Mudahnya tanam taugeh kalau mak-mak tahu caranya. Nampak cara nak tanam pun hanya guna bekas dan siram saja. Tak perlu tanah pun.
Begitulah mudahnya tanam taugeh. Kadang-kadang nak gunakan dalam masakan hanyalah sedikit saja. Tapi kena beli ikut sukatan dan nilai yang ditetapkan.
Jadi, cara nak senang dan mudahnya dengan tanam saja di rumah. Tak perlu ambil masa lama, cukup dengan hanya 3-4 hari saja sudah boleh gunakan untuk masak.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Valo tentang mudahnya tanam taugeh sendiri. Menariknya, hanya perlu siram dua kali sehari dan hasil taugehnya memang gemuk-gemuk macam beli di kedai.
“Inilah cara saya buat taugeh sendiri di rumah. Boleh ikut cara berikut:
1. Inilah taugehnya. 3-4 hari sudah boleh tuai. Kalau nak simpan lama, kena penuhkan air dan letak dalam peti ais.
Ads
2. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak perlu banyak pun, hanya segenggam pun dah cukup.
3. Selepas 24 jam, kacang akan mula bercambah.
4. Buang air rendaman dan tukar kacang ke dalam balang plastik. Ikut cara masing-masing, nak letak tisu atau tak nak pun tak apa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap. Balut dengan plastik hitam.
Ads
5. Jangan lupa siram 2 kali sehari. Caranya, letak air dalam balang dan gocang seketika. Lepas itu buang airnya.
6. Hasilnya selepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Ads
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni boleh tanam sendiri kat rumah. Nak pakai banyak mana pun tak kisah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rupanya mudah je nak tanggalkan wallpaper di rumah. Hanya guna softlan dan air panas je. Menariknya bila mak-mak buat macam ni, wallpaper sangatlah mudah ditanggalkan dan paling penting tak meninggalkan kesan gam pun. Cat tetap elok dan tak terkopek.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan dalam video TikTok Shah_gegar ini sebagai panduan;
Lesung batu memang banyak kegunaannya terutamanya dalam menumbuk bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meskipun dah ada kemudahan mesin pengisar ‘blender’ namun cara menumbuk tradisi menggunakan lesung batu, tetap menjadi pilihan dan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Menerusi perkongsian oleh Zamy Purba pesan neneknya supaya lesung batu yang baru dibeli jangan terus digunakan.
Rendam Selama 24 Jam
Sebaliknya pastikan rendam dahulu dalam air selama 24 jam. Ini kerana lesung batu yang baru masih rapuh dan tujuan ia di rendam dahulu bagi mengelakkan lesung batu mudah pecah.Malah lesung batu juga tahan lama.
Selepas lesung batu direndam selama 24 jam.Letakkan pula hampas kelapa yang telah diparut tersebut ke dalam lesung batu tersebut.
Tumbuk hampas kelapa tersebut sehingga bertukar warna. Ia bagi tujuan memastikan tiada lagi habuk-habuk mahupun pasir halus melekat pada lesung batu tersebut.
Mingguan Wanita: Rupanya nak lesung batu tahan lama tak mudah pecah, lepas beli jangan terus guna. Sebaliknya kena rendam dulu selama 24 jam, barulah ia tahan lama.
Selain snake plant ditanam begitu sahaja, mak-mak juga boleh mencuba idea ini untuk menggabungkan pokok viral ini dengan kaktus hidup dan tiruan untuk dijadikan hiasan dalam rumah.
Gubahan DIY Terarrium Kaktus ini turut menggunakan kaktus tiruan kerana dapat menjimatkan kos, kerana pokok kaktus tiruan senang dijaga dan ia tidak akan membesar.
JOM DIY GUBAHAN TERARRIUM KAKTUS INDOOR DECO
Bagi penggemar indoor deco selalunya sanggup mengeluarkan modal beratus ringgit untuk menghias ruang rumah mereka. Bukan semua yang mampu membuat sendiri gubahan pokok-pokok kaktus atau scculents yang dibeli.
Kebanyakan hanya beli, bawa balik rumah dan tukar pasu plastik kepada pasu seramik dan letak di sudut yang sesuai di rumah.
Cikgu Ida yang biasa dikenali dengan tagging Jemariseni Cikgu Ida ingin berkongsi bagaimana menjadikan gubahan terarrium kombinasi kaktus dan bungaan lain agar bernilai komersial dan menjana pemikiran yang kreatif dalam seni menanam sesuai dengan indoor deco moden.
Cikgu Ida menggunakan kombinasi kaktus hidup dan kaktus tiruan untuk menjimatkan kos selain dari gubahan lebih bertahan lama kerana pokok tiruan tidak membesar.
