Petua kempiskan perut cara orang dulu-dulu, sapu limau nipis dan kapur makan.

Perut buncit sering dialami oleh wanita selepas melahirkan cahaya mata. Ramai yang mengeluh sebab sukar  kembali langsing dan kempiskan perut. Bukan mak-mak je ye, anak dara pun ada yang alami masalah perut buncit.

Selain senaman secara konsisten, diet seimbang dan rawatan pelangsingan, mak-mak boleh cuba petua orang lama. Petua tradisi ini jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh akan mengempiskan perut dan mencantikkan kulit. Jom teroka kebaikan bahan alami.

1-Kapur & Limau Nipis Kempiskan Perut

Petua ini sangat digalakkan kepada ibu selepas melahirkan cahaya mata secara normal. Bancuh kapur makan bersama perahan limau nipis. Kemudian ramuan ini sapukan pada seluruh perut, biarkan seketika. Apabila agak-agak kering, balut perut dengan kain atau boleh juga memakai bengkung. Lakukan setiap hari, bukan sahaja perut cepat kempis malah kesan rekahan juga beransur hilang secara perlahan-lahan. Kulit juga akan kelihatan semakin cerah.

2-Lemon & Pudina

Amalkan minum air perahan lemon setiap pagi. Caranya sangat mudah, potong lemon nipis bersama kulit. Kemudian, perap semalaman bersama daun pudina. Sebaik sahaja bangun pagi, minum air ini. Kombinasi lemon dan pudina memberi rasa yang enak. Lebih daripada itu, ia detoks semulajadi yang membuang toksin dan lebihan lemak dalam tubuh. Sistem pencernaan juga bertambah baik.

3-Amalkan Teh Halia

Minuman ini sering dihidangkan tatkala kita melakukan perawatan di spa. Ia minuman kecantikan dan kesihatan buat kaum Hawa. Rendam teh, kemudian letakkan gula perang secukup rasa. Hiris halia atau boleh juga ditumbuk kasar. Selepas itu, tutup teh, biarkan seketika agar kombinasi bahan-bahan ini sebati. Amalkan setiap hari, badan akan bertambah ringan.Ia membantu membuang angin, membakar lemak dan mengempiskan perut. Bagi yang mengalami masalah sembelit, ini salah satu cara terbaik mengatasinya.

4-Jangan Tidur Selepas Makan

Selepas makan tengahari, masuk pula di dalam pejabat berpenghawa dingin. Pasti ramai yang mengantuk, usah mengikut kata hati. Lawan rasa mengantuk ini, anda perlu bergerak aktif selepas makan. Ia membantu membakar kalori. Jangan sesekali tidur selepas makan, tabiat buruk ini bukan sahaja menggemukkan badan malah membuatkan wajah kusam dan tubuh menjadi lesu. Elakkan juga makan sebelum tidur malam.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

5-Elak Minuman & Makanan Manis

Tahukah anda makanan yang manis merosakkan tubuh, kesihatan juga semakin merosot. Kurangkan makanan dan minuman manis secara berperingkat. Gantikan kuih muih manis dengan snek sihat seperti buah-buahan. Begitu juga dengan minuman, elakkan yang manis terutama minuman bergas.  Amalkan jus buah-buahan tanpa gula dan banyakkan minum air putih.

6-Air Asam Jawa

Didihkan air asam jawa bersama lidah buaya dengan menggunakan api kecil. Masak sehingga pekat, kemudian tutup api. Biarkan ramuan ini sejuk, selepas itu sapukan pada bahagian yang bermasalah terutama perut. Lakukan seminggu tiga kali, anda pasti tersenyum melihat perut beransur kempis.

IKLAN
7-Minyak Kelapa

Masak pati santan sehingga menjadi minyak. Biarkan sehingga sejuk, kemudian simpan di dalam botol. Sapukan minyak kepala pada perut sekerap mungkin, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Alami perubahan yang positif.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI