Antara saat yang paling membahagiakan seseorang apabila bebas hutang dan habis komitmen bulanan membayar pinjaman bank untuk kenderaan. Namun dalam kegembiraan habis bayaran pinjaman, jangan lupa untuk menukar hak milik kenderaan. Penting membuat prosedur mengecop E-Batal di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini kerana selepas geran tersebut telah di cop, barulah kenderaan tersebut menjadi milik kita sepenuhnya.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Penasihat Kewangan, Puan Nadia Izzati ini sebagai rujukan.
Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motorsikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Tukar Hak Milik
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
E-Batal
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.
Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Surat Pelepasan
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
Ads
Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Kesimpulannya,
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik. Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.
P/S : Boleh call JPJ untuk double confirm. Lain tempat lain caranya. COVID-COVID ni stay at home.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika dah habis bayar pinjaman kenderaan, pastikan buat prosedur cop E-batal ini untuk menukar hak milik kenderaan. Ia bagi memudahkan urusan kemudian hari nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ads
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Perut lembu boleh dimasak dengan pelbagai jenis resipi.Rasanya memang sedap, lembut dan kenyal. Namun proses yang paling penting sebelum nak masak perut lembu ni ialah sewaktu membersihkannya dari kotoran dan cara merebusnya. Bukan apa, untuk pastikan perut lembu betul-betul bersih, tak hanyir dan rasa berbau selepas di masak.
Rupanya dengan hanya menggunakan halia tua, boleh mengilangkan hanyir pada perut lembu ini.
Boleh ikut petua dapur yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini sebagai panduan;
Ada sikit masa lapang untuk menyediakan Mee Daging untuk makan hari ini. Tapi hari ini juga bila saya tengah menyediakan bahan-bahan untuk masak, saya ingin kongsikan satu tip yg sangat senang untuk menghilangkan bau hanyir perut. Senang sahaja. Ini ialah sukatannya.
Bahan Diperlukan:
2 Ketul Halia Tua
Air secukupnya
1. Untuk setiap 500gram Perut yg dibeli siap rebus dipasaraya atau frozen , saya menggunakan 2 ketul Halia Tua bersaiz ibu jari. Cuci perut itu bersih bersih dan potong ke saiz yg dikehendaki.
2. Kisarkan halus halia itu tanpa air.
3. Perah air halia ke dalam Perut itu dan gaulkan . Tinggalkan selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, boleh gunakan terus perut itu dalam masakan , tidak perlu cuci air perahan halia.
* Jika menu anda tidak memerlukan rasa halia, boleh cuci air halia dari perut dan menggunakan perut untuk masakan.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak hilangkan hanyir perut lembu.Guna halia tua je. Suka makan perut lembut, sewaktu merebus nanti boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Setiap tahun bila nak memperbaharui cukai jalan dan insuran harganya berbeza sama ada murah atau mahal bergantung pada jenis ‘coverage’ yang diambil. Penting ketahui jenis-jenis perlindungan yang ada dan pertimbangkan insuran tambahan yang perlu diambil bergantung pada risiko yang mungkin terjadi pada kenderaan kita.
Nak tahu lebih lanjut, ini antara sebahagian jenis-jenis ADD ON Coverage yang dikongsikan oleh Abdullah Zawawi Shuhaimi sebagai rujukan.
“Hari ni saya kongsikan beberapa ADD ON yang perlu kita tahu bila renew insuran kenderaan. Apabila renew insuran perasan ada yang murah dan ada yang mahal. Selalunya yang murah kurang coverage dan kosong dari additional coverage.”
Antara contoh additional coverage yang perlu kita tahu;
1. Windscreen
Windscreen atau cover cermin sangat penting untuk menyelamatkan NCD. Selalunya kalau cermin depan pecah akibat kena batu masa kat highway ia akan makan kos dalam RM 500 untuk Axia, RM 1000 untuk Exora, RM 2000 untuk Mazda dan seterusnya. Jika kita ambik tambahan coverage ni bila kita buat claim cermin, NCD masih lagi selamat dan masih dapat harga murah bila nak renew insuran nanti.
2. Additional Named Driver
Jika berlaku kemalangan dan pemandu ketika itu tidak didaftarkan kena cas RM400. Jadi sebaiknya bile renew pastikan orang yang selalu bawa kereta tu contoh wife, adik beradik, atau parents kita telah register nama diorang sebagai additional permitted driver. Nak lagi mudah pastikan cover all driver.
3. Towing
Tahu tak ada company yang ada limit untuk jarak towing kereta. Ada yang hanya 50km ada yang 150km ada yang 200km dan jarak ni dikira pergi dan balik bukan sehala tau. Ada towing untuk breakdown dan towing untuk kemalangan. Sebaiknya cuba ambik yang unlimited towing terutamanya kalau korang yang kerja travel pusing seluruh Malaysia.
4. CART
Pernah dengar tak jika kereta kita masuk bengkel kita boleh nak claim RM50 atau RM100 sehari selama 7 hari, 14 hari atau sebulan. Yang ni ada hanya kalau ambik add on ni sahaja, kalau tak pernah ambik sebab nak murah jangan mengharap la nak pergi claim duit tu.
5. Special Perils
Ketahuilah wahai sekalian manusia kalau kita parking dan tiba-tiba kereta kena hempap dahan pokok atau kereta tenggelam banjir sesungguhnya ia tidak dicover oleh insuran kecuali kita ambik add on special perils ni.
6. Key replacement, car accessories cover, personal accident, cover rusuhan, coverage nak masuk Thailand dan banyak lagi nak tulis daaaaa, tapi cukup yang tu dulu la.
Best tak perkongsian kali ini? ka ada request nak saya explain detail mana-mana part dalam hal ehwal renew insuran dan roadtax ni?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak ‘renew’ insuran kenderaan tu, pastikan betul-betul faham jenis coverage yang nak diambil. Pertimbangkan antara risiko yang mungkin boleh terjadi.Takpelah bayar mahal sikit, asalkan kenderaan kita dapat dilindungi, tak perlu rugi berlebihan nanti.
Skrub tomato. Bila dah berusia, kita tak boleh lari dari kedutan, lubang pori terbuka dan ada juga yang tumbuh jeragat dan jerawat. Produk kecantikan yang mahal pun belum tentu mampu menyelesaikan masalah kulit yang kita hadapi.
Kadang-kadang tak perlu nak berhabis duit untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Cuma guna bahan dapur saja dah cukup. Begitu juga dengan skrub tomato, ia sangat bagus untuk rawatan kulit muka.
Perkongsian queendalisyarin dalam video tiktoknya untuk dapatkan kulit glowing dengan hanya skrub tomato. Usianya sudah mencecah 40 an tetapi kulitnya masih tiada kedutan dengan hanya guna dua bahan dapur ini saja.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...