Jika dibeli di nurseri gubahan terarrium seperti ini berharga lebih dua kali ganda dari hasil buatan kita sendiri. Sebenarnya komposisi tanah yang betul untuk bantu pertumbuhan kaktus serta kombinasi pokok-pokok dan aksesori seperti tunggul kayu, batu kecil, lumut, kaktus tiruan serta memberi impak keindahan dalam gubahan.
Penjagaan gubahan ini amat mudah kerana tidak perlu disiram hari-hari, cukup sekadar seminggu sekali dan bawa keluar seminggu sekali juga untuk dapatkan cahaya matahari untuk pertumbuhan pokok yang lebih baik. Jika ada 2 pasu penggiliran sebagai hiasan deco dalaman lebih baik.
ANGGARAN KOS
Tanah yang sesuai untuk kaktus (campuran tanah hitam, merah dan sabut) RM2.50 satu beg
Pasu seramik yang unik rekabentuk dapat menarik perhatian RM15 – RM50 ikut saiz dan pilihan
Tunggul kayu/kayu hanyut RM6 – RM8
Pelbagai jenis kaktus RM 2.50 sepasu dan ke atas
Bunga lain ikut kesesuaian seperti setawar (Bryophyllum Pinnatum), Lidah Mentua atau Snake Plant (Sansevieria), Fittonia, nenas hiasan serta lain-lain
Kaktus tiruan RM2.10 keatas ikut jenis
Pasir dan batu RM5.00 keatas ikut saiz
Batu lumut sebagai hiasan RM 6.00
Peralatan menanam dan tunggul kayu, kaktus serta pokok lain yang diperlukan.
JOM KITA LIHAT PROSES PENYEDIAAN GUBAHAN
Masukkan tanah campuran (tanah hitam, tanah merah dan sabut) penuh dalam pasu serta tunggul kayu diletak pada sudut yang sesuai dalam pasu tersebut. Ikut kreativiti masing-masing ya.
Ratakan tanah dan pastikan tunggul kayu teguh dengan tekan tanah kuat di pangkalnya.
Pilih kaktus atau pokok untuk digubah, biasanya yang tinggi akan ditanam dibelakang bermakna ianya tanam dahulu. Pokok Lidah Mentua ini tinggi bermakna kita tanam di bahagian belakang bersebelahan tunggul kayu. Jambul nenas menjadi salah satu penyeri serta penjimatan kos dalam gubahan ini. Pokok Fittonia pula menjadi pilihan kombinasi terrarium kaktus kerana warna daun yang dapat menjadi titik tumpu atau fokus mata kerana perbezaan rupa dan warna berbanding kaktus yang lain.
3. Tanam hingga selesai ikut kreativiti anda memilih kesesuaian kaktus hidup dan kaktus tiruan serta pokok-pokok lain sebagai kombinasi yang boleh menyerikan lagi gubahan hidup ini. Kaktus tiruan yang tidak akan mati dan membesar dalam gubahan ini menjadi penyelamat kerana sekiranya ada kaktus yang hidup yang mati sekurang-kurangnya gubahan kita masih ada cuma kenal pasti kaktus yang perlu diganti atau akhirnya gubahan tersebut terdiri dari kaktus tiruan keseluruhannya.
4. Padatkan tanah terutama di bahagian pangkal pokok agar pokok tidak tercabut dan kemudian taburkan dengan batu-batu kecil di bahagian yang masih nampak tanah. Batu lumut juga boleh diletakkan berperanan sebagai aksesori penyeri dalam gubahan terarrium kaktus ini dan menutup tanah agar semasa proses penyiraman tanah tidak terkeluar serta dapat menyejukkan pokok.
5. Setelah siap, gubahan ini sudah mampu meajadi terapi minda kita apabila ia menjadi penghias sudut rumah terutama di ruang tamu sebagai indoor deco. Kelebihan gubahan terarrium ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang menarik.
INFO MENARIK
Pilihan pokok yang daun berwaarna warni dapat menembah seri gubahan kita seperti fittonia, Snake Plant dan lain-lain.
Pembajaan yang digalakkan ialah baja yang dicampur air dan spray pada tanah. Sebulan sekali sahaja.
Kreativiti menenam dan penjagaan menjadikan gubahan ini bertahan lama. Usah dibaja selalu atau siraman yang minima agar pertumbuhan dapat dibantutkan seperti penjagaan bonsai.
Terapi minda dan mengisi masa terluang buat tuan dan puan yang telah memasuki alam persaraan disamping penghias ruang yang mempunyai nilai keindahan serta luar dari kebiasaan menanam pokok bunga untuk indoor deco moden. Semoga bermanfaat buat penggemar indoor deco. Bagi mak-mak yang ingin menambah koleksi barangan di rumah, boleh klik di sini. Selamat DIY.
MW: Rupanya lebih mudah jika mak-mak menggabungkan tumbuhan hiasan yang hidup dan juga plastik, hiasan dalaman ini jadi lebih mudah dijaga serta menjimatkan kos.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...