada jangkitan Covid-19. Anda yang lain, teruslah #DudukRumah dan bacalah doa sebanyak-banyaknya agar Covid-19 menjauh pergi dari bumi Malaysia tercinta.
8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19, Ayah Ashraf Muslim Meninggal Dunia. Salam takziah diucapkan buat Ashraf Muslim sekeluarga selepas kehilangan arwah ayah tercinta.
Bapa kepada pelakon itu, Haji Muslim Bulat, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sekitar jam 6.37 pagi Selasa akibat Covid-19.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun itu meninggalkan tujuh orang anak.
8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, menerangkan arwah bapanya meninggal dalam keadaan yang baik dan tenang.
“Hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.
“Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab ALLAH lebih sayangkan ayah daripada kami,” katanya.
Mohon Maaf Atas Segala Kesilapan Arwah Ayah
Menerusi perkongsian sama, Ashraf yang juga merupakan anak sulung mewakili keluarganya memohon maaf atas segala kesilapan arwah bapanya ketika hayat masih ada.
“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.
“Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.
“InsyaAllah sama-sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang ‘Special’ di alam barunya bersama mereka mereka yang beriman,” kongsinya.
Ashraf menerusi perkongsian sebelum ini di Instagramnya juga turut meluahkan perasaan sangat sayu apabila memberitahu keadaan ayahnya ketika itu.
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu. Puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini.
“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
“Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulis Ashraf.
Mingguan Wanita : Semoga roh arwah ayah Ashraf, Haji Muslim Bulat tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Ashraf Muslim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Misteri kehilangan seorang wanita Tabuan Jaya akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam kereta di parkir pusat beli-belah. Polis sahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